Skip to content
Home » Cara Perbaharui Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ

Cara Perbaharui Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ

    renew roadtax - Cover

    Aplikasi MyJPJ adalah aplikasi mudah alih yang diperkenalkan dan dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Aplikasi tersebut telah dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada Februari 2023 yang lalu.

    Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya para pemandu untuk menyemak dokumen penting seperti lesen memandu, semak cukai jalan, saman dan lain-lain lagi. Aplikasi mudah alih ini juga turut boleh digunakan untuk memperbaharui lesen serta cukai jalan para pemandu.

    Bagi yang tidak suka beratur di kaunter fizikal, aplikasi ini dapat menyelesaikan masalah anda kerana anda tidak perlu lagi bersusah payah. Anda kini boleh perbaharui lesen memandu dan cukai jalan anda guna aplikasi MyJPJ ini sahaja. Kalau nak tahu cara nak memperbaharui cukai jalan guna aplikasi MyJPJ, teruskan membaca artikel ini.

    Muat turun dan guna aplikasi MyJPJ

    Langkah pertama adalah, pastikan anda mempunyai aplikasi MyJPJ dipasang di telefon pintar anda. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari aplikasi App Store untuk pengguna iPhone dan Google Play Store untuk pengguna Android.

    Daftar masuk atau daftar akaun baru

    Selepas aplikasi dimuat turun, buka aplikasi MyJPJ dan log masuk menggunakan butiran akaun JPJ anda. Jika anda belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftar akaun baru dengan mengikuti proses pendaftaran yang disediakan dalam aplikasi.

    Pilih perkhidmatan cukai jalan

    Stelah berjaya log masuk, cari menu atau perkhidmatan yang berkaitan dengan cukai jalan. Biasanya, ia boleh ditemui dalam bahagian perkhidmatan kenderaan.

    Masukkan butiran kenderaan anda

    Dalam bahagian ini, anda perlu memasukkan butiran kenderaan anda seperti nombor plat, nombor enjin, dan nombor cukai jalan sedia ada. Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah.

    Pilih tempoh pembaharuan cukai jalan

    Anda perlu memilih tempoh pembaharuan cukai jalan yang anda inginkan. Biasanya, anda akan diberikan pilihan tempoh 6 bulan atau 1 tahun. Pilih tempoh yang sesuai dengan keperluan anda.

    Pilih kaedah pembayaran

    Aplikasi MyJPJ biasanya menyediakan beberapa kaedah pembayaran antaranya ialah kad kredit, e-dompet serta pembayaran secara elektronik. Pilih kaedah yang sesuai dengan keudahan anda dan pastikan anda memasukkan butiran pembayaran dengan betul.

    Semak semula maklumat sebelum buat pembayaran

    Setelah selesai mengisi butiran dan memilih kaedah pembayaran, semak semula maklumat yang dimasukkan untuk memastikan kesahihan. Kemudian, buat pembayaran dan tunggu pengesahan pembayaran yang akan diberikan oleh aplikasi.

    Muat turun resit pembayaran

    Selepas pembayaran berjaya dilakukan, aplikasi MyJPJ akan menyediakan pilihan untuk muat turun resit pembayaran. Pastikan anda menyimpan salinan resit ini sebagai bukti pembayaran yang sah untuk kegunaan di masa akan datang.

    Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh dengan mudah dan cepat memperbaharui cukai jalan kenderaan anda melalui aplikasi MyJPJ tanpa perlu keluar dari rumah anda. Proses ini dapat memudahkan anda dan juga dapat memastikan cukai jalan anda sentiasa hidup tanpa perlu pergi ke pejabat JPJ. Sentiasa beringat untuk memastikan bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tepat agar tidak ada masalah dalam proses pembaharuan cukai jalan anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: