Skip to content
Home » Perlindungan Tambahan Aksesori Kereta: Berbaloi atau Tidak?

Perlindungan Tambahan Aksesori Kereta: Berbaloi atau Tidak?

    Perlindungan tambahan aksesori kereta

    Sekiranya anda baru sahaja upgrade kereta anda misalnya dengan menambah pembesar suara atau speaker yang mahal, sistem navigasi yang canggih, atau sport rim yang ditempah khas, anda mungkin mahu mempertimbangkan perlindungan tambahan aksesori kereta. Persoalannya, berbaloi atau tidak?

    Apa itu aksesori kereta?

    Radio merupakan aksesori kereta
    Aksesori kereta meliputi radio, pemain kaset, pemain cakera padat, penyaman udara, tayar ganti dan sebagainya

    Menurut polisi insurans kereta, aksesori kereta merujuk kepada alat-alat standard kereta yang telah dipasang di kilang. Alat-alat ini termasuk penyaman udara, radio, pemain kaset dan pemain cakera padat.

    Sekiranya, kereta anda terlibat dalam kemalangan atau kecurian, aksesori yang rosak atau dicuri akan digantikan oleh insurans kereta 1st party (insurans komprehensif) anda. 

    Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan insurans komprehensif, baca artikel kami yang lepas tentang jenis-jenis insurans kereta di Malaysia.

    Pengecualian perlindungan aksesori kereta

    Adakah insurans komprehensif anda akan memberi perlindungan untuk semua aksesori kereta anda?

    Ringkasnya, tidak.

    Insurans komprehensif anda hanya memberi perlindungan untuk aksesori yang telah dipasang di kilang, melainkan untuk aksesori yang diisytiharkan. Kebiasaannya, sekiranya aksesori tersebut bukan aksesori yang telah dipasang di kilang, anda tidak akan dapat membuat tuntutan ganti rugi sekiranya kereta anda terlibat dalam kemalangan atau kecurian.

    Ilustrasi: Sport rim asal kereta anda masih elok dan tidak mempunyai apa-apa masalah. Tetapi anda menukar keempat-empat sport rim asal kereta anda dengan sport rim baru yang lebih cantik dan bergaya di kedai tayar. Ditakdirkan kesemua sport rim baru tersebut dicuri pada suatu malam. Anda menghubungi pihak insurans untuk membuat tuntutan. Tetapi apakan daya, insurans anda hanya memberi perlindungan sekiranya anda masih menggunakan sport rim asal. 

    Perlu ke perlindungan tambahan aksesori kereta?

    Aksesori kereta tambahan seperti sport rim yang tidak dipasang di kilang tidak mendapat perlindungan insurans standard
    Aksesori kereta tambahan seperti sport rim yang tidak dipasang di kilang tidak mendapat perlindungan insurans standard termasuk insurans komprehensif

    Menggunakan contoh sport rim di atas, bayangkan anda telah habiskan ribuan ringgit untuk sport rim anda. Logiknya, sesiapa sahaja akan cuba sehabis baik untuk memastikan perlindungan sport rim tersebut. Dengan adanya perlindungan tambahan aksesori kereta, walaupun rosak akibat kemalangan atau hilang dicuri, sekurangnya-kurangnya, anda dapat membuat tuntutan ke atas aksesori tersebut. Lebih meringankan beban ialah anda dapat membuat tuntutan insurans ke atas aksesori yang diberi perlindungan, tanpa menjejaskan NCD insurans kereta anda.

    Jadi, perlu ke anda dapatkan perlindungan tambahan aksesori kereta? 

    Ini terpulang kepada anda. Sekiranya anda sudah atau bercadang untuk upgrade aksesori kereta anda kepada yang lebih mahal dan canggih, anda disarankan untuk mengambil perlindungan ini. Aksesori tambahan seperti sport rim atau alat stereo yang canggih memang sering menjadi tumpuan si pencuri. Sekiranya aksesori kereta anda dicuri, polisi insurans standard walaupun jenis komprehensif tidak akan memberi perlindungan dan membayar ganti rugi kepada anda. 

    Sebaliknya, sekiranya anda hanya mengekalkan aksesori sedia ada seperti yang dipasang di kilang dan tidak bercadang untuk menambah aksesori kereta terutamanya yang bernilai tinggi, anda tidak perlu mengambil perlindungan tambahan aksesori kereta.

    Berapa bayaran tambahan perlindungan aksesori kereta?

    Perlindungan tambahan aksesori kereta
    Anda mungkin memerlukan perlindungan aksesori sekiranya anda menukar aksesori asal seperti sistem stereo

    Premium tambahan untuk perlindungan aksesori kereta ialah sekitar 15% daripada nilai aksesori tersebut. Oleh itu, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti aksesori-aksesori yang ingin dilindungi beserta nilainya sebelum menentukan jumlah diinsuranskan untuk aksesori tambahan. Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, lihat contoh di bawah:

    Nilai aksesori: RM1,000 (alat stereo) + RM500 (sistem navigasi GPS) = RM1,500

    Premium aksesori: 15% x RM1,500 = RM225 (premium tambahan untuk tempoh perlindungan setahun)

    Berbaloi atau tidak? 

    Cara tambah perlindungan aksesori kereta 

    Cara memasukkan apa-apa perlindungan tambahan sebenarnya sama sahaja. Anda boleh menambah perlindungan aksesori kereta ketika membeli atau renew insurans. 

    Jika secara online contohnya melalui laman perbandingan insurans seperti Bjak, anda hanya perlu klik pada opsyen perlindungan tambahan dan klik pada perlindungan aksesori. Setelah anda tentukan nilai aksesori tambahan anda, letakkan jumlah diinsuranskan, tertakluk kepada jumlah minimum yang ditetapkan oleh insurans tertentu.

    Lindungi aksesori kereta anda di Bjak

    Untuk memudahkan anda, kami syorkan anda untuk renew insurans kereta secara online anda di Bjak. Anda boleh menambah perlindungan aksesori kereta dengan mudah secara online 100%. Sekiranya anda memerlukan bantuan, tak perlu risau. Boleh WhatsApp Bjak pada bila-bila masa untuk apa-apa soalan.

    Berminat untuk memasukkan perlindungan tambahan lain? Boleh baca artikel kami tentang jenis-jenis perlindungan tambahan untuk insurans kereta dan perlindungan tambahan bencana alam untuk maklumat anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: