Skip to content
Home » Renew Online Insurans Kereta? – Beri Perhatian 4 Perkara Ini!

Renew Online Insurans Kereta? – Beri Perhatian 4 Perkara Ini!

    Renew online insurans kereta

    Pembaharuan insurans kereta mungkin dianggap sebagai suatu proses yang sukar buat sesetengah individu. Walaupun sudah sekian lama memiliki kenderaan, ada yang mungkin belum pernah cuba memperbaharui insurans kereta mereka sendiri dan sebaliknya, mendapatkan khidmat atau bantuan daripada orang lain.

    Namun, tahukah anda bahawa untuk perbaharui insurans kereta sebenarnya sangat mudah terutamanya apabila pada hari ini, anda boleh sahaja renew online di pelbagai laman web insurans yang ada. Cara ini secara tidak langsung boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang anda!

    Bagaimanapun, jika ini adalah kali pertama anda ingin cuba renew online untuk insurans kereta anda, sila pastikan anda berikan perhatian kepada beberapa perkara yang akan dikongsikan di bawah ini ya!

    Lagi awal renew online, lagi jimat

    Anda tidak perlu tunggu sehingga di saat-saat akhir untuk renew insurans. Contohnya, esok nak expired hari ini baru anda renew.

    Untuk makluman, anda boleh renew insurans anda 2 bulan sebelum ia tamat tempoh ya! Dengan memperbaharui insurans lebih awal, anda juga sebenarnya berpeluang untuk mendapatkan diskaun atau harga yang lebih rendah daripada pihak insurans.

    Renew insurans lebih awal juga boleh mengelakkan anda daripada terlepas tarikh tamat tempohnya. Ingat, kelewatan anda untuk memperbaharui insurans sehingga melepasi tarikh tamat tempoh mungkin akan menyebabkan harga insurans anda lebih mahal. Sesetengah syarikat insurans kereta mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kereta anda telah tamat tempoh. 

    Renew online insurans & roadtax sekaligus

    renew online insurans dan roadtax sekaligus

    Satu perkara yang agak memenatkan apabila tiba masa untuk renew insurans serta roadtax adalah apabila terpaksa menunggu lama di kaunter-kaunter JPJ, Pejabat pos dan sebagainya demi untuk mendapatkan cukai jalan yang baharu. 

    Tahukah anda? Sebenarnya selain daripada insurans kereta, anda juga boleh renew roadtax sekaligus secara online. Namun, perlu anda tahu bahawa tidak semua platform pembaharuan insurans menyediakan perkhidmatan renew roadtax sekali ya. Setakat ini, banyak syarikat insurans serta takaful hanya akan membenarkan anda untuk renew insurans sahaja di platform mereka, dan kemudian anda perlu ke kaunter-kaunter seperti JPJ atau pejabat pos untuk mendapatkan pula roadtax anda.

    Bagaimanapun kini dengan adanya Bjak, anda boleh renew kedua-dua insurans serta roadtax sekaligus. Malah lebih menarik, anda boleh pilih sama ada ingin dapatkan sticker roadtax, atau roadtax digital sahaja. 

    Dapatkan hanya yang perlu sahaja

    Apabila renew insurans secara online, anda bebas untuk memilih produk serta manfaat yang dingini anda tanpa sebarang campur tangan pihak ketiga. Namun dalam masa yang sama anda tetap akan melihat pelbagai tawaran manfaat tambahan lain untuk dimasukkan di dalam ‘pakej’ insurans anda itu.

    Perlu anda ingat ya, setiap syarikat insurans hanya menawarkan perlindungan asas sahaja meskipun produk atau polisi yang anda pilih itu adalah polisi komprehensif. Jadi, dalam cubaan untuk mendapatkan perlindungan terbaik dan menyeluruh buat kenderaan, anda mungkin akan cuba beli pelbagai manfaat tambahan lain di dalam polisi anda itu. Akibatnya, premium yang anda akan bayar juga akan jadi semakin tinggi dan mahal.

    Nasihat kami, hanya dapatkan apa yang anda perlu sahaja. Walaupun anda digalakkan untuk mendapatkan perlindungan terbaik buat kereta anda, namun anda tidaklah perlu mendapatkan semua pilihan perlindungan tambahan yang ada. Cukup anda beli mengikut keperluan anda sahaja.

    Biasanya, antara perlindungan tambahan yang dirasakan penting untuk setiap pemilik kenderaan ambil adalah perlindungan peril khas dan juga windscreen. 

    Contoh perlindungan tambahan yang mungkin tidak perlu diambil:

    • perlindungan aksesori kereta (jika kereta anda tidak memiliki/ menukar sebarang aksesori tambahan yang mahal/ berharga)
    • Pemandu tambahan (jika anda sahaja yang memandu kereta tersebut)
    • Liabiliti penumpang di sisi undang-undang – jika anda tidak kerap membawa penumpang di dalam kereta) 

    Renew online bantu anda jimat 10%

    Untuk makluman anda, kebanyakan syarikat insurans menawarkan potongan sehingga 10% apabila anda renew insurans secara online terus di laman web syarikat insurans mereka. Contohnya jika anda berhasrat untuk renew insurans di syarikat A, anda boleh buka laman web syarikat insurans A tersebut dan renew sahaja insurans dengannya secara online.

    Namun begitu, satu kekurangannya di sini adalah anda mungkin tidak mampu memastikan bahawa harga insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans tersebut adalah yang terendah di pasaran. Penting untuk anda tahu dan ingat bahawa syarikat-syarikat insurans serta pengendali takaful akan mengenakan premium (harga) yang berbeza meskipun untuk jenis polisi atau perlindungan yang agak serupa.

    Justeru itu, dalam memastikan anda boleh mendapatkan insurans pada harga paling rendah dengan manfaat yang terbaik, anda sebenarnya amat digalakkan untuk membuat perbandingan terlebih dahulu sekurang-kurangnya dengan 5 buah syarikat insurans. Contohnya, anda boleh semak insurans kereta Etiqa, RHB insurans kereta, Allianz, Takaful Malaysia dan Liberty dan buat perbandingan. Dengan cara ini, barulah anda tahu harga dan manfaat yang ditawarkan setiap insurans tersebut dan seterusnya mendapatkan hanya yang terbaik untuk anda.

    Sebagai alternatif yang pastinya lebih mudah dan pantas, anda boleh juga gunakan Bjak untuk membuat perbandingan insurans dengan lebih 10 syarikat insurans serta takaful sekaligus!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: