Skip to content
Home » Jenis Ubah Suai Kenderaan Yang Dilarang di Malaysia

Jenis Ubah Suai Kenderaan Yang Dilarang di Malaysia

    ubah suai kenderaan

    Segelintir pemilik kenderaan gemar untuk mengubah suai kenderaan milik mereka agar tampak lebih elegan dan bergaya ketika sedang memandu di atas jalan raya. Namun, silap cara, padah yang akan menimpa. Tidak semua jenis ubah suai boleh dilakukan pada kenderaan kerana ia boleh membahayakan pemandu dan penumpang yang berada dalam kenderaan tersebut.  

    Setiap bentuk atau jenis pengubahsuaian kenderaan perlu dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika anda gagal mengikut peraturan ini, tindakan saman bahkan juga penjara akan dikenakan jika dikesan oleh pihak berkuasa. 

    Untuk itu pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa jenis pengubahsuaian yang haram atau tidak boleh dilakukan pada kenderaan anda agar boleh dijadikan sebagai rujukan. 

    Hellaflush

    Pada ‘kaki modifikasi’, antara jenis ubah suai yang dianggap nampak bergaya pada kereta mereka adalah ‘hellaflush’ atau lebih mudah disebut sebagai tayar kangkang.

    Bagaimana ia dibuat?

    Biasanya tayar akan ditukarkan kepada saiz yang lebih lebar dan meluruskan sudut camber negatif dengan meregangkan tayar sehingga mengubah sudut sisi tayar. Suspensi juga perlu dilaraskan kepada negatif supaya tayar tidak tersagat pada badan kereta.

    Hasilnya, tayar akan nampak terkangkang dan terkeluar daripada yang sepatutnya. 

    hellaflush

    Mungkin gaya ini nampak hebat dalam kalangan penggemarnya, namun ubah suai ini sebenarnya boleh menambah risiko kerosakan pada kereta dan tayar dalam jangka masa yang lebih pendek. Selain itu, ia boleh menjadi punca berlaku kemalangan jalan raya kerana tayar yang diubah suai itu tidak lagi berada dalam posisi yang betul sehingga akan menyebabkan kereta sukar dikawal dengan baik. 

    Tindakan mana-mana pemilik kereta membuat pengubahsuaian seperti ini boleh menyebabkan dia dikenakan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda sehingga RM2,000. 

    Hon berirama

    Pernah tak ketika sedang memandu anda tiba-tiba terdengar bunyi hon yang luar biasa? Kadang-kala seperti lagu, kadang-kadang rentak yang kelakar atau lain-lain?

    Mungkin rasa ianya menghiburkan, namun sebenarnya ia adalah salah satu bentuk pengubahsuaian yang tidak boleh dilakukan oleh setiap pemilik kenderaan.

    Fungsi hon adalah untuk memberikan amaran kepada kenderaan di hadapan mengenai sesuatu bahaya. Cukup hanya dibunyikan sekali sahaja agar ia tidak menimbulkan ketidaksenangan pada pengguna lain. 

    Biasanya, hon yang boleh memainkan lagu ini digelar sebagai hon tenonet atau hon berirama. Berbanding pemilik kereta, hon ini lebih popular dalam kalangan pemandu kenderaan besar terutamanya lori. 

    Jika dikesan melakukan kesalahan ini, pemandu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 6 bulan atau denda maksimum RM2,000. Tak berbaloi kan?!

    Cermin kereta terlalu gelap

    Salah satu bentuk ubah suai kereta yang kerap dilakukan oleh majoriti pemilik kereta adalah memasang tinted pada cermin kereta. Ia bagi membantu mengurangkan kadar sinaran matahari yang menembusi cermin. 

    Ia tidak salah untuk dilakukan asalkan mengikut ketetapan pihak berkuasa JPJ seperti infografik di bawah:

    Peraturan ini bagaimanapun tidak terpakai kepada kenderaan awam dan kenderaan perdagangan.

    Kegagalan mana-mana kereta pemilik persendirian untuk mengikut peraturan ini boleh menyebabkan anda dikenakan kompaun RM300 atau denda RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya sekali jika dikesan oleh JPJ. 

    Ekzos yang terlalu bising

    Segelintir pemilik kereta atau motosikal gemar memasang ekzos yang mengeluarkan bunyi terlalu kuat. Ini kerana kononnya ingin menjaga keselamatan dan memberi amaran kepada orang sekeliling.

    Penggunaan ekzos yang terlalu kuat ini jelas akan mengganggu ketenteraman orang awam tanpa disedari.

    Berkuat kuasa Mac 2021, kesalahan memasang ekzos dengan bunyi kuat melampau tidak lagi akan disaman tetapi digantikan dengan Notis 114 iaitu notis untuk temu siasat di pejabat JPJ. 

    Jadi, silalah ikut segala panduan yang telah ditetapkan dan tidak melakukan sebarang jenis ubah suai kenderaan yang melampau bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap anda. Ingat, sama-samalah kita ikut peraturan untuk keselamatan bersama. 


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: