Mendapatkan pelan takaful untuk kenderaan khususnya bagi individu yang beragama Islam adalah amat digalakkan. Ini kerana pelan takaful bebas daripada unsur yang dilarang dalam Islam iaitu riba, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi).
Di Malaysia, antara pengendali takaful kenderaan yang dipercayai dan terkenal dalam kalangan pemilik kenderaan adalah Motor Etiqa. Jadi, di sini kami akan kongsikan kepada anda mengenai manfaat dalam pelan insurans kereta Etiqa dan cara semak insurans kereta Etiqa yang mungkin anda ingin dan perlu tahu.
Fahami dahulu beza takaful dengan insurans konvensional
Apa bezanya insurans kereta konvensional dengan takaful? Kenapa pula kita lagi digalakkan untuk ambil pelan takaful berbanding konvensional?
Sebenarnya, kedua-duanya mungkin akan memberikan manfaat yang sama. Namun apa yang paling membezakannya adalah insurans konvensional mungkin mengandungi unsur-unsur yang dilarang dalam Islam iaitu riba, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi), manakala takaful pula tidak ada dan bebas daripadanya.
Perlu anda fahami, tujuan takaful ditubuhkan adalah sebagai satu alternatif bagi individu khususnya umat Islam beralih daripada membeli produk insurans konvensional kepada produk yang lebih patuh syariah.
Ayuh lihat perbezaan lanjut di antara takaful dan insurans konvensional menerusi rajah di bawah:
Bolehkah orang bukan Islam semak insurans kereta Etiqa dan dapatkannya untuk kenderaan?
Sudah tentu! Pelan takaful termasuk Etiqa tidak hanya boleh diperoleh orang yang beragama Islam sahaja. Semua individu daripada pelbagai agama lain juga layak untuk mendapatkan pelan takaful insurans ini buat kenderaan mereka. Bukan sahaja jenama Etiqa, bahkan pengendali takaful lain seperti Takaful Malaysia, Zurich Takaful dan Takaful Ikhlas juga boleh diperoleh oleh setiap pemilik kenderaan di Malaysia.
Kenapa anda perlu semak insurans kereta Etiqa dan dapatkannya untuk kenderaan?
Insurans takaful kereta Etiqa khususnya pelan komprehensif akan menawarkan perlindungan menyeluruh dan menarik buat peserta (pemegang polisinya). Pelan insurans komprehensif takaful motor Etiqa akan membolehkan anda dilindungi daripada kerugian atau kerosakan kenderaan anda, kehilangan kenderaan akibat dicuri atau terbakar atas perbuatan khianat, serta liabiliti terhadap pihak ketiga.
Selain perlindungan hampir menyeluruh yang akan diberikan untuk pemegang polisinya, pelan ini juga menawarkan manfaat-manfaat yang sangat menarik bagi memastikan anda mendapatkan perlindungan yang lebih menguntungkan berbanding insurans/ takaful lain.
Tiada excess
Tahukah anda, tidak banyak syarikat insurans mahupun takaful yang menawarkan pengecualian excess buat pemegang polisinya. Kebanyakan syarikat insurans akan meminta anda untuk membayar sebahagian kos untuk kerosakan sendiri apabila terlibat dalam kemalangan, yang mana inilah dipanggil sebagai excess. Namun berbeza dengan Motor Etiqa, ia mengenakan prinsip ‘tiada excess’. Dengan prinsip ini, maka anda (pemandu berusia 21 tahun ke atas) tidak perlu membayar sebahagian kos untuk kerosakan tersebut.
Ikut nilai yang dipersetujui bukan nilai pasaran
Lebih menguntungkan, tuntutan anda akan dibayar mengikut nilai yang dipersetujui semasa pembaharuan. Ini bermakna sekiranya kereta anda dicuri atau total lost akibat kemalangan, anda akan diberi pampasan dengan jumlah penuh yang diinsuranskan.
Semua pemandu akan dilindungi
Anda tidak perlu membayar premium tambahan jika ingin meletakkan lebih daripada dua nama pemandu di dalam polisi anda ketika renew dengan pelan takaful ini. Ini kerana Etiqa menyediakan manfaat perlindungan untuk semua pemandu secara percuma dan automatik tanpa tambahan premium.
Kereta ihsan percuma selepas kemalangan?
Pernah tak anda dengar mengenai manfaat ini ketika renew online dengan syarikat-syarikat insurans yang lain? Ya, mungkin hanya di Etiqa, anda akan ditawarkan dengan manfaat kereta ihsan percuma selama 14 hari sekiranya kereta anda terbabit dalam kemalangan dan perlu dibaiki di bengkel. Menarik, bukan?!
Cara semak insurans kereta Etiqa
Nak dapatkan satu pelan takaful insurans kereta Etiqa sebenarnya mudah sahaja. Sama seperti insurans kereta lain seperti RHB insurans kereta, Allianz dan lain-lain, anda boleh juga dapatkan pelan takaful ini secara online terus menerusi website Etiqa ataupun pilihan yang baik juga, menerusi platform Bjak.
Kebaikan semak insurans kereta Etiqa di laman web Etiqa:
- Anda boleh menerima rebat 10% dengan segera berserta NCD anda apabila renew online di website pengendali Takaful Etiqa
- Cepat dan mudah yang mana hanya 3 langkah sahaja diperlukan untuk anda dapatkan perlindungan insurans terbaik.
Kebaikan semak insurans kereta Etiqa di platform Bjak
- Anda boleh bandingkan juga dengan lebih 10 jenama insurans dan takaful lain dalam satu masa yang sama
- Anda boleh renew insurans serta roadtax sekaligus dalam hanya 5 minit
- Anda ada pilihan untuk dapatkan roadtax digital ataupun pelekat roadtax
- Peluang untuk bayar sehingga 12 kali ansuran dengan pelbagai pilihan Buy Now Pay Later yang ada
- Penghantaran roadtax terus ke rumah jika anda pilih untuk dapatkan pelekat roadtax
- Peluang untuk jimat sehingga RM400 apabila anda buat perbandingan
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan pelan terbaik dengan insurans takaful kereta Etiqa hari ini!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: