Skip to content
Home » Diskaun RM20 Bila Anda Bayar Dengan SPayLater!

Diskaun RM20 Bila Anda Bayar Dengan SPayLater!

    Bayar dengan SPayLater

    Perhatian pemilik kenderaan di luar sana! Anda sedang mencari satu perlindungan insurans yang mampu menjimatkan wang? Ini berita baik untuk anda! Platform Insurans No.1 Malaysia, Bjak, kembali dengan satu lagi promosi hebat bagi membolehkan anda menikmati lebih penjimatan buat insurans kereta dan motosikal anda.

    Menerusi kolaborasi Bjak bersama Shopee, kami menawarkan diskaun eksklusif kepada pengguna bertuah yang membuat pembayaran ansuran menggunakan SPayLater di platform kami. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenainya? Teruskan membaca perkongsian di bawah!

    Apakah tawaran yang diberikan?

    Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, SPayLater merupakan satu perkhidmatan ansuran oleh Shopee yang membolehkan pengguna membeli produk atau perkhidmatan dengan kemudahan membayarnya, kemudian. Khusus di bulan September ini, Bjak menawarkan tambahan diskaun sebanyak RM20 untuk pemilik kenderaan bertuah yang menggunakan platform Bjak dan memilih SPayLater sebagai kaedah pembayaran.

    SPayLater x Bjak

    Diskaun ini bagaimanapun adalah terhad kepada hanya 40 pengguna sehari (bermakna, siapa cepat dia dapat) dan akan diberikan secara automatik ketika pembayaran.

    Kempen eksklusif ini berjalan dalam dua fasa berbeza pada bulan September. Fasa pertama bermula dari 1 September hingga 9 September 2023, diikuti oleh fasa kedua dari 24 September hingga 30 September 2023.

    Untuk melayakkan anda mendapat diskaun ini, pengguna perlu membelanjakan minimum sebanyak RM500 dan ke atas untuk pembelian insurans di Bjak. Setiap pengguna hanya layak mendapat satu kali diskaun sahaja dan promosi akan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

    Tempoh promosi1 September hingga 9 September 2023
    24 September hingga 30 September 2023
    PromosiDiskaun RM20 dengan perbelanjaan minima RM500
    Maksimum 40 penebusan sehari
    KuotaHanya 1 kali penebusan untuk setiap pengguna
    Siapa cepat, dia dapat
    Butiran promosi SPayLater

    Anda boleh memilih tempoh pembayaran antara 1 bulan sehingga maksimum 12 bulan menggunakan SPayLater. Bayaran ansuran bulanan akan disertakan dengan caj pemprosesan sebanyak 1.5% ke atas jumlah pembayaran yang dilakukan ataupun jumlah pesanan (harga insurans anda).

    Bagaimana cara menggunakan SPayLater?

    Jika anda baru menggunakan Shopee dan ingin menikmati diskaun ini, anda perlu mendaftar dahulu akaun SPayLater anda ya. Ikuti langkah di bawah untuk mengaktifkan dan bayar menggunakan SPayLater.

    Pengaktifan SPayLater

    Anda boleh mengaktifkan dan mula menggunakan SPayLater dengan mudah dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

    1. Pergi ke aplikasi Shopee anda
    2. Pergi ke bahagian ‘Saya’ dan aktifkan SPayLater
    3. Kemudian, klik ‘Aktifkan Sekarang’
    4. Isikan One-Time Password (OTP) yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan
    5. Klik ‘Teruskan’
    6. Muat naik gambar MyKad anda dan maklumat lain yang diperlukan
    7. Mulakan proses pengesahan wajah
    8. Selesai dan anda kini boleh membayar menggunakan SPayLater

    Cara bayar menggunakan SPayLater di Bjak

    Ikuti langkah ini untuk melengkapkan transaksi anda di Bjak dan bayar menggunakan SPayLater bagi mendapat diskaun.

    Cara gunakan SPayLater di Bjak
    1. Pilih BNPL dengan SPayLater semasa pembayaran.
    2. Pilih tempoh bayaran ansuran pilihan anda (1, 2, 3, 6 atau 12 bulan).
    3. Masukkan PIN Shopee anda dan luluskan. Bayaran pertama boleh dibuat pada tarikh yang telah dijadualkan.
    4. Polisi anda akan diaktifkan pada hari yang sama selepas transaksi selesai.

    *Nota: Shopee mengenakan caj kelewatan bayaran sebanyak RM10 untuk pengguna yang gagal menyelesaikan pembayaran mengikut jadual. Akaun tersebut akan dibekukan buat sementara waktu sehingga pembayaran dijelaskan.

    Soalan Lazim tentang SPayLater

    1. Adakah saya perlu membuat bayaran pertama terlebih dahulu?

    Tidak perlu. Ikut sahaja jadual pembayaran pada akaun Shopee anda untuk pembayaran pertama dan seterusnya.

    2. Adakah saya perlu menyelesaikan pembayaran ansuran terlebih dahulu untuk mendapatkan cukai jalan & insurans?

    Tidak, anda boleh mendapatkan cukai jalan dan insurans serta-merta selepas memilih kaedah pembayaran ansuran ini.

    3. Apakah kaedah pembayaran yang disokong untuk SPayLater?

    Anda boleh menambah nilai Shopee wallet anda menggunakan kad kredit/debit, perbankan dalam talian dan juga pembayaran secara tunai di kedai terpilih.

    Perbaharui insurans kereta dengan Bjak

    Pembaharuan insurans kenderaan tentunya lebih mudah dan jimat apabila anda menggunakan kaedah bayaran ansuran SPayLater.

    Dapatkan sahaja pelan insurans terbaik untuk kenderaan anda hari ini dan bayarlah sedikit demi sedikit ikut jadual yang ditetapkan!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: