Apabila tiba musim cuti, tidak kiralah cuti pendek mahu pun cuti panjang, rakyat Malaysia khususnya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meluangkan masa bersama dengan orang tersayang.
Walaupun pulang ke kampung itu merupakan salah satu aktiviti yang kedengaran menyeronokkan, sebenarnya terdapat beberapa yang kurang menyeronokkan namun perlu dibuat bagi memastikan destinasi yang hendak dituju itu dapat sampai dengan selamat. Perkara yang dimaksudkan itu adalah, semua pemilik kenderaan disarankan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu ke atas kenderaan mereka bagi mengelakkan dari terjadi perkara yang tidak diingini.
Anda jangan risau kerana kami akan bantu anda untuk mengetahui apa benda yang perlu diperiksa sebelum anda balik kampung. Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.
Cukai jalan dan insurans kenderaan
Jikalau anda tidak mahu hilang RM300 atau lebih teruk kereta anda disita, anda perlu pastikan bahawa cukai jalan serta insurans kenderaan anda tidak melebihi tarikh luput. Ini kerana, jika anda ditahan oleh pihak berkuasa, dan jika mereka dapati cukai jalan atau insurans kenderaan anda telah tamat tempoh, perjalanan anda selepas itu pastinya akan bertukar daripada seronok ke menyesal dan tidak gembira.
Minyak hitam kereta
Anda perlu rajin periksa minyak hitam kereta anda. Tidak semestinya tarikh penyelenggaraan minyak hitam itu akan memastikan bahawa minyak hitam kereta anda sentiasa anda. Jika anda tidak bernasib baik, tangki minyak hitam anda itu bocor, anda perlu segera hantar kereta anda ke bengkel. Jika anda tak perasan minyak hitam anda telah tiada, dan ada terus menggunakan tanpa minyak hitam, bersedialah untuk mengeluarkan duit yang banyak. Lebih menjengkelkan lagi jika perkara itu terjadi semasa anda sedang dalam perjalanan balik kampung. Memang dijamin kereta anda tidak dapat bergerak dan terpaksa tersadai di tepi jalan raya.
Cecair pada komponen kereta
Sesetengah komponen kereta memerlukan cecair seperti minyak pelincir untuk berfungsi. Antara komponen yang menggunakan minyak pelincir ini adalah kotak gear, radiator, brek dan stereng. Pastikan semua komponen yang dinyatakan tersebut mempunyai minyak pelincir yang mencukupi. Ia adalah penting kerana dapat mengelakkan daripada kenderaan anda secara tiba-tiba rosak ketika sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Lebih teruk lagi, kenderaan anda berpotensi untuk terlibat dengan kemalangan. Jadi jangan pandang ringan berkenaan perkara ini. Jika anda tak tahu berapa tahap sukatan cecair yang perlu ada dalam komponen penting tersebut, sila rujuk di buku manual yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta anda.
Periksa tayar kereta
Komponen yang paling biasa sekali dan sering dipandang ringan adalah tayar kereta. Ramai orang sering menangguhkan untuk menukar tayar kereta mereka walaupun bunga tayar sudah hampir kehausan. Memang ia boleh digunakan lagi, akan tetapi seeloknya tukar sahaja. Ini kerana, kenderaan anda boleh berisiko terlibat kemalangan sekiranya jalan licin. Selain daripada itu, anda juga perlu periksa tekanan angin tayar kenderaan anda. Pastikan tekanan angin tayar anda berada pada tahap yang bersesuaian. Jangan terlebih atau terkurang apabila anda isi angin tayar kenderaan anda.
Periksa lampu dan signal kereta anda
Sebelum anda memulakan perjalanan, sebaiknya anda periksa lampu serta signal kereta anda. Pastikan segalanya berfungsi. Pemeriksaan lampu dan signal kereta ini juga adalah salah satu perkara yang ramai orang sering terlupa. Jadi, adalah digalakkan untuk anda periksa dulu lampu serta signal kereta anda sebelum anda masuk dan duduk dalam kereta anda. Ketiadaan lampu dan signal ini juga boleh berpotensi mengakibatkan kemalangan. Sebagai langkah berjaga-jaga sediakan mentol ganti dalam kereta anda siap-siap.
Bateri kereta
Bateri kereta adalah salah satu komponen penting yang berfungsi untuk menggerakkan kereta anda. Jika bateri kereta anda berada dalam keadaan lemah, enjin kenderaan anda berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk dihidupkan. Lebih parah lagi, kenderaan anda berpotensi untuk tidak boleh bergerak kerana enjin tidak dapat dihidupkan. Disarankan agar anda periksa tahap kuasa bateri anda secara berkala.
Tambah pelan Bjak VIP semasa anda perbaharui insurans kenderaan
Untuk lebih selamat, anda disarankan untuk melanggan pelan Bjak VIP di laman web Bjak.my semasa anda hendak memperbaharui insurans kereta anda. Jika kenderaan anda mengalami kerosakan atau apa-apa kemungkinan seperti yang disenaraikan di atas, anda tidak perlu risau lagi. Ini kerana, terdapat pelbagai bantuan yang disediakan dalam pelan Bjak VIP ini antaranya ialah tunda tanpa had, pemeriksaan, tukar tayar kecemasan dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pelan Bjak VIP, klik butang di bawah ini.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: