Kemalangan Akibat Mabuk, Bolehkah Tuntutan Insurans Dibuat?

Memandu di bawah pengaruh alkohol bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah juga kepada pengguna jalan raya lain.

Jika terlibat kemalangan, adakah tuntutan insurans masih boleh dibuat? Ketahuinya menerusi artikel ini.

Insurans Kereta

Written by:

Sudah pelbagai kejadian kemalangan akibat kecuaian pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dilaporkan media setiap tahun, namun nampaknya ia masih belum menemui titik noktah. 

Memandu di bawah pengaruh alkohol bukan hanya membahayakan diri sendiri dan kenderaan, malah kesannya lebih teruk terhadap pengguna jalan raya yang lain sehingga membabitkan kematian. 

Untuk rekod , bagi tempoh lima bulan pada tahun 2020 sahaja, sejumlah 67 kes kemalangan dengan tiga kematian dicatatkan. Jumlah itu meningkat berbanding keseluruhan kes pada tahun 2018 iaitu 60 kes kemalangan tiga dengan kematian, serta tahun 2019 dengan 56 kes kemalangan membabitkan empat kematian. 

Kejadian sedemikian sebenarnya boleh dielakkan jika pemandu mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap diri sendiri dan orang lain.

Antara kes kemalangan membabitkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol

Berikut merupakan beberapa contoh kes kemalangan sehingga menyebabkan kematian akibat pemandu mabuk:

1. 12 Mac 2022 – Di Kuala Lumpur, seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar pemandu mabuk di Jalan Kuching. Kemalangan itu membabitkan motosikal Demak EX90 dan Perodua Myvi. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu kereta berusia 32 tahun mengalami kecederaan ringan.

2. 13 Feb 2021 – Seorang anggota polis maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol di Kluang, Johor. Menurut pihak berkuasa polis, pemandu kereta terbabit hilang kawalan ke atas kereta dipandunya dan bertembung dengan motosikal Bradford, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian.

3. 1 Mac 2021 – Seorang lelaki dirempuh dari arah belakang sebelum diseret kira-kira 1.5 km selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kenderaan jenis MPV yang dipandu seorang lelaki mabuk. Kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang itu menyebabkan mangsa berusia 22 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala. 

4. 22 Sept 2020 – Seorang pelajar tingkatan 5 meninggal dunia selepas menjadi mangsa kemalangan melibatkan pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk. Kejadian itu melibatkan motosikal Yamaha Y15 dan kenderaan Myvi. 

Tuntutan insurans kenderaan kemalangan akibat mabuk

Syarikat insurans hanya akan membantu membayar ganti rugi kepada pihak ketiga sahaja

Insurans kenderaan difahami memberi perlindungan terhadap kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan. Namun jika ia disebabkan oleh pemanduan di bawah pengaruh alkohol, adakah tuntutan masih boleh dibuat?

Untuk makluman anda, syarikat insurans ada memberi perlindungan bagi sebarang kemalangan yang diakibatkan oleh pemanduan di bawah pengaruh alkohol, namun ia tertakluk kepada syarat ketat polisi insurans. Di Malaysia, memandu di bawah pengaruh alkohol adalah pengecualian umum untuk insurans kereta

Syarikat insurans tidak akan melindungi kerosakan kenderaan atau harta benda anda akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Namun, syarikat insurans akan membayar kos kecederaan dan juga kerosakan yang dialami oleh pihak ketiga. Penting untuk anda tahu, syarikat insurans juga masih berhak untuk membuat tuntutan balik ke atas apa yang diinsuranskan.

Selepas kemalangan itu, polisi insurans anda mungkin akan terbatal atau anda perlu membayar dua kali ganda untuk insurans kenderaan setelah mengakibatkan kemalangan.

Contoh senario:

Seorang pemandu mabuk telah merosakkan kenderaan pihak ketiga serta mencederakan 2 lagi mangsa di dalam kenderaan tersebut. Akibat kejadian itu, keluarga mangsa memutuskan untuk menyaman pemandu tersebut dan mahkamah membenarkan pampasan dituntut oleh mangsa.

Syarikat insurans akan membayar terlebih dahulu pampasan sebanyak RMXXXXX tersebut namun beberapa minggu kemudian, pelaku atau pemandu mabuk terbabit akan menerima surat daripada syarikat insurans bagi membayar semula RMXXXXX berkenaan berserta kos guaman kerana memandu di bawah pengaruh alkohol adalah salah satu pengecualian insurans.

Nota: Jumlah pampasan yang diberikan bagaimanapun berbeza mengikut syarikat insurans.

Jangan memandu di bawah pengaruh alkohol

Pemanduan di bawah pengaruh alkohol adalah sangat merbahaya. Sesiapa yang didapati bersalah melakukannya bukan sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat oleh pihak berkuasa, malah lesen memandu juga mungkin digantung selama beberapa tahun.

Jadi, sila pastikan anda tidak memandu jika sudah berada di bawah pengaruh alkohol. Elak menjadi penyebab berlakunya kemalangan dan menyusahkan orang lain.


Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: