Skip to content
Home » Pelanggar Tak Buat Report Polis, Bolehkah Tetap Claim Insurans Kereta Third Party?

Pelanggar Tak Buat Report Polis, Bolehkah Tetap Claim Insurans Kereta Third Party?

    insurans kereta third party

    Salah satu langkah atau perkara yang sangat penting perlu dilakukan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya adalah pergi ke balai polis dalam tempoh 24 jam untuk membuat laporan berhubung kejadian. Namun begitu, ada juga sitausi di mana pihak yang melanggar tidak memberikan kerjasama dengan tidak menghadirkan diri ke balai polis untuk melaporkan tentang kemalangan tersebut meskipun pada awalnya telah dipersetujui. Jika situasi ini berlaku, bolehkah anda sebagai mangsa tetap membuat tuntutan insurans kereta third party (claim insurans di bawah polisi pihak yang melanggar) memandangkan kemalangan tersebut bukan kesalahan anda?

    Ini jawapannya!

    Bolehkah teruskan dengan tuntutan insurans kereta third party?

    fail tuntutan insurans kereta third party

    Jawapannya boleh. Namun, ada satu perkara penting yang perlu anda lakukan terlebih dahulu memandangkan pihak tersebut gagal menepati janji dan tidak hadir ke balai polis.

    1. Sediakan Akuan Berkanun

    Anda perlu menulis dan memberi Akuan Berkanun (Statutory Declaration (SD)) yang telah diperakui untuk mengesahkan mengenai kejadian tersebut kepada syarikat insurans pihak terbabit.

    Akuan Berkanun diperlukan untuk mengisytihar dan mengesahkan bahawa anda tidak bersalah dan maklumat yang diberikan kepada polis adalah benar. Tanpa laporan polis daripada kedua-dua belah pihak, anggota polis yang bertanggungjawab boleh memutuskan untuk tidak mengeluarkan Keputusan Kes, yang kemudiannya boleh menyebabkan keseluruhan proses tuntutan ditangguhkan.

    Nota penting: Perlu anda ingat, sebaik sahaja terbabit dalam kemalangan dengan pihak lain, anda perlu segera mengambil dan bertukar maklumat, termasuklah mencatatkan nombor plat kenderaannya dan tahu nama syarikat insurans pihak terbabit.

    1. Sediakan dokumen untuk tuntutan insurans kereta third party

    Seterusnya, sila sediakan semua dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk pihak insurans anda menghantar ke syarikat insurans pihak ketiga dan teruskan dengan proses tuntutan.

    Selepas dokumen-dokumen di bawah ini dihantar ke pihak sepatutnya, anda hanya perlu menunggu sebarang perkembangan terkini daripada syarikat insurans anda sehingga ia selesai.

    Dokumen-dokumen yang perlu disediakan adalah:

    • Salinan asal laporan polis
    • Surat Akuan Berkanun
    • Salinan kad pengenalan
    • Sijil pemilikan kereta (salinan)
    • Surat tuntutan
    • Salinan lesen memandu
    • Gambar kejadian kemalangan

    Kesan kepada NCD

    Memandangkan kemalangan tersebut disahkan bukan kesalahan anda, maka tuntutan anda itu dibuat di bawah tuntutan insurans kereta third party, yang secara langsung tidak akan memberi kesan/ menjejaskan kadar NCD insurans kereta semasa anda. Sebaliknya, NCD pihak yang melanggar itu pula yang akan terjejas selepas tuntutan anda terhadapnya diluluskan.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: