Skip to content
Home » Cara Mudah Nak Tanggalkan Cukai Jalan Tanpa Kesan Gam Pada Cermin Kereta

Cara Mudah Nak Tanggalkan Cukai Jalan Tanpa Kesan Gam Pada Cermin Kereta

    tanggalkan roadtax - cover

    Cukai jalan atau road tax merupakan antara benda penting yang perlu dipamerkan oleh semua pemilik kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Ini kerana, termaktub di dalam undang-undang jalan raya di Malaysia.

    Pun begitu, susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke sebelum ini, cukai jalan kini sudah tidak lagi wajib untuk ditampal pada cermin kereta. Perkara itu pastinya membuatkan ramai terfikir cara untuk menanggalkannya daripada cermin kenderaan mereka.

    Secara lazimnya, cukai jalan kereta ini dapat dilihat ditampal pada bahagian sebelah kiri cermin hadapan sesebuah kenderaan. Cukai jalan kenderaan yang ditampal itu jika dicabut dengan cara atau teknik yang salah pastinya akan meninggalkan kesan gam yang sukar dibersihkan.

    Hanya guna dua bahan

    Sebenarnya, terdapat cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada perkara sebegitu terjadi kepada anda. Untuk mengetahuinya, kita boleh merujuk kepada perkongsian saudara Khairil Afif di akaun YouTube miliknya tentang bagaimana cara mudah untuk tanggalkan cukai jalan lama pada cermin kenderaan tanpa meninggalkan kesan gam.

    Namun begitu, perlu diingatkan bahawa cukai jalan yang degil untuk ditanggalkan ini bukan senang-senang sahaja untuk ditanggalkan tanpa sebarang kesan. Anda perlu menyediakan dua bahan ini untuk pastikan ianya dapat ditanggalkan dengan bersih.

    Dua bahan tersebut sebenarnya mudah sahaja untuk anda dapatkan. Tak perlu keluarkan modal yang banyak. Ini kerana, bahan tersebut sebenarnya sudah ada di rumah anda. Dua bahan yang dimaksudkan itu adalah kain serta air panas sahaja.

    Cara yang perlu dilakukan

    Menurut Khairil Afif, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan mencelup kain ke dalam air panas yang anda telah sediakan. Langkah kedua pula ialah, ambil kain yang telah anda celup dengan air panas tadi, kemudian sapukan atau tekap di atas permukaan cukai jalan tersebut dari sebelah luar cermin kenderaan anda.

    Tekap kain tadi dalam masa lebih kurang seminit. Langkah itu perlu dilakukan dengan tujuan untuk mencairkan gam yang ada pada cukai jalan anda di cermin itu. Selepas selesai menekap kain tersebut selama seminit, anda sudah boleh mula tanggalkan cukai jalan anda secara perlahan-lahan. Setelah selesai menanggalkannya, anda pasti akan dapati kesan gam pada cermin anda tidak akan kelihatan.

    Transformasi ke cukai jalan digital

    Kini, adalah tidak wajib untuk semua kenderaan mempamerkan cukai jalan pada kenderaan mereka kerana, cukai jalan kini sudah terdapat di dalam bentuk digital. Pada anda yang belum lagi tahu berkenaan cukai jalan digital ini, kami ada menjelaskan pelbagai topik berkenaannya. Anda boleh membacanya dengan melawati blog kami.

    Cukai jalan digital kini dilihat sebagai suatu inovasi yang baik dan memudahkan. Transformasi cukai jalan ini dapat memberi kelebihan dan manfaat kepada ramai orang. Dengan hanya satu klik sahaja, anda mampu melihat serta menyemak tarikh luput atau pun saman serta banyak lagi. Pada anda yang belum lagi ada cukai jalan digital ini, anda boleh muat turun aplikasi MyJPJ dan masukkan nombor kenderaan anda serta kad pengenalan anda. Cukai jalan digital anda akan terus dipaparkan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: