Skip to content
Home » Tuntutan Insurans Kereta: Tindakan yang Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Selepas Kemalangan

Tuntutan Insurans Kereta: Tindakan yang Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Selepas Kemalangan

    Tuntutan Insurans Kereta

    Terlibat dalam kemalangan jalan raya sememangnya pengalaman yang mendukacitakan dan sangat memakan masa. Apa yang perlu anda lakukan jika anda tiba-tiba terlibat dalam kemalangan? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui perkara yang betul untuk dilakukan demi keselamatan anda serta proses tuntutan insurans kereta yang lebih lancar.

    Apa yang PERLU dilakukan selepas terlibat dalam kemalangan?

    Di bawah ini merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh anda sebaik sahaja terlibat dalam kemalangan.

    Periksa kecederaan anda

    Periksa dulu sama ada anda cedera atau tidak

    Periksa sama ada terdapat sebarang kecederaan pada anggota badan anda. Cuba gerakkan tangan dan kaki anda untuk melihat jika ada mana-mana bahagian yang tercedera. Tetap tenang dan hubungi ambulans di talian 999 dengan segera untuk mendapatkan bantuan jika ada yang cedera.

    Kekal selamat

    Place a warning triangle at least 45 meters from your vehicle on a flat surface

    Lihat sekeliling anda. Pastikan kenderaan anda tidak  menghalang jalan.

    Ubah kenderaan anda ke tepi jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas atau pelanggaran lain. Hidupkan lampu amaran bahaya supaya pemandu lain dapat melihat kereta anda.

    Selain itu, letakkan papan tanda segi tiga amaran sekurang-kurangnya 45 meter dari kenderaan anda pada permukaan rata yang boleh dilihat oleh pemandu lain.

    Kumpulkan butiran kemalangan 

    Jangan panik jika anda terlibat dalam kemalangan. Alihkan kereta anda ke lorong kecemasan dengan selamat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Catat butiran mana-mana pihak lain yang terlibat dalam kemalangan itu. Pastikan anda tidak terlepas butiran berikut:

    • Nombor pendaftaran kereta
    • Model kereta, tahun, warna
    • Nama, alamat dan nombor telefon
    • Kad pengenalan dan lesen memandu
    • Gambar kerosakan sebagai bukti

    Hubungi talian hotline syarikat insurans anda

    Hubungi talian hotline syarikat insurans anda untuk memaklumkan mereka tentang situasi anda. Jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, dapatkan nasihat mereka untuk langkah seterusnya. Jika kerosakan teruk, anda boleh meminta perkhidmatan tunda.

    Minta bantuan khidmat tunda daripada syarikat insurans anda.

    Buat laporan polis

    Anda perlu membuat laporan polis dalam temph 24 jam selepas berlakunya kemalangan. Anda memerlukan laporan polis untuk membuat tuntutan terhadap syarikat insurans nanti, walaupun ia hanya tuntutan untuk kerosakan pada kenderaan anda.

    Sila berikan butiran kemalangan untuk menyokong laporan anda.

    Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans anda

    Pastikan anda melaporkan kemalangan itu kepada syarikat insurans anda dengan segera. Walaupun polisi insurans menyatakan anda mempunyai beberapa hari untuk melaporkan kemalangan, anda dinasihatkan untuk melakukannya dalam tempoh 24 jam atau pada hari bekerja berikutnya untuk mengelakkan sebarang risiko. Buat laporan polis dengan segera melainkan ada sebab yang kukuh, seperti dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan untuk kecederaan anda, yang mana ia boleh disokong oleh laporan perubatan rasmi.

    Sila ambil perhatian bahawa kegagalan anda untuk melaporkan kemalangan boleh menyebabkan anda menghadapi masalah. Anda boleh melindungi diri anda daripada sebarang tuntutan kerosakan kenderaan atau kecederaan pihak ketiga yang tidak dijangka dengan memfailkan laporan polis.

    Apakah perkara yang TIDAK BOLEH dilakukan selepas kemalangan?

    Sekarang, terdapat beberapa perkara yang anda tidak boleh lakukan selepas kemalangan. Baca perkara yang perlu dielakkan apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti di bawah.

    Jangan lari dari tempat kemalangan

    Tolong jangan lari dari tempat kejadian, walaupun kemalangan itu tidak teruk.

    Jika anda melarikan diri dari tempat kejadian, anda pasti akan didakwa dengan langgar lari, yang boleh menyebabkan anda dipenjarakan.

    Jangan sesuka hati menerima penyelesaian

    Tolong jangan terima sebarang penyelesaian lisan dan segera di tempat kejadian. Pihak ketiga mungkin menawarkan penyelesaian kos rendah kepada anda jika kemalangan itu bukan salah anda.

    Lebih baik anda memaklumkan kepada syarikat insurans anda kerana mereka lebih mengetahui kos sebenar kerosakan kenderaan anda.

    Jangan terpedaya dengan perkhidmatan trak tunda yang tidak sah

    Jangan terpedaya dengan perkhidmatan trak tunda tidak sah yang menawarkan bantuan kepada anda selepas kemalangan. Mereka mungkin cuba menekan anda untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Perkhidmatan mereka boleh menelan kos sehingga RM500 bergantung pada jarak dan masa.

    Ya, ia mahal, jadi berhati-hati.

    Kebanyakan penyedia insurans menyediakan khidmat tunda percuma untuk pemegang polisi komprehensif. Sila pastikan manfaat pada polisi anda turut menyediakan khidmat bantuan tepi jalan

    Jika khidmat tunda percuma disertakan, anda boleh menghubungi syarikat insurans anda untuk meminta bantuan daripada mereka.

    Tuntutan insurans kereta

    Maklumkan kepada syarikat insurans untuk tuntutan insurans kereta

    Jangan lupa untuk memaklumkan kepada syarikat insurans anda selepas anda mengalami kemalangan, walaupun anda tidak berhasrat untuk membuat tuntutan insurans.

    Ia adalah penting untuk perlindungan anda terhadap liabiliti akibat daripada kemalangan itu.

    Untuk makluman anda, terdapat tiga jenis tuntutan insurans kereta: i) Tuntutan Kerosakan Sendiri, ii) Tuntutan Knock-for-Knock, dan iii) Tuntutan Pihak Ketiga.

    Bagaimana jika anda bersalah?

    Ia bergantung kepada tahap kerosakan. Jika kerosakan kecil dan tiada siapa yang cedera, anda boleh berbincang mengenai penyelesaian dengan pihak yang satu lagi. Kebanyakan orang lebih suka menyelesaikan kemalangan kecil dengan sendiri berbanding membuat tuntutan insurans untuk elak daripada kehilangan Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) mereka.

    Anda juga boleh memfailkan tuntutan Kerosakan Sendiri dengan syarikat insurans anda untuk kerosakan kenderaan anda. Walau bagaimanapun, anda berkemungkinan akan kehilangan NCD anda.

    Bagaimana jika anda tidak bersalah?

    Anda boleh membuat tuntutan sama ada daripada syarikat insurans pihak ketiga secara terus atau membuat tuntutan Knock-for-Knock untuk proses yang lebih pantas.

    • Apakah itu tuntutan Knock-for-Knock?

    Tuntutan knock-for knock melibatkan situasi di mana kenderaan anda mengalami kerosakan selepas dilanggar oleh pihak lain yang bersalah.

    Anda boleh memilih untuk menuntut terhadap polisi anda sendiri atau terhadap penanggung insurans pihak ketiga (pihak yang melanggar anda). Tuntutan ini melindungi NCD anda kerana anda tidak bersalah. Untuk makluman anda, NCD ialah satu bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans jika anda atau pihak ketiga tidak membuat sebarang tuntutan di bawah polisi anda. Mempunyai kadar NCD yang tinggi boleh membuatkan premium insurans anda lebih murah.

    Di manakah anda perlu menghantar kereta anda untuk dibaiki?

    Pastikan anda menghantar kereta anda ke bengkel panel insurans untuk pembaikan. Elakkan menghantar kenderaan anda yang rosak ke bengkel yang tidak diperakui untuk mengelakkan sebarang masalah pada tuntutan insurans anda.

    Bertenang dan ikuti langkah di atas untuk memudahkan tuntutan insurans

    Walaupun sudah memandu dengan berhati-hati, namun kejadian malang tetap boleh berlaku jika tidak bernasib baik.

    Adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui perkara-perkara yang perlu dan tidak boleh dilakukan apabila terlibat dalam kemalangan. Ia akan membantu anda untuk lebih bersiap sedia dan mengatasi situasi tersebut dengan lebih yakin dan lancar.

    Sila juga pastikan anda tidak lupa untuk menyemak tarikh tamat tempoh insurans kereta anda. Penting untuk anda memastikan insurans kereta anda sentiasa aktif bagi mengelakkan sebarang masalah sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini.

    Ingat, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati memandu tanpa cukai jalan dan insurans yang sah. Selain itu, anda juga tidak boleh membuat tuntutan insurans kereta jika apa-apa berlaku pada kenderaan anda. Oleh itu, sentiasa pastikan insurans kereta anda sentiasa aktif.

    Untuk lebih memudahkan anda, perbaharui sahaja insurans anda secara dalam talian di Bjak. Terima sebut harga insurans kereta percuma dalam hanya 3 minit sahaja.

    Baca juga: