Skip to content
Home » Cara Baca Kod Tayar Kereta

Cara Baca Kod Tayar Kereta

Cara Membaca Kod Tayar Kereta

Nahas jalan raya boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti kelalaian pemandu atau kerosakan kenderaan. Kebanyakan pemilik kenderaan memberi perhatian yang lebih terhadap keadaan enjin tetapi ramai yang terlepas pandang mengenai satu-satunya bahagian kenderaan yang bersentuhan dengan permukaan jalan iaitu tayar.

Sebagai pengguna kereta, anda perlu memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Hal ini kerana setiap tayar mempunyai kod serta fungsi yang berbeza. Oleh itu, untuk membantu anda mendapatkan tayar yang sesuai dengan kereta anda, kami kongsikan di sini cara membaca kod tayar kereta.

Kod tayar kereta

Setiap tayar memaparkan maklumat penting mengenai tayar tersebut iaitu jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan yang boleh ditampung serta minggu dan tahun pembuatan tayar

Maklumat yang diberikan dapat membantu anda memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Tetapi apakah maksud di sebalik nombor serta huruf yang dipaparkan pada bahagian sisi tayar?

Berikut dikongsikan maksud kod tayar:

Kod Tayar KeretaMaksud
Nombor di hadapan sekali  
Contoh: 195
Kelebaran tayar tersebut (mm) 
Nombor seterusnya
Contoh: 55
Peratus ketinggian dinding tayar daripada jumlah lebar tayar tersebut (%)
Huruf RRadial
Nombor seterusnya
Contoh: 16
Diameter rim bahagian dalam untuk tayar tersebut (inci)
Nombor berikutnya
Contoh: 87
Indeks had muatan (kg)
Huruf terakhir
Contoh: V
Indeks kelajuan maksimum (km/j)

Indeks had muatan

Indeks Had MuatanHad Muatan (kg)
62265
63272
64280
65290
66300
67307
68315
69325
70335
71345
72355
73365
74375
75387
76400
77412
78425
79437
80450
81462
82475
83487
84500
85515
86530
87545
88560
89580
90600
91615
92630
93650
94670
95690
96710
97730
98750
99775
100800
101825
102850
103875
104900
105925
106950
107975
1081000
1091030
1101060
1111090
1121120
1131150
1141180
1151215
1161250
1171285
1181320
1191360
1201400
1211450
1221500
1231550
1241600
1251650
1261700

Indeks kelajuan maksimum

Indeks Kelajuan MaksimumKelajuan Maksimum (km/j)
S180
T190
U200
H210
V240
Z240+
W270
Y300
(Y)300+
Maksud kod tayar kereta

Berdasarkan maksud simbol di atas, berikut merupakan penerangan contoh kod tayar: 175/65R1584H (175 / 65 R 15 84 H)

Penerangan contoh kod tayar: 175/65R1584H
Kod Tayar KeretaMaksud
175Kelebaran tayar ini ialah 175mm
65Peratusan ketinggian dinding tayar ini ialah 65%
RRadial
15Diameter rim bahagian dalam untuk tayar ini ialah 15 inci
84Had muatan tayar ini ialah 500kg
HKelajuan maksimum untuk penggunaan tayar ini ialah 210km/j

Selain itu, semua tayar yang dijual di Malaysia perlu memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu serta tahun pembuatan tayar tersebut seperti kod di bawah: 2519.

Kod menunjukkan minggu serta tahun pembuatan tayar

Kod 2519 pada sisi tayar di atas menunjukkan tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.

Umumnya, tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh pembuatan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya akan menjadi keras kerana sudah tamat tempoh. 

Oleh itu, jika anda ingin menukar tayar baharu, periksa dahulu tahun pembuatan tayar yang hendak dibeli. Anda disarankankan untuk membeli tayar keluaran terkini supaya tayar kereta anda tahan lebih lama.

Periksa kod tayar kereta sebelum beli

Mudah sahaja untuk membaca kod tayar kereta, bukan?

Dengan mengetahui maksud kod tayar, anda dapat membeli tayar yang sesuai untuk kereta anda. Sebagai contoh, sekiranya tahap kelajuan untuk penggunaan tayar tersebut ialah 210km/j (kod H), tayar ini tidak sesuai untuk kereta anda yang mempunyai had kelajuan sehingga 300km/j. Tayar yang dipandu melebihi had kelajuannya boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar.

Tambahan lagi, memilih tayar berdasarkan kod yang betul juga dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh penjual. Sebagai contoh, penjual mungkin meletakkan harga yang tinggi untuk tayar yang sudah lama dikeluarkan. Sekiranya anda membaca dahulu kod pembuatan tayar tersebut, anda dapat mengelakkan kejadian seperti ini.

Selain memilih tayar yang sesuai, anda juga perlu menjaga tayar kereta anda mengikut tips penjagaan tayar kereta yang telah kami kongsikan dalam artikel yang lepas. 

Dalam pada itu, anda juga diingatkan untuk mendapatkan insurans kereta yang sesuai. Anda boleh rujuk kepada panduan lengkap tentang insurans kereta yang telah kami sediakan. Untuk renew insurans kereta secara online, layari Bjak.my dan bandingkan dahulu sehingga 15 sebut harga insurans kereta secara percuma.