Skip to content
Home » Pokok Tumbang Atas Kereta, Bolehkah Claim Insurans?

Pokok Tumbang Atas Kereta, Bolehkah Claim Insurans?

    claim insurans pokok tumbang

    Malang tidak berbau. Baik ketika sedang memandu mahupun memakirkan kereta, apa sahaja boleh berlaku termasuklah kereta dihempap pokok secara tiba-tiba.

    Persoalannya di sini, jika kereta anda dihempap pokok tumbang, adakah kenderaan anda itu akan dilindungi pihak insurans?

    Jawapan ringkasnya adalah ya, namun ada syarat-syarat serta perkara yang akan dipertimbangkan oleh pihak insurans. 

    Kereta rosak dihempap pokok tumbang

    Perkara yang akan dipertimbangkan oleh pihak insurans

    1. Bagaimana kejadian pokok tumbang berlaku

    Terlebih dahulu, syarikat insurans mahupun pengendali takaful akan mempertimbangkan punca/ sebab pokok tersebut boleh tumbang sehingga menghempap kereta anda.

    Jika pokok itu tumbang disebabkan oleh kerja-kerja jalan raya atau landskap pihak majlis, maka anda tidak perlu membuat tuntutan di bawah polisi insurans kenderaan anda dan boleh terus membuat tuntutan kepada pihak majlis atau jabatan yang berkaitan.

    1. Anda ada perlindungan peril khas atau tidak

    Kedua, jika kejadian pokok tumbang itu berlaku disebabkan oleh bencana alam seperti ribut, angin kencang, banjir, hujan lebat dan sebagainya, maka syarikat insurans akan mempertimbangkan tuntutan anda itu mengikut jenis perlindungan yang anda miliki.

    Jika anda hanya ada perlindungan komprehensif (insurans kereta 1st party) sahaja tanpa perlindungan tambahan peril khas, maka peluang anda untuk mendapatkan pampasan adalah tipis dan akan ditolak.

    Biasanya, tuntutan bagi kejadian kerosakan kereta yang disahkan berlaku akibat bencana alam ini hanya akan dilayan sekiranya anda miliki perlindungan peril khas di dalam polisi komprehensif anda. 

    Ini kerana secara dasarnya, pelan komprehensif yang asas tidak menyediakan perlindungan untuk kereta yang rosak akibat bencana alam. Disebabkan itu anda sebagai pemilik kenderaan digalakkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan peril khas ini ketika memperbaharui insurans bagi mengelakkan kerugian melampau pada masa akan datang. 

    Nilai pampasan

    Sekiranya anda layak untuk membuat tuntutan insurans kereta (ada perlindungan peril khas) ketika kejadian sebegini berlaku, anda pasti ingin tahu berapakah nilai pampasan yang akan diperoleh bukan?

    Biasanya, syarikat insurans akan terlebih dahulu melantik adjuster bagi menilai tahap kerosakan yang dialami oleh kenderaan anda itu. Adjuster ini bertanggungjawab untuk mengeluarkan satu laporan yang menyatakan lokasi, tarikh, jenis kerugian dan rumusan kos yang diperlukan untuk membaiki kerosakan kereta anda.

    Jika diisytihar sebagai total loss, maka anda akan mendapat pampasan bergantung kepada jumlah perlindungan kereta anda, sama anda mengikut market value atau agreed value (ketika perbaharui insurans).

    Dapatkan perlindungan yang mencukupi

    Sebaiknya, tambahlah perlindungan peril khas di dalam polisi komprehensif anda ketika memperbaharui insurans. Kejadian pokok tumbang ini boleh berlaku pada bila-bila masa. 

    Jangan risau kerana ianya tidaklah semahal berbanding jika anda perlu membaiki kerosakan pada kenderaan menggunakan wang anda sendiri. Pada kebiasaannya, premium bagi perlindungan ini hanyalah 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan sahaja.

    Jadi, sila dapatkan sebelum anda menyesal di kemudian hari ya. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: