Skip to content
Home » Bolehkah Anda Claim Insurans Kereta Jika Cedera Akibat Kemalangan Sendiri?

Bolehkah Anda Claim Insurans Kereta Jika Cedera Akibat Kemalangan Sendiri?

    claim insurans cedera kemalangan sendiri

    Apabila terbabit dalam kemalangan, sesiapa sahaja berisiko untuk tercedera lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kemalangan yang teruk. Namun, persoalannya di sini, bolehkah anda membuat tuntutan insurans untuk menampung kos rawatan hospital akibat kecederaan yang dialami jika kemalangan tersebut berpunca daripada diri sendiri?

    Jom kami terangkan dengan lebih lanjut kepada anda menerusi perkongsian di bawah ini.

    Tubuh cedera gara-gara kemalangan berpunca daripada diri sendiri, bolehkah anda claim insurans?

    Jawapannya adalah tidak. Anda tidak boleh claim insurans jika cedera akibat kemalangan sendiri kerana tidak ada polisi insurans kereta/ motor (waima polisi komprehensif) yang menyediakan perlindungan untuk situasi ini.

    Ini bermakna, syarikat insurans tidak akan membayar pampasan kepada anda jika anda cedera dan perlu mendapatkan rawatan hospital akibat daripada kemalangan yang berlaku itu. Bahkan jika anda cedera hingga hilang upaya ataupun meninggal dunia akibat kemalangan itu, pampasan juga tidak boleh dituntut oleh pihak anda atau waris di bawah polisi insurans kereta anda.

    Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, insurans kereta hanya berfungsi untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku kecurian atau kebakaran tidak disengajakan terhadap kenderaan anda (kecuali polisi pihak ketiga), kerosakan pada kenderaan anda atau pihak ketiga (polisi komprehensif), dan kecederaan atau kematian pihak ketiga sahaja (semua polisi).

    Rujuk infografik di bawah untuk fahami lebih lanjut mengenainya:

    Apakah cara untuk memastikan anda sentiasa dilindungi?

    Jika anda berada di pihak yang dilanggar, maka ia bukan menjadi satu isu atau masalah kepada anda untuk membuat tuntutan insurans. Dalam situasi ini, anda boleh sahaja membuat tuntutan pihak ketiga bagi menampung kerugian yang anda telah alami.

    Namun, jika anda tetap ingin memastikan diri anda layak mendapat pampasan andai kata cedera, hilang upaya kekal atau bahkan meninggal dunia akibat kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri, maka anda bolehlah mendapatkan perlindungan insurans kemalangan peribadi atau lebih dikenali sebagai personal accident (PA) coverage untuk diri anda.

    Biasanya, terdapat dua cara anda boleh mendapatkan perlindungan insurans kemalangan peribadi iaitu:

    • Dengan membeli produk insurans kemalangan peribadi secara berasingan (sama seperti beli insurans nyawa atau perubatan)
    • Dengan membeli perlindungan tambahan untuk kemalangan peribadi di bawah polisi insurans komprehensif kereta anda

    Dengan adanya insurans kemalangan peribadi, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kecederaan pada tubuh anda atau yang seangkatan dengannya akibat daripada kemalangan yang disebabkan oleh diri sendiri.

    Ia secara tidak langsung mampu mengurangkan beban anda khususnya dari segi kewangan jika sesuatu yang terlalu buruk menimpa anda kesan daripada kemalangan tersebut. 

    Jangan risau, jika anda kekurangan bajet untuk mendapatkan produk insurans kemalangan peribadi, anda boleh lebih jimat dengan memperolehnya melalui perlindungan tambahan di bawah insurans kereta. 

    Bahkan untuk makluman anda, kini ada juga beberapa pelan insurans yang menyediakan manfaat kemalangan peribadi secara percuma di dalam polisi komprehensif seperti syarikat insurans Liberty dan Takaful Malaysia.

    Disebabkan itulah amat penting untuk anda nilai dan bandingkan dahulu yang manakah pelan insurans terbaik untuk diri anda sebelum terus memperbaharui insurans ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: