Skip to content
Home » Apakah itu Jenis Insurans Kereta Pihak Ketiga, Kecurian & Kebakaran 

Apakah itu Jenis Insurans Kereta Pihak Ketiga, Kecurian & Kebakaran 

    Jenis insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian

    Salah satu polisi atau jenis insurans kereta yang ada di pasaran adalah insurans kereta pihak ketiga, kecurian dan kebakaran (TPFT). Apakah bentuk perlindungan yang diberikan oleh pihak insurans untuk pemegang polisi jenis insurans ini?

    Jom ketahuinya dengan lebih lanjut menerusi perkongsian di bawah.

    Mengenai polisi insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran

    Untuk makluman anda, polisi insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran menawarkan perlindungan yang boleh dikatakan ‘separa lengkap’ untuk pemegang polisinya.

    Kenapa kami kata ‘separa lengkap’?

    Ini kerana, berbeza dengan polisi paling asas iaitu polisi insurans kereta third party, polisi insurans ini masih akan memberikan perlindungan untuk pemilik kenderaan bagi kejadian kecurian dan kebakaran kenderaan, yang mana ia tidak ditawarkan di dalam polisi third party.

    Namun, ada satu perkara penting yang tidak ditawarkan di dalam polisi ini iaitu:

    • ia tidak memberikan perlindungan untuk kerosakan kereta akibat kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri.

    Mudah kata, jika anda menyebabkan kemalangan sehingga kereta anda rosak, maka anda tidak layak untuk claim insurans bagi membaiki kerosakan yang berlaku pada kereta anda itu. Hanya pihak ketiga (kenderaan yang dilanggar) sahaja boleh claim di bawah polisi anda.

    Apakah perkara yang boleh dituntut di bawah polisi pihak ketiga, kecurian dan kebakaran?

    Berikut merupakan perkara-perkara yang melayakkan anda untuk claim insurans di bawah polisi ini:

    • Kecurian kereta
    • Kebakaran kereta atas sebab khianat atau tidak disengajakan
    • Tuntutan daripada pihak ketiga atas kerugian harta bendanya, kecederaan dan juga kematian

    Jenis-jenis tuntutan yang tidak boleh dilakukan di bawah polisi pihak ketiga, kecurian dan kebakaran:

    • Kerosakan kereta akibat kemalangan yang disebabkan diri sendiri
    • Kerosakan/ keretakan cermin kereta
    • Kerosakan kereta akibat bencana alam
    • Kerosakan kereta akibat terlanggar haiwan
    • Bantuan towing PERCUMA jika kereta rosak atau kemalangan – manfaat ini biasanya hanya diberikan kepada pemegang polisi komprehensif sahaja
    • Bantuan tepi jalan PERCUMA jika kereta rosak akibat kemalangan – manfaat ini juga biasanya hanya diberikan kepada pemegang polisi komprehensif sahaja

    Berapakah premium bagi polisi insurans jenis pihak ketiga, kecurian dan kebakaran?

    Premium untuk mana-mana polisi insurans adalah berbeza setiap tahun. Namun pada dasarnya, harga untuk pelan insurans jenis ini adalah lebih murah berbanding polisi komprehensif, namun sedikit mahal berbanding insurans third party.

    Pihak insurans biasanya akan menilai beberapa faktor tertentu terlebih dahulu sebelum menetapkan premium yang perlu dibayar oleh anda. Ia termasuklah:

    • Kadar NCD semasa anda
    • Lokasi anda
    • Tabiat memandu
    • Rekod tuntutan dan lain-lain.

    Patutkah anda ambil perlindungan dari polisi insurans ini?

    Secara dasarnya, jenis polisi terbaik patut kenderaan anda miliki adalah jenis insurans kereta 1st party. Ini kerana insurans 1st party akan memberikan kereta anda lebih perlindungan di samping banyak manfaat-manfaat percuma disediakan oleh pihak insurans.

    Jika anda masih layak untuk ambil insurans 1st party, maka kami sarankan anda untuk dapatkan sahaja perlindungan dengan polisi insurans ini berbanding insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran. Walaupun harganya sedikit mahal, namun perlindungan yang diberikan juga lebih banyak.

    Nanmun begitu, jika kereta anda sudah berusia lebih 10 tahun dan mungkin sudah tidak layak lagi untuk ambil insuans jenis 1st party, maka anda boleh sahaja dapatkan polisi insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran ini!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: