Skip to content
Home » Senarai Harga Cermin Kereta untuk Model Perodua dan Proton

Senarai Harga Cermin Kereta untuk Model Perodua dan Proton

    Windscreen coverage price list for Perodua and Proton cars

    Pada artikel sebelum ini, Bjak telah menerangkan kepada anda mengenai perlindungan insurans cermin kereta dan cara claim insuran cermin kereta jika ia rosak atau retak dengan terperinci dan mendalam. Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila baca artikel mengenai perlindungan tambahan cermin kereta seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini.

    Senarai harga insuran cermin kereta 

    Dalam artikel kali ini pula, Bjak akan berkongsikan dengan anda mengenai harga insuran cermin kereta bagi dua jenama kereta tempatan yang terkenal di Malaysia, iaitu jenama Perodua dan Proton.

    Senarai harga cermin kereta jenama Perodua

    Model keretaJumlah Perlindungan
    (Yang akan dilindungi)
    Bayaran untuk Insurans
    Perodua AxiaRM600RM90
    Perodua MyviRM600RM90
    Perodua Myvi (2018+)RM800RM120
    Perodua Myvi Advanced (2018+)RM1000RM150
    Perodua AlzaRM700RM105
    Perodua BezzaRM700RM105
    Perodua Bezza (Camera) (2020+)RM1000RM150
    Perodua Aruz (Camera)RM1200RM180
    Perodua Aruz (tanpa Sensor)RM1100RM165
    Perodua AtivaRM1200RM180
    Perodua VivaRM600RM90
    Perodua KembaraRM600RM90
    Perodua KancilRM500RM75
    Perodua KelisaRM600RM90
    Perodua KenariRM600RM90
    Perodua RusaRM600RM90
    Perodua NauticaRM600RM90

    Senarai harga cermin kereta jenama Proton

    Model keretaJumlah Perlindungan
    (Yang akan dilindungi)
    Bayaran untuk Insurans
    Proton PreveRM1200RM180
    Proton IrizRM1200RM180
    Proton X50RM1500RM225
    Proton X50 CameraRM2000RM450
    Proton X70RM1500RM225
    Proton X70 CameraRM2000RM450
    Proton ErtigaRM1500RM225
    Proton Saga BLM / FLXRM600RM90
    Proton Saga / IswaraRM600RM90
    Proton Saga vvt (2016+)RM800RM120
    Proton ExoraRM800RM120
    Proton WiraRM600RM90
    Proton SatriaRM600RM90
    Proton Satria NeoRM800RM120
    Proton WajaRM600RM90
    Proton JuaraRM600RM90
    Proton Suprema SRM1200RM180
    Proton PerdanaRM1000RM150
    Proton Perdana (2012-2016)RM2000RM300
    Proton Perdana (2017+)RM2000RM300
    Proton InspiraRM2000RM300
    Proton Gen2RM600RM90
    Proton Persona (2011-2017)RM600RM90
    Proton Persona (2018+)RM1200RM180

    Dapatkan jumlah perlindungan yang mencukupi

    Ingat, cermin kereta anda adalah antara komponen yang paling terdedah untuk mengalami kerosakan seperti retak. Belilah perlindungan tambahan cermin kereta ini bagi memastikan bahawa anda boleh membuat tuntutan tanpa memberi kesan kepada kadar NCD anda.

    Bagaimanapun, elakkan daripada terlebih atau terkurang jumlah perlindungan untuk insurans cermin kereta anda. Kenalpasti berapakah jumlah perlindungan yang diberikan oleh syarikat insurans untuk cermin kereta anda dan pastikan anda membayar premium mengikut nilai yang sepatutnya sahaja seperti dalam senarai harga yang dikongsikan di atas.

    Dalam pada itu, jika insurans anda hampir tamat tempoh, dapatkan segera melalui platform online Bjak. Minta sebut harga dan bandingkan dulu insurans untuk melihat manfaat serta harga yang diberikan oleh setiap penyedia insurans. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: