Skip to content
Home » Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Ketika Pembaharuan Insurans Kereta

Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Ketika Pembaharuan Insurans Kereta

    kesilapan perbaharui insurans - cover

    Nak perbaharui insurans kenderaan mungkin kelihatan mudah bagi sesetengah orang. Tetapi apabila ia tidak dilakukan dengan betul, ia boleh menyebabkan masalah yang tidak dijangka yang boleh menyebabkan kerugian dari segi kewangan. Kebanyakan pemilik kereta di Malaysia sudah biasa dan telah pun mempunyai pengalaman dalam pembaharuan insurans kereta mereka melalui ejen yang mengendalikan segala-galanya.

    Cara itu dilihat banyak menjimatkan masa dan dapat mengelakkan daripada bersusah payah semata untuk memperbaharui polisi sendiri. Walaupun begitu, ramai orang yang akan melakukan beberapa kesilapan yang sebenarnya boleh membantu mereka menjimatkan wang. Dalam artikel ini, kita akan melihat empat kesilapan biasa yang dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia semasa memperbaharui polisi insuran kereta mereka. Jika anda pernah melakukan perkara di bawah ini, cuba elakkannya pada masa hadapan.

    Tidak bandingkan polisi

    Tahukah anda bahawa salah satu cara paling berkesan untuk mendapatkan insurans terbaik pada harga yang rendah ialah membandingkan polisi yang berbeza? Walaupun ia mungkin kedengaran tidak penting, membandingkan polisi daripada syarikat insurans lain bukanlah perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan kita.

    Memandangkan kita akan menyerahkan tugas pembaharuan itu kepada ejen kita, kita sebenarnya mungkin telah terlepas tawaran eksklusif dan pelan yang boleh dipilih yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan kita. Disyorkan bahawa anda bandingkan lebih daripada jenama insurans secara serentak. Jika anda melakukannya, anda boleh dapat:

    • Menilai manfaat dan perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans
    • Bandingkan jumlah diinsuranskan dengan premium yang ditawarkan
    • Kenal pasti harga perlindungan tambahan, seperti peril khas dan cermin depan
    • Dapatkan pelan yang sesuai dengan bajet anda

    Nak bandingkan insurans ini tak seharusnya jadi suatu proses yang melecehkan. Anda boleh melakukannya dengan mudah menggunakan platform seperti Bjak, yang menawarkan polisi daripada 18 jenama insurans dan penjimatan sehingga RM500!

    Memperbaharui polisi yang sama setiap tahun

    Ramai pemilik kenderaan selesa memperbaharui insurans kereta yang sama setiap tahun. Orang ramai melakukannya atas pelbagai sebab, seperti pilihan peribadi, cadangan ejen atau ingin menjimatkan wang. Walau bagaimanapun, ini tidak sesuai kerana terdapat kemungkinan besar anda mungkin mendapat perlindungan yang sama atau lebih baik daripada pembekal lain dengan harga yang lebih rendah.

    Selalunya, orang yang berpegang kepada jenama atau polisi yang sama setiap tahun tidak biasa membandingkan polisi atau terlalu bergantung pada ejen insurans. Jadi, pertimbangkan untuk menukar polisi anda sekarang dan pada massa akan datang dengan membandingkan kebaikan dan keburukan sesuatu polisi itu. Kadangkala, beralih kepada polisi atau jenama lain boleh memberikan manfaat kepada anda seperti tawaran pelanggan kali pertama atau pilihan perlindungan percuma yang anda tidak akan dapat jika anda berpegang pada jenama yang sama setiap tahun.

    Dapat terlalu banyak pilihan penambahan

    Walaupun benar bahawa lebih banyak perlindungan yang anda miliki, lebih baik dan lebih selamat untuk anda dan penumpang anda, ia mungkin tidak begitu praktikal memandangkan jumlah wang yang anda perlu belanjakan. Ingat bahawa syarikat insurans biasanya hanya melindungi insiden khusus untuk premium asas.

    Sebarang perlindungan tambahan yang tidak termasuk dalam polisi anda, ia perlu dibeli dengan membayar premium tambahan. Secara mudahnya; lebih banyak perlindungan, lebih mahal harganya. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak melanggan setiap perlindungan tambahan yang ditawarkan oleh syarikat insurans untuk kenderaan anda.

    Hanya ambil apa yang anda perlukan. Apabila memilih perlindungan tambahan, pertimbangkan situasi anda dan keperluan segera kereta anda. Sebagai contoh, perlindungan banjir sangat disyorkan jika anda tinggal di kawasan yang terdedah kepada banjir. Begitu juga, jika kenderaan anda lebih tua daripada 5 tahun, pertimbangkan untuk menambah penepian penambahbaikan pada pelan insurans anda untuk mengelakkan caj tersebut.

    Beri maklumat yang tidak tepat

    Walau apa pun, pastikan anda memberikan maklumat yang tepat semasa memperbaharui polisi anda. Memberi butiran yang tidak tepat, seperti alamat yang salah atau maklumat hubungan, amat tidak digalakkan. Juga, jangan menipu dalam apa cara sekalipun hanya kerana ingin mendapatkan insurans murah.

    Dalam kebanyakan kes, tindakan ini boleh memburukkan lagi proses tuntutan di kemudian hari. Ia juga boleh menyebabkan permohonan tuntutan ditolak tanpa pilihan untuk mempertikaikan. Jadi, sentiasa berikan maklumat yang tepat dan kemas kini butiran anda kepada pembekal anda jika anda berpindah ke alamat baharu atau menukar nombor hubungan anda.

    Kesilapan perbaharui insurans kenderaan

    Polisi insurans kereta adalah keperluan undang-undang untuk pemilik kenderaan di Malaysia. Oleh itu, mengelakkan kesilapan semasa memperbaharuinya adalah penting untuk menyelamatkan kerumitan masalah yang tidak diingini atau potensi kerugian wang. Selain dari itu, jangan lupa untuk check polisi insurans kereta yang akan anda langgan.

    Jika anda seorang pemilik kereta yang melakukan satu atau lebih daripada kesilapan ini, pastikan anda berhenti melakukannya pada masa hadapan dan didik rakan serta keluarga anda tentangnya juga.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: