Skip to content
Home » Ini Cara Cukai Jalan Kenderaan Di Malaysia Dikira

Ini Cara Cukai Jalan Kenderaan Di Malaysia Dikira

    cara cukai jalan dikira - cover

    Cukai jalan kenderaan adalah salah satu komponen penting yang perlu ada pada setiap kenderaan di Malaysia. Ini kerana, ia adalah suatu kewajipan yang semua pemilik kenderaan perlu ada untuk memastikan kenderaan mereka boleh dipandu secara sah di atas jalan raya.

    Gagal untuk memastikan cukai jalan ini masih hidup, boleh membawa kepada kenderaan mereka disita, disaman dan didenda. Ia bukan suatu benda yang boleh dipandang ringan kerana cukai jalan ini telah termaktub di dalam undang-undang jalan raya di Malaysia.

    Setiap jenis kenderaan memiliki kadar cukai jalan yang berbeza-beza. Pasti ramai yang tidak peka dan tidak tahu berkenaan bagaimana cukai jalan ini dikira dan apakah faktor yang menentukan harga cukai jalan sesebuah kenderaan itu. Untuk mengetahui berkenaan perkara itu, teruskan membaca artikel ini.

    Klasifikasi jenis kenderaan

    Pertama sekali, pemilik kenderaan perlu mengetahui jenis kenderaan mereka. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengkategorikan kenderaan kepada beberapa jenis seperti kereta persendirian, motosikal, kenderaan komersial, dan teksi. Setiap dari kategori ini mempunyai kadar yang berlainan dalam pengiraan cukai jalannya.

    Kapasiti enjin

    Untuk kereta persendirian, jumlah cukai jalan kebanyakannya ditentukan berdasarkan kapasiti enjin. Semakin besar kuasa enjin, semakin tinggi cukai yang akan dikenakan. Pemilik kenderaan boleh merujuk kepada jadual cukai jalan yang disediakan oleh JPJ untuk mengetahui kadar cukai berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka. Jadual ini biasanya dibahagikan mengikut julat kapasiti enjin, dan pemilik boleh mencari kadar yang berkenaan dengan kapasiti enjin mereka.

    Kenderaan elektrik/hibrid

    Jika pemilik mempunyai kenderaan elektrik atau hibrid, mereka mungkin layak untuk mendapat potongan cukai atau pengecualian. Sebagai contoh, kenderaan elektrik yang tidak mengeluarkan pelepasan karbon mungkin menikmati kadar cukai yang lebih rendah atau pengecualian sepenuhnya. Pemilik boleh merujuk kepada polisi terkini dan keistimewaan yang diberikan oleh JPJ untuk kenderaan mesra alam.

    Kalkulator cukai jalan

    Terdapat kalkulator cukai jalan dalam talian yang disediakan oleh beberapa pihak termasuk JPJ. Pemilik boleh mengakses laman web JPJ atau laman web rasmi pihak ketiga yang menyediakan kalkulator ini. Pemilik hanya perlu memasukkan maklumat kenderaan seperti jenis, kapasiti enjin, dan tahun pendaftaran untuk mendapatkan anggaran jumlah cukai jalan yang perlu dibayar.

    Diskaun atau pengecualian

    Terdapat juga beberapa golongan pemilik kenderaan yang boleh menikmati diskaun atau pengecualian daripada membayar cukai jalan. Antara golongan tersebut adalah warga emas serta orang kurang upaya (OKU). Walau bagaimanapun, golongan ini perlu membuat permohonan untuk menikmati faedah tersebut. Mereka boleh mendapatkan borang permohonan daripada pejabat JPJ terdekat atau muat turun dari laman web rasmi JPJ.

    Cukai jalan tanggungjawab bersama

    Cukai jalan ini boleh dikatakan bukanlah suatu keperluan, akan tetapi ia adalah suatu kewajipan yang perlu ada pada semua kenderaan. Justeru daripada itu, setiap pemilik kenderaan wajib untuk ambil tahu dan pastikan bahawa tarikh luput cukai jalan kereta serta motosikal mereka tidak melepasi tarikh luput bagi mengelakkan dari disaman dan kenderaan disita.

    Tak hanya itu, insurans kenderaan juga sama peranannya dengan cukai jalan. Kedua-duanya wajib ada pada setiap kenderaan di Malaysia. Jika anda dapati insurans kenderaan anda sedang menghampiri tarikh luput dan ingin memperbaharuinya, anda disarankan melayari Bjak.my, platform insurans nombor 1 di Malaysia. Dalam masa lima minit sahaja insurans anda dapat diperbaharui. Jika anda nak tahu lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: