Skip to content
Home » Kelebihan & Kekurangan Cukai Jalan Digital

Kelebihan & Kekurangan Cukai Jalan Digital

    cukai jalan digital - cover

    Dalam usaha untuk memodenkan dan menyederhanakan pengurusan kenderaan, banyak negara telah beralih ke sistem cukai jalan digital. Walaupun terdapat kelebihan yang jelas dalam menggunakan teknologi ini, tetapi juga wajar dipertimbangkan kekurangan yang mungkin timbul.

    Kelebihan dan kekurangan yang ada pada cukai jalan digital ini mungkin tidak sama seperti apa yang ada pada cukai jalan fizikal. Namun apa yang pasti, kedua-dua kelebihan dan kekurangan ini perlu ada untuk mengimbangi dan mengukuhkan lagi sistem percukaian dan jalan raya Malaysia. Baca untuk tahu berkenaan kelebihan dan kekurangan cukai jalan digital dalam artikel ini.

    Kelebihan cukai jalan digital

    Senang diakses

    Salah satu kelebihan utama sistem cukai jalan digital adalah kemudahan akses yang diberikan kepada pengguna. Mereka boleh memeriksa, membayar, dan menguruskan cukai jalan mereka dari mana-mana dengan hanya menggunakan peranti yang mempunyai sambungan internet.

    Efisien dan cepat

    Proses pembayaran cukai jalan kenderaan dalam talian biasanya lebih cepat dan efisien berbanding dengan melalui kaunter atau melalui pos. Ini membolehkan pemilik kenderaan jimat masa dan tenaga.

    Mudah untuk menyimpan maklumat

    Semua butiran berkaitan cukai jalan disimpan dalam pangkalan data dalam talian, memudahkan pemilik kenderaan untuk merujuk semula butiran dan mengesan tarikh tamat cukai dengan lebih baik.

    Kurangkan keburukan dokumen fizikal

    Dengan menggunakan sistem dalam talian, risiko kehilangan atau kerosakan kepada dokumen fizikal seperti cukai jalan berkurangan. Ini mengurangkan keperluan untuk mencetak dan menyimpan dokumen fizikal.

    Kekurangan cukai jalan digital

    Keterbatasan akses teknologi

    Salah satu kekurangan utama sistem dalam talian adalah keterbatasan akses teknologi. Individu yang tidak mempunyai kemahiran teknologi atau akses internet yang terhad mungkin menghadapi kesulitan dalam menggunakan sistem ini.

    Data selamat

    Walaupun sistem dalam talian mungkin dilengkapi dengan langkah-langkah keselamatan yang ketat, risiko kebocoran data dan penipuan tetap wujud. Ini boleh menimbulkan kebimbangan mengenai privasi dan keselamatan maklumat pengguna.

    Sistem rosak

    Gangguan teknikal atau masalah dengan sistem dalam talian boleh menyebabkan gangguan dalam pembayaran cukai jalan atau akses kepada maklumat penting lain yang berkaitan dengan kenderaan.

    kebergantungan terhadap teknologi

    Bergantung sepenuhnya pada sistem dalam talian boleh menyebabkan kebergantungan yang berlebihan terhadap teknologi. Sekiranya terdapat gangguan atau kegagalan sistem, pengguna mungkin akan terjejas secara serius.

    Renew roadtax anda hari ini!

    Jika anda mendapati roadtax anda akan tamat tempoh tidak lama lagi, jangan lupa untuk pastikan ia segera diperbaharui. Selain mengelakkan anda daripada dikenakan tindakan saman akibat memandu tanpa roadtax yang sah, ia juga penting bagi memastikan kenderaan anda boleh dilindungi daripada sebarang kejadian yang tidak dijangka baik ketika memandu ataupun memakirkan kereta.

    Kami sudah berkongsikan cara yang paling mudah untuk anda renew dan dapatkan roadtax, iaitu menerusi Bjak. Jadi, tunggu apa lagi? Layari Bjak sekarang agar anda boleh renew dapatkan kedua-dua roadtax dan insurans kereta anda dalam hanya 5 minit sahaja!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: