Skip to content
Home » Tuntut Insurans Selepas Kemalangan: Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untuk Ambil Tindakan

Tuntut Insurans Selepas Kemalangan: Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untuk Ambil Tindakan

    bila tuntut insurans - cover

    Memfailkan tuntutan insurans selepas terlibat kemalangan dapat membantu meringankan beban kewangan yang menimpa anda. Sebagai pemandu, risiko terbesar yang setiap pemandu tak dapat elak adalah terlibat dalam kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja biar pun anda sudah memandu secara cermat. Jika kemalangan terjadi kepada anda, anda wajib tahu berkenaan cara atau proses nak klaim insurans kereta anda.

    Atas sebab itulah, insurans kenderaan ini sangat penting dan amat diperlukan untuk semua pemilik kenderaan pada setiap masa. Ia boleh menyelamatkan anda apabila situasi yang tidak dijangka seperti ini timbul. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda situasi-situasi yang sangat disyorkan untuk menuntut insurans.

    Kemalangan itu terjadi disebabkan salah anda

    Jika kemalangan itu berpunca daripada anda dan anda mempunyai insurans komprehensif, anda boleh menuntut kerosakan pada kereta anda sendiri. 

    Namun jika anda tidak mempunyai perlindungan komprehensif, anda tidak akan dapat menuntut daripada mana-mana insurans, yang bermakna anda perlu menanggung kos bil pembaikan sendiri. Juga perlu diingat bahawa anda kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda dan caj tambahan mungkin dikenakan.

    Kemalangan itu terjadi bukan salah anda

    Jika anda tidak bersalah dalam kemalangan itu, anda berhak untuk menuntut insurans dan mendapat pampasan atas kerugian anda. Anda boleh membuat tuntutan knock-for-knock atau tuntutan pihak ketiga. Membuat tuntutan kemalangan yang bukan salah anda tidak akan menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan NCD insurans kereta anda.

    Tetapi jika anda tak tahu dan tercari-cari siapa yang salah dalam kemalangan itu, usah risau. Anda boleh terus membuat tuntutan dengan melaporkan keseluruhan kejadian kepada syarikat insurans anda. Kebanyakan pelan insurans yang komprehensif akan membantu anda terutamanya berkaitan dengan pembelaan undang-undang.

    Jadi, jika anda terpaksa pergi ke mahkamah, pelan insurans anda akan bantu anda untuk menanggung bil guaman. Tetapi, jika anda tidak memfailkan tuntutan atau melaporkan kepada syarikat insurans anda, anda boleh kehilangan faedah itu.

    Jika seseorang tercedera

    Jika ada seseorang tercedera dalam kemalangan, sukar untuk meramalkan tahap kecederaan atau kos perubatan yang diperlukan. Itulah sebabnya penting untuk bertindak pantas dan memfailkan tuntutan atau melaporkan kejadian apabila terdapat kecederaan akibat kemalangan.

    Mengabaikan langkah ini boleh menyebabkan anda menanggung keseluruhan bil untuk perbelanjaan perubatan dan pembaikan daripada poket anda sendiri.

    Berikut ialah tip yang perlu anda buat: Pelan insurans yang paling komprehensif menawarkan faedah untuk kes melibatkan undang-undang berkaitan liabiliti pihak ketiga (melainkan terdapat pengecualian khusus). Jadi, adalah bijak untuk melaporkan kejadian itu kepada syarikat insurans anda dan bukannya hanya bergantung kepada laporan polis.

    Itulah sebabnya penting untuk diingati, apabila perkara yang tidak dijangka berlaku, jangan sekali-kali mengaku kesalahan atau bertindak tanpa berfikir secara melulu. Bertenang dan biarkan syarikat insurans anda bantu anda untuk langkah seterusnya!

    Kunjungi Bjak sekarang untuk menikmati diskaun eksklusif, harga menarik dan faedah untuk insurans kereta anda tanpa sebarang masalah!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: