Skip to content
Home » Apa Itu Insuran Autolife Kereta?

Apa Itu Insuran Autolife Kereta?

    autolife insurance

    Pernahkah anda dengar mengenai insuran autolife kereta atau Autolife Insurance? Apakah fungsinya, dan bagaimana ia berbeza dengan insurans kereta yang anda perlu dapatkan pada setiap tahun?

    Sebenarnya perasan atau tidak, ketika anda membeli kereta baru dan pinjaman jual beli bersama pihak bank anda diluluskan, biasanya pihak bank akan cuba menawarkan takaful insurans kereta kepada pembeli ketika ingin menandatangani perjanjian jual beli tersebut.  Insurans atau atau takaful inilah yang dinamakan sebagai Autolife Insurance. 

    Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai insuran autolife kereta ini menerusi perkongsian di bawah.

    Apa itu Autolife Insurance?

    insuran autolife kereta

    Untuk makluman anda, Autolife Insurance merupakan satu pelan insurans yang akan melindungi pemilik kereta sekiranya berlaku kematian. Maksudnya begini, jika ditakdirkan pemilik kereta meninggal dunia sebelum tempoh pinjaman bersama pihak bank untuk beli kereta tamat, maka pelan ini akan membantu menanggung baki hutang yang selebihnya tanpa membebankan ahli keluarganya.

    Selain kematian, insurans ini juga akan memberi perlindungan kepada pemilik kereta sekiranya dia jatuh sakit atau hilang keupayaan untuk bekerja sehingga tidak mampu lagi membayar semula pinjaman kenderaan berkenaan.

    Biasanya, kenderaan yang dilindungi dengan insurans ini akan diserahkan kepada pemiliknya meskipun dia mengalami sakit kronik sehingga gagal mencari nafkah, atau diserahkan kepada waris secara percuma jika pemiliknya sudah meninggal dunia.

    Jadi jangan risau, pihak bank tidak akan menuntut kenderaan tersebut dan ia akan dibayar oleh pihak insurans atau takaful apabila anda memiliki insurans ini.

    Bila boleh beli insuran autolife kereta?

    Insurans ini ditawarkan kepada pembeli semasa menandatangani perjanjian jual beli kereta. Biasanya, anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk mendapatkan insuran autolife kereta dan ia tidak perlu diperbaharui pada setiap tahun seperti insurans kereta mahupun roadtax anda. 

    Harga yang dikenakan untuk membeli insurans ini juga bergantung kepada faktor umur, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan dan lain-lain. Ia mungkin berbeza untuk setiap pembeli kereta meskipun anda mendapatkan model kereta yang sama.

    Bolehkah anda beli Autolife Insurans selepas beli kereta?

    Boleh, namun anda perlu kunjungi cawangan bank yang meluluskan pinjaman anda. Anda boleh beli/ buat tambahan Autolife Insurance pada bila-bila masa selagi kereta anda masih mempunyai hutang bersama pihak bank. 

    Sebutharga autolife insurance yang bakal anda dapat adalah berdasarkan harga pasaran kereta anda pada tahun itu. Pihak bank akan mengira baki loan vs baki waktu loan yang anda buat. Perkiraan ini adalah berbeza setiap bank mengikut kadar interest yang ditetapkan.

    Apakah syarat kelayakan untuk beli insuran autolife kereta?

    Perlu anda tahu, salah satu syarat utama untuk mendapatkan perlindungan Autolife Insurance kereta adalah umur anda perlu berada dalam lingkungan 19 hingga 60 tahun sahaja. Sekiranya umur anda kurang atau lebih daripada kumpulan umur tersebut, maka bank secara automatik tidak akan menawarkan insurans ini kepada anda. 

    Selain itu untuk mendapatkan insurans ini, anda juga perlulah mempunyai pinjaman yang masih aktif bersama pihak bank ya.

    Apakah beza autolife insurance dengan Insurans kereta?

    Autolife insuranceInsurans kereta
    Memberi perlindungan jika pemilik kenderaan meninggal dunia atau sakit (sehingga tidak dapat bayar baki pinjaman) semasa kereta masih dalam pinjaman bankMemberi perlindungan untuk kerosakan kereta yang berlaku disebabkan kemalangan, kebakaran atau kecurian (bergantung pada jenis polisi yang dimiliki)
    Dibayar secara one-off sahajaPerlu diperbaharui setiap tahun
    Tidak memberi kesan kepada kadar NCD setelah guna claim autolifeNCD akan ditolak jika tuntutan dibuat di bawah polisi sendiri
    Melindungi pemilik kereta dan waris daripada perlu membayar baki pinjaman kereta jika berlaku sesuatuMelindungi pemilik kereta dan pihak ketiga (pihak yang dilanggar)

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: