Skip to content
Home » Renew Insurans Kereta: Nikmati Potongan Sehingga RM75 dengan BNPL di Bjak

Renew Insurans Kereta: Nikmati Potongan Sehingga RM75 dengan BNPL di Bjak

    Diskaun RM75 dengan BNPL

    Adakah anda dalam kekangan bajet untuk renew insurans kereta anda yang hampir tamat tempoh? Perlukah anda tunggu sehingga hari gaji yang seterusnya untuk renew insurans kereta anda? Jangan risau! Bjak ada berita baik untuk anda!

    Nikmati diskaun sehingga RM75 bila anda renew insurans di Bjak

    Diskaun RM75 bila renew insurans dengan BNPL

    Anda tidak perlu tunggu sehingga hari gaji untuk renew insurans anda. Mengapa? Jawapannya mudah sahaja! Renew insurans di Bjak dan gunakan kaedah pembayaran Buy Now Pay Later (BNPL) di mana anda boleh bahagikan pembayaran kepada 3 bulan secara sama rata.

    Tambahan lagi, anda juga boleh nikmati penjimatan dengan tawaran istimewa kami! Terima diskaun sebanyak 5% untuk perbelanjaan minimum RM500 di Bjak (had potongan sebanyak RM75).

    Menarik bukan? Ya, tawaran ini sah sehingga hujung tahun ini iaitu 31 Disember! Jadi rebut peluang anda untuk nikmati lebih penjimatan sementara tawaran masih ada!

    Baca lebih lanjut untuk tahu mengenai BNPL.

    Bagaimana nak guna BNPL?

    Baru-baru ini Bjak telah melancarkan kaedah pembayaran Buy Now Pay Later (BNPL) atau Beli Dulu, Bayar Kemudian, berkuat kuasa 1 November 2021.

    BNPL bertujuan untuk meringankan beban pengguna apabila memperbaharui insurans mereka. Ia membolehkan pelanggan membuat pembelian dalam talian dan membahagikan bayaran kepada tiga kali ansuran tanpa faedah.

    Pengguna perlu membuat pembayaran pertama ketika membeli insurans menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan oleh mana-mana bank. Dua pembayaran berikutnya akan dicaj secara automatik selepas 30 hari dan 60 hari, masing-masing tanpa sebarang faedah.

    Bagaimana cara pembayaran BNPL?

    Di bawah ini merupakan langkah-langkah yang anda perlu ikuti:

    1. Pilih kaedah pembayaran Buy Now Pay Later
    2. Masukkan info kad debit atau kad kredit
    3. Pembayaran anda akan terbahagi kepada 3 kali. Anda akan membuat pembayaran pertama ketika membeli insurans.
    4. Bayaran kedua dan ketiga akan dicaj secara automatik masing-masing selepas 30 hari dan 60 hari.
    Cara renew insurans dengan BNPL

    Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh terus hubungi Bjak melalui Whatsapp.

    Rancang kewangan anda dengan bijak melalui BNPL

    Kewangan anda lebih terancang dengan BNPL

    Melalui BNPL, anda boleh merancang kewangan anda dengan bijak. Berbanding membayarnya secara sekaligus, kini anda boleh membayarnya mengikut bajet anda secara ansuran tanpa sebarang masalah. Dengan tawaran hebat yang disediakan Bjak, anda juga secara tidak langsung boleh menjimatkan lebih banyak wang dan selamatkan dompet anda.

    Layari Bjak untuk renew insurans anda secara dalam talian dengan mudah.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: