Skip to content
Home » Soalan Lazim Mengenai Excess Dalam Insurans Kereta

Soalan Lazim Mengenai Excess Dalam Insurans Kereta

    excess insurans kereta

    Antara klausa penting yang ada dalam polisi insurans atau takaful kereta adalah excess. Apakah itu excess? Dan bagaimanakah ia akan memainkan peranan dalam tuntutan insurans kereta? 

    Di sini kami akan kongsikan soalan-soalan lazim mengenai excess dalam insurans kereta serta takaful bagi pemahaman anda.

    Apakah maksud excess?

    Excess merujuk kepada jumlah pertama yang perlu anda bayar sendiri bagi setiap tuntutan yang telah diluluskan oleh pihak insurans. Biasanya jumlah atau amaun excess yang perlu pemegang polisi bayar ketika tuntutan sudah ditetapkan di dalam polisi insurans / sijil takaful anda. Pihak insurans anda kemudiannya akan membayar baki jumlah tuntutan yang selebihnya. 

    Apakah jenis-jenis excess yang ada untuk saya fahami?

    Untuk makluman anda, terdapat dua jenis excess yang ada iaitu:

    1. Compulsory excess atau juga disebut sebagai excess wajib

    Ia merujuk kepada amaun excess tambahan (biasanya sebanyak RM400) yang anda sebagai pemegang polisi perlu bayar, jika berlaku tuntutan di mana pada masa kemalangan itu, anda atau orang yang memandu kereta anda dengan persetujuan anda:

    • Di bawah umur 21 tahun
    • Merupakan pemegang lesen memandu percubaan (P) atau sementara (L)
    • Tidak dinamakan dalam jadual polisi sebagai pemandu dinamakan
    • Semua yang di atas
    1. Voluntary excess 

    Voluntary excess merujuk kepada amaun excess yang tertulis di dalam polisi/ sijil takaful anda , dan tertakluk kepada setiap tuntutan yang dibuat. 

    Ada syarikat insurans yang mewajibkan voluntary excess ini, tetapi ada juga syarikat insurans yang tidak mengenakannya terhadap pemegang polisi/ sijil mereka, namun biasanya harga insurans yang perlu dibayar akan menjadi sedikit mahal.

    Biasanya, kadar untuk voluntary excess ini adalah berbeza mengikut insurans dan ia bergantung kepada peratusan (%) daripada jumlah perlindungan kereta anda.

    Biasanya, voluntary excess ini  dikenakan jika:

    • Pemilik kenderaan berumur kurang 21 tahun
    • Kenderaan yang diinsuranskan berisiko tinggi untuk hilang
    • Usia kenderaan yang diinsuranskan sudah lama

    Jenis tuntutan apakah yang biasanya akan dikenakan excess?

    Biasanya, anda akan dikenakan excess bagi tuntutan untuk kerosakan kenderaan sendiri meskipun kejadian itu bukanlah daripada kesalahan anda. Selain itu, excess juga akan dikenakan jika tuntutan tersebut adalah tuntutan untuk kecurian.

    Bagaimanapun, sesetengah syarikat insurans/ takaful ada memberikan pengecualian excess jika pembaikan kereta dibuat di bengkel panel mereka. 

    Apakah jenis tuntutan yang tidak akan dikenakan excess?

    Biasanya, excess tidak akan dikenakan jika kerosakan pada kereta adalah disebabkan oleh kejadian seperti kebakaran, letupan, kerosakan pihak ketiga serta tuntutan kecederaan pihak ketiga. 

    Ada ke syarikat insurans atau takaful kereta yang memberikan pengecualian excess wajib?

    Ya, ada. Antara contoh syarikat yang memberikan pengecualian excess wajib adalah Takaful Etiqa (tiada caj excess wajib jika anda buat tuntutan asalkan umur anda melebihi 21 tahun), dan juga Takaful Ikhlas menerusi pelan Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful yang mana ia memberikan pengecualian untuk excess wajib kepada pemandu tidak dinamakan.

    Adakah terdapat cara untuk saya dikecualikan excess wajib selepas tuntutan diluluskan?

    Ya, ada. Caranya adalah dengan mendapatkan perlindungan tambahan ‘waiver of excess’ ketika anda renew insurans dengan pelan insurans kereta 1st party. Namun, tidak semua syarikat insurans ada menyediakan perlindungan tambahan ini ya. 

    Antara syarikat insurans yang menyediakan perlindungan tambahan waiver of excess wajib adalah MSIG, Liberty Insurance dan Tokio Marine.

    Berapakah premium tambahan yang mungkin dikenakan untuk manfaat waiver of excess?

    Biasanya, premium bagi perlindungan tambahan waiver of excess adalah sekitar RM20 – RM30 sahaja. Sila semak dengan pihak insurans anda jika ia ada menyediakan perlindungan tambahan ini dalam polisi mereka. 

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: