Sebagai seorang pemilik kereta, anda pastinya mahukan perlindungan insurans yang terbaik untuk kenderaan anda. Mana tidaknya, harga sebiji kereta bukanlah murah. Ia memakan masa sehingga 9 tahun untuk anda membayarnya setiap bulan, sehingga langsai. Dengan perlindungan insurans yang baik, ia sedikit sebanyak dapat menjamin kenderaan serta pemiliknya jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Beberapa tahun berlalu, kereta itu mula dianggap sebagai kereta lama, lebih-lebih lagi apabila ia sudah berusia lebih 10 tahun. Jika selama 10 tahun sebelum ini kereta tersebut diberikan perlindungan insurans komprehensif, adakah kini kereta berkenaan layak mendapatkan perlindungan yang sama untuk tahun-tahun berikutnya?
Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.
Siapakah yang biasanya layak mendapatkan insurans komprehensif?
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan syarikat insurans menyediakan perlindungan insurans komprehensif atau sering disebut sebagai insurans kereta 1st party kepada kenderaan baru yang dibeli di bawah pinjaman bank serta kereta yang berusia di bawah 10 tahun. Ini bagi memastikan bahawa kenderaan tersebut dilindungi dengan sebaiknya setiap masa.
Namun begitu, bagi kereta lama (berusia 10 atau 15 tahun ke atas), kebanyakan syarikat insurans hanya menawarkan pelan insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT) berbanding insurans komprehensif.
Ini kerana bagi syarikat insurans, ia merupakan satu risiko untuk melindungi kereta lama dan perkara itu perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya. Meskipun kereta itu masih lagi kelihatan cantik, ia tetap berisiko untuk mempunyai kerosakan dan lain-lain.
Adakah terdapat pelan insurans 1st party untuk kereta lama?
Sebenarnya, masih terdapat beberapa syarikat insurans yang masih memberikan perlindungan komprehensif kepada kereta lama, walaupun tidak banyak.
Jadi, jika anda adalah pemilik kereta lama dan ingin mendapatkan pelan paling menyeluruh ini, sebaiknya anda lakukan dahulu carian. Anda juga boleh bertanya dengan beberapa buah syarikat insurans bagi mengetahui sama ada mereka ada menyediakannya atau tidak.
Semakin banyak carian yang dilakukan oleh anda, semakin tinggi peluang anda untuk membeli insurans tersebut untuk kereta lama anda itu.
Ada had maksimum untuk insurans komprehensif bagi kereta lama
Lain syarikat, lain tempoh yang ditawarkan. Ada syarikat insurans yang menawarkan insurans komprehensif untuk kereta sehingga kereta itu berusia 10 tahun sahaja. Tetapi ada juga yang lebih daripada itu. Namun pada kebiasaannya, had maksimum yang ditawarkan oleh syarikat insurans bagi pelan komprehensif untuk kereta adalah sehingga 15 tahun sahaja.
Ini kerana, semakin lama kereta anda, semakin tinggi risiko yang boleh berlaku. Jadi, andai kata kereta anda itu sudah berusia 15 tahun, maka anda mungkin perlu mendapatkan pelan insurans lain untuk kereta anda sekiranya tiada syarikat insurans yang menawarkannya. Yang penting, dapatkan juga insurans untuk kereta anda, meskipun hanya insurans pihak ketiga sahaja.
Kereta sudah berusia lebih 15 tahun, perlukah ambil insurans komprehensif?
Memandangkan anda tidak lagi diwajibkan mengambil insurans komprehensif, maka anda mungkin memilih untuk hanya mendapatkan insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT) atau pelan insurans pihak ketiga sahaja. Ini kerana dua jenis polisi insurans kereta ini lebih murah harganya berbanding insurans komprehensif.
Jika kereta anda sudah berusia lebih 15 tahun, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli insurans TPFT sahaja, berbanding insurans 1st party. Lebih-lebih lagi jika kereta anda itu sudah jarang digunakan atau digunakan hanya untuk ke kedai/ surau atau lain-lain tempat yang dekat sahaja.
Pastikan kereta lama anda dilindungi insurans
Walaupun kereta lama anda itu sudah berusia lebih 20 tahun, pastikan ia tetap dilindungi insurans ya! Jika tidak layak untuk membeli insurans komprehensif, dapatkanlah sekurang-kurangnya insurans paling asas iaitu polisi insurans kereta third party.
Selain bagi memastikan kereta anda sah digunakan di jalan raya, ia juga bagi mengelakkan anda daripada berdepan risiko tidak dijangka, khususnya daripada tuntutan pihak ketiga jika berlaku kemalangan.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: