Insuran kereta AmBank atau dikenali juga sebagai AmAssurance mungkin akan menepati ciri-ciri perlindungan yang diperlukan oleh kenderaan anda. Anda boleh dapatkan polisi komprehensif yang ditawarkan bagi melindungi kenderaan anda daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, kebakaran, mahupun kecurian.
Menerusi pelan komprehensif insuran kereta AmBank juga, perlindungan turut termasuk tuntutan daripada pihak ketiga, yang mana ia meliputi kerosakan kenderaan serta kecederaan atau bahkan kematian pihak tersebut.
Ingin ketahui manfaat lain yang ditawarkan dalam insuran kereta komprehensif AmBank? Jom teruskan membaca artikel ini.
Kelebihan renew dengan insuran kereta AmBank
Ini antara kelebihan-kelebihan yang boleh anda peroleh dan nikmati:
Terima bantuan bila-bila amsa
Kereta rosak boleh berlaku secara tiba-tiba ketika sedang memandu, bukan? Jangan risau, insuran kereta AmBank atau AmAssurance menawarkan Bantuan AUTO secara PERCUMA selama 24 jam, yang mana ia meliputi bantuan jumpstart kecemasan, penukaran bateri serta penggantian tayar pancit!
Selain itu, anda juga akan layak menerima bantuan khidmat tunda secara PERCUMA sehingga 50km (Malaysia Barat) / 30km (Malaysia Timur).
Proses tuntutan mudah
Pernah alami pengalaman proses tuntutan yang melecehkan sebelum ini? Jangan risau, kini tidak lagi dengan AmAssurance. Anda boleh dapatkan penyelesaian tuntutan segera secara tunai dengan AmAssurance Express. Ini merupakan cara yang paling dan mudah untuk membuat tuntutan bagi Kerosakan Sendiri dan juga cermin depan (windscreen).
Terima peringatan pembaharuan insurans & tuntutan PERCUMA
Seronok kan kalau ada orang yang ingatkan kita mengenai perkara-perkara penting. Yelah, mana tahu sebab terlalu sibuk, kita mungkin tidak sempat untuk catch-up perkara-perkara penting yang sepatutnya perlu dilakukan, contohnya pembaharuan insurans kenderaan atau bahkan mengenai tuntutan insurans yang sedang dalam proses.
Dengan mendapatkan insuran kereta AmBank, anda akan menerima peringatan mengenai pembaharuan insurans, kemaskini mengenai tuntutan insurans anda serta jawapan kepada pertanyaan kadar NCD semasa anda. Semua ini boleh diperoleh hanya melalui SMS dan akan sentiasa dikemaskini kepada anda mengikut waktu yang sepatutnya.
Kekal berhubung bila-bila masa
Perlukan bantuan mengenai insurans kereta anda termasuk proses tuntutan? Jangan risau, hubungi sahaja talian khidmat pelanggan AmAssurance yang dibuka selama 24 jam di 1800886333.
Soalan Lazim mengenai insuran kereta AmBank
Adakah insuran kereta AmBank hanya menawarkan pelan insurans komprehensif sahaja?
Tidak, anda juga boleh mendapatkan polisi insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian (TPFT) atau polisi insurans Pihak Ketiga sahaja, iaitu polisi yang paling asas.
Apakah jenis perlindungan tambahan yang boleh saya dapatkan di bawah polisi komprehensif?
Anda boleh mendapatkan:
- perlindungan untuk cermin depan/belakang, tingkap dan bumbung matahari
* tuntutan cermin kereta hanya boleh dilakukan menerusi polisi syarikat insurans masing-masing ya. Contoh jika anda renew dengan AmBank, maka sila claim insurans cermin kereta dengan AmBank sahaja. Jika sebelum ini anda renew dengan Kurnia Insurance dan pernah membuat claim untuk windscreen, maka anda tidak boleh menggunakan cara claim insuran cermin kereta Kurnia pada kali ini kerana proses termasuk dokumen yang perlu disediakan untuk setiap syarikat insurans mungkin berbeza.
- liabiliti dari segi undang-undang terhadap penumpang
- perlindungan tambahan bencana khas (peril khas) seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya
- pampasan untuk tempoh pembaikan yang dianggarkan (CART)
- mogok, rusuhan dan kekecohan awam
- pengecualian untuk penambahbaikan
- kereta sewaan persendirian (e-hailing)
Adakah terdapat sebarang caj tambahan apabila perbaharui dengan insuran kereta Ambank?
Ya, ada. Biasanya, caj atau yuran yang perlu anda bayar adalah:
- Cukai perkhidmatan – 6% daripada jumlah premium anda
- Duti Setem – RM10
- Komisen ejen apabila melibatkan pengantara – 10% daripada premium
Adakah saya akan dikenakan sebarang ekses apabila tuntutan ingin dibuat?
Ya…
- Anda perlu menanggung ekses dan ekses wajib untuk kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda:
Apa itu ekses?
Ekses ialah amaun pertama yang anda perlu tanggung untuk setiap tuntutan akibat satu kejadian yang pihak insurans luluskan. Anda boleh rujuk pada jadual polisi anda untuk mengetahui amaun ekses
yang anda wajib bayar.
- Ekses wajib ialah RM400 yang ditambah kepada ekses di dalam jadual polisi anda yang anda perlu tanggung bagi setiap tuntutan yang timbul daripada satu kejadian yang diluluskan oleh AmAssurance. Walau bagaimanapun, ekses wajib ini akan dikecualikan jika kerugian atau kerosakan tersebut disebabkan oleh kebakaran, letupan, disambar kilat, pecah masuk, pecah rumah atau kecurian.
Ekses wajib akan dikenakan jika anda atau pemandu lain yang memandu kenderaan anda:
- adalah di bawah umur 21 tahun;
- memegang lesen memandu Percubaan (P) atau Sementara (L);
- tidak dinamakan di dalam Jadual sebagai pemandu dinamakan.
Apa yang perlu anda berikan perhatian apabila ingin membuat tuntutan insuran kereta AmBank?
Bagi tuntutan insuran kereta Ambank, apa yang perlu anda lakukan adalah:
- Buat laporan polis untuk segala kejadian. Untuk kemalangan di jalan raya, laporkan kepada pihak polis dalam masa 24 jam.
- Maklumkan kepada pihak insurans AmBank secara bertulis dalam tempoh 7 hari selepas kejadian tersebut. Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan kembalikan kepada pihak insurans dengan dokumen berkenaan dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh pemberitahuan.
- Untuk tuntutan Kerosakan Sendiri, kerosakan kenderaan mestilah dikendalikan oleh bengkel yang diluluskan oleh AmAssurance.
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai insuran kereta AmBank, anda boleh sahaja hubungi mereka menerusi Talian Bebas Tol (1800886333) atau hantarkan emel di customer@amassurance.com.my
Semoga bermanfaat!
Dalam pada itu, jangan ketinggalan untuk lakukan dahulu perbandingan dan buat kira-kira sebelum renew insurans kereta anda ya. Untuk lebih mudah, buat sahaja menerusi platform Bjak. Menerusi Bjak, anda boleh lihat banyak sebut harga insurans dalam satu masa termasuklah pengiraan insurans kereta Etiqa Takaful. Pastinya akan bantu anda lebih cepat dan jimat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: