Skip to content
Home » Apa Jadi Kalau Kereta Terbakar Tapi Ada Insurans Third Party?

Apa Jadi Kalau Kereta Terbakar Tapi Ada Insurans Third Party?

    kebakaran kereta

    Kebakaran kereta boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga. Apabila ia terjadi, pemilik kenderaan pastinya mulai resah mengenangkan mengenai kerugian yang telah dialami dan akibat yang perlu ditanggung selepas itu. Anda mungkin berpandangan bahawa tuntutan insurans boleh dilakukan bagi menanggung kerugian yang dialami. Namun, bagaimana pula jika anda hanya memiliki perlindungan insurans kereta third party pada ketika itu? Adakah tuntutan masih boleh dilakukan untuk membantu menampung kerugian anda? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

    Kebakaran kereta berlaku! Bolehkah anda claim insurans?

    Insurans kereta third party tidak melindungi kebakaran kereta

    Secara amnya, setiap pemilik kenderaan berhak untuk membuat tuntutan insurans bagi kes kebakaran kereta yang TIDAK DISENGAJAKAN, namun ia tetap bergantung kepada jenis insurans kereta yang dimiliki pada ketika itu. 

    Penting untuk anda tahu, tuntutan insurans bagi situasi ini hanya boleh dilakukan jika pemilik kenderaan tersebut adalah pemegang polisi komprehensif (insurans kereta 1st party) atau polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.

    Hanya ada insurans kereta third party

    Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat tiga jenis polisi insurans yang ada di pasaran iaitu polisi komprehensif, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan polisi pihak ketiga.

    Polisi pihak ketiga atau 3rd party policy ini diketahui merupakan polisi yang paling asas dan harganya juga adalah yang paling murah. Sama seperti namanya, polisi ini hanya menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sekiranya anda terlibat dalam kemalangan (yang berpunca daripada anda). 

    Jadi berdasarkan daripada bentuk perlindungan yang diberikan, maka jelas di sini pemegang polisi 3rd party tidak akan dilindungi atau diberikan pampasan sekiranya kereta mereka terbakar. Ini kerana ia tidak termasuk dalam senarai perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans seperti tercatat di dalam polisi. 

    Bagaimana untuk mengelak kebakaran kereta

    Meskipun risiko untuk ia berlaku adalah rendah, namun mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengelakkan kebakaran kereta:

    • Beli alat pemadam api untuk kereta anda dan letakkan berhampiran tempat duduk pemandu.
    • Jangan merokok di dalam kereta. Ia boleh menyebabkan kebakaran memandangkan bahagian dalam kereta mengandungi plastik dan bahan lain yang mudah terbakar
    • Lakukan penyelenggaraan kereta mengikut tempoh yang ditetapkan
    • Berhati-hati dengan petrol
    • Matikan enjin semasa mengisi minyak kereta

    Dapatkan perlindungan insurans terbaik

    Perlindungan 3rd party tidak akan membolehkan anda untuk dibayar pampasan bagi kes kebakaran kereta. Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan perlindungan insurans terbaik bagi kenderaan anda. Biar mahal sedikit, asalkan ia lebih dilindungi.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: