Skip to content
Home » Kesalahan Sering Dilakukan Ketika Renew Insurans

Kesalahan Sering Dilakukan Ketika Renew Insurans

    Kesalahan ketika renew insurans

    Memilih perlindungan insurans yang terbaik untuk kenderaan adalah sangat penting. Dengan kewujudan pelbagai jenama insurans dan takaful pada hari ini, pemilik kenderaan perlu lebih bijak dan peka dalam memilih pelan yang bagus untuk kenderaan mereka.

    Ingat, harga kereta bukan seringgit dua. Tanpa perlindungan yang mencukupi, anda sebagai pemiliknya mungkin perlu menanggung beban kewangan yang lebih berat jika berlaku sesuatu pada kenderaan anda kelak. 

    Bagaimanapun, memilih pelan insurans kadang-kala memang agak mengelirukan. Dengan langkah liberalisasi tarif insurans motor yang dilaksanakan sejak 2017, pengguna kini boleh melihat pelbagai manfaat dengan harga yang berbeza ditawarkan oleh setiap syarikat insurans dan takaful. 

    Jadi, anda sebagai pengguna perlu bijak. Goal anda pastinya ingin mendapatkan pelan insurans yang menawarkan manfaat paling menarik pada harga yang paling menguntungkan. Di sini, Bjak akan kongsikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik kenderaan ketika membeli insurans kereta.

    Semoga boleh dijadikan panduan!

    Main beli je, tak buat research dulu

    Dalam apa jua perkara, kajian atau research perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wang ringgit, keselamatan, dan manfaat anda. Sama jugalah seperti insurans, anda sebenarnya perlu buat research terlebih dahulu sebelum memilih untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat terbabit.

    Research bagaimanakah yang dimaksudkan?

    Anda boleh pergi ke laman media sosial syarikat tersebut dan lihat maklum balas yang diberikan oleh pengguna sebelum ini. Lihat sama ada manfaat dan harga yang ditawarkan okay atau tidak, proses tuntutan mudah atau tidak, urusan pembaharuan insurans dan roadtax ambil masa atau tidak dan lain-lain lagi.

    Kadang-kala, ramai dalam kalangan kita yang mengambil remeh mengenai hal pembaharuan insurans dengan sekadar mengambil pelan yang menawarkan harga terendah tanpa mempedulikan faktor lain. Pada akhirnya, mereka rasa kerugian apabila berlaku sesuatu kerana banyak perkara yang tidak boleh dituntut atau dilindungi oleh syarikat insurans. 

    Lakukan research ini sampailah anda berpuas hati. Jangan buat secara tergesa-gesa tanpa mempedulikan perlindungan dan manfaat yang sepatutnya boleh diperoleh.

    Terlalu banyak perlindungan atau terkurang perlindungan

    Ini juga antara salah satu kesilapan lain yang sering dilakukan oleh segelintir daripada kita apabila membeli insurans. Ada yang terlalu bersikap berjaga-jaga sehingga terlebih pula perlindungan ketika membeli insurans, namun ada juga yang jenis tidak kisah, sehingga tidak langsung mempedulikan perlindungan tambahan lain yang sepatutnya dimiliki.

    Contohnya, jika anda mengambil perlindungan insurans paling asas iaitu polisi pihak ketiga sahaja, kereta anda sendiri tidak akan dilindungi, dan ia hanya akan memberi perlindungan terhadap kereta yang dilanggar oleh anda sahaja. Walaupun polisi pihak ketiga ini sememangnya lebih murah, namun ia tidak memberikan perlindungan yang mencukupi. Pada akhirnya, anda sendiri yang rugi dan terpaksa menanggung masalah kewangan yang lebih besar.

    Tak bandingkan insurans

    Buat perbandingan dengan beberapa syarikat insurans

    Ada segelintir daripada kita yang lebih gemar auto-renew insurans atau renew insurans dengan syarikat yang sama pada setiap tahun.

    Rugi ya jika anda buat begini! Mana tidaknya, manfaat atau harga yang ditawarkan oleh syarikat insurans tersebut mungkin bukanlah yang terbaik ada di pasaran pada ketika itu. Sepatutnya, anda perlu membuat perbandingan dengan sekurang-kurangnya 3 syarikat insurans sebelum memilih mana-mana perlindungan insurans untuk kereta anda.

    Rasa leceh nak kena banding satu per satu? Mana ada lah.. Sekarang ni pelbagai platform perbandingan insurans kereta disediakan untuk pengguna, seperti Bjak. Contohnya dengan menggunakan Bjak, anda boleh buat perbandingan sekaligus dengan lebih 10 jenama insurans dalam satu masa. Mudah kan? Jadi, pastikan anda buat perbandingan dulu bagi memastikan anda boleh mendapatkan pelan insurans terbaik pada harga terendah.

    Tak faham keperluan anda sebelum renew insurans

    Setiap pemandu atau pemilik kenderaan memiliki keperluan yang berbeza-beza. Jadi, pentinglah untuk anda memahami apa yang diperlukan oleh anda sebelum memperbaharui insurans.

    Cuba baca atau lihat jenis-jenis polisi insurans yang ada di pasaran. Jika kereta anda berusia kurang daripada 10 tahun dan masih di bawah pinjaman bank, maka anda sememangnya perlu mengambil pelan jenis komprehensif untuk kereta anda. Di dalam pelan itu pula, anda boleh membeli pelbagai jenis perlindungan tambahan lain seperti perlindungan untuk windscreen, bencana alam dan lain-lain. Tanya diri anda soalan-soalan ini antaranya:

    1. Apakah risiko cermin kereta anda untuk retak atau pecah? Jika berisiko (anda selalu buat perjalanan jauh, atau parking di luar), maka anda digalakkan untuk beli perlindungan tambahan windscreen ini.
    2. Adakah tempat anda berisiko alami bencana alam seperti banjir? Jika ya, anda perlu dapatkan perlindungan peril khas di dalam polisi komprehensif anda
    3. Ada tak anda tukar atau ubah suai mana-mana bahagian kereta dengan yang baru? Contohnya sport rim baru ke? Jika ya, dapatkan perlindungan tambahan aksesori kereta untuk sport rim baru kereta anda itu.
    4. Kereta anda sering bertukar-tukar pemandu? Mudah kata, ramai yang gunakan kereta anda? Jika ya, dapatkan perlindungan tambahan untuk semua pemandu untuk kereta anda ketika renew insurans.

    Untuk memahami lebih lanjut mengenai jenis-jenis perlindungan tambahan yang boleh anda ambil dan patut pertimbangkan ketika renew insurans, sila rujuk artikel yang pernah dikongsikan kami sebelum ini. 

    Tipu maklumat

    Penipuan maklumat boleh menyebabkan tuntutan anda ditolak

    Dalam apa jua keadaan sekalipun, anda tidak boleh menipu. Jangan tipu syarikat insurans anda ketika menerima sebut harga atau membuat tuntutan insurans, kerana pada akhirnya anda juga yang akan rugi. 

    Jika penipuan anda diketahui, anda pada akhirnya mungkin tidak layak untuk membuat tuntutan insurans, malah mungkin terpaksa membatalkan polisi sedia ada anda.

    Berlaku jujur dalam apa jua perkara. Jangan hanya kerana ini menjimatkan wang, anda akhirnya makan diri anda. Ketika tuntutan insurans, berikan maklumat yang betul seperti umur kenderaan, sejarah tuntutan, keadaan kemalangan, sejarah kemalangan lampau, maklumat ubah suai kenderaan dan lain-lain. Ini bagi memastikan syarikat insurans tidak menolak tuntutan insurans anda. Jika anda memberikan maklumat yang tidak betul, maka syarikat insurans ada alasan untuk menolak tuntutan insurans anda. Siapa yang rugi?

    Tak renew insurans secara online

    Beli insurans secara online lebih murah

    Tahukah anda, anda sebenarnya lebih beruntung jika memperbaharui insurans secara online. Banyak syarikat insurans yang menyediakan perkhidmatan ini bagi memudahkan pengguna.

    Dengan memperbaharui insurans secara online, anda juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% seperti yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat insurans mahupun takaful. Lagi pula, anda tidak akan ditekan untuk memilih pelan-pelan tertentu jika membeli secara online. Anda boleh ambil masa, lihat, periksa, banding dan pilih pelan yang anda ingin miliki.

    Untuk lebih mudah, anda boleh juga renew secara online di Bjak. Di platform kami, lebih 10 syarikat insurans dan takaful terkemuka disediakan untuk anda banding dan pilih. Selepas anda banding, anda bukan sahaja boleh mendapatkan insurans dengan manfaat menarik, malah juga berpeluang untuk jimat sehingga RM480. Berbaloi bukan?

    Secara amnya, kesilapan-kesilapan di atas mungkin banyak dilakukan oleh kita. Jadi, cuba elak daripada melakukannya lagi untuk pembaharuan insurans pada tahun ini. Ini bagi kepentingan dan keuntungan anda juga.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: