Skip to content
Home » Tahun 2022 Catat Rekod 1 Kemalangan Maut Setiap 90 Minit Di Jalan Raya

Tahun 2022 Catat Rekod 1 Kemalangan Maut Setiap 90 Minit Di Jalan Raya

    kemalangan jalan raya

    Tahukah anda? Baru-baru ini statistik mendedahkan bahawa pada tahun lalu sahaja, 1 kematian akibat nahas kemalangan jalan raya direkodkan di Malaysia dalam tempoh setiap 90 minit.

    Angka ini membabitkan sebanyak 545,630 kes kemalangan jalan raya yang mana secara purata 1 kemalangan berlaku dalam setiap minit serta 6,067 mangsa maut dalam kemalangan jalan raya.

    Catat angka lebih tinggi berbanding sebelum Covid-19

    kemalangan jalan raya

    Memetik laporan, Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Kulanthayan K C Mani berkata bahawa angka tersebut adalah lebih tinggi daripada sebelum wabak Covid-19 melanda.

    “Situasi ini membimbangkan dan harus dilihat sebagai ‘trafik pandemik’,” katanya pada pada program Minggu Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ke-7 dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad, baru-baru ini.

    Katanya, kadar kematian itu dikhuatiri akan meningkat jika jumlah penggunaan kenderaan persendirian terus bertambah berbanding pengangkutan awam.

    Minta pihak berkaitan pertingkatkan infrastruktur dan fasaliti

    Ujar Kulanthayan, pengangkutan awam seperti bas dan tren adalah pengangkutan paling selamat dan mencatatkan kadar kemalangan terendah.

    Justeru itu, beliau berharap agar ramai pihak termasuk kerajaan dan penyedia perkhidmatan dapat bekerjasama dalam mempertingkatkan infrastruktur serta fasiliti yang ada, termasuklah pejalan kaki dan laluan berbasikal yang mana ia secara tidak langsung boleh menggalakkan orang ramai beralih ke pengangkutan awam.

    Kesalahan utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya

    Sebelum ini, Bjak pernah kongsikan kepada anda mengenai kesalahan-kesalahan utama yang biasanya menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya seperti yang dikongsikan hantaran Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

    Berikut adalah ringkasan kesalahan yang sering dibuat pengguna jalan dan denda serta hukuman yang boleh dikenakan kepada pemandu jika didapati melakukannya:

    Guna telefon bimbit – mengikut peraturan 17A, LN166/59, tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan (hands free), anda akan didenda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan. Bagi sabitan kedua pula, anda akan didenda sebanyak RM2,000 dan penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

    Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya
    BILA-BILA masa saja kemalangan boleh berlaku disebabkan kelekaan pemandu seperti ini. – Foto hiasan

    Tidak berhenti di lampu isyarat merah – Sekiranya anda melanggar lampu isyarat merah, anda boleh didenda sebanyak RM300.

    Potong barisan – Jika didapati bersalah memotong barisan, pemandu boleh didenda sehingga RM300 oleh pihak berkuasa.

    Memotong di garisan berkembar – Jika didapati bersalah, pemandu boleh dikenakan saman sebanyak RM300 serta-merta.

    Tidak pakai seat belt atau helmet – Denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika penumpang kereta tidak pakai seat belt belakang. Untuk penunggang motosikal, denda sebanyak RM300 akan dikenakan jika helmet tidak dipakai. 

    Memandu di lorong kecemasan –  pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Memandu lawan arus –  Pemandu boleh didenda sehingga RM300, atau lebih dan boleh dipenjarakan jika menyebabkan kemalangan maut, mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Pandu dengan cermat

    Buang sikap pentingkan diri sendiri dan pastikan anda memandu dengan selamat bagi mengurangkan risiko diri anda terbabit dalam kemalangan jalan raya!

    Dalam pada itu, pastikan juga kenderaan anda sentiasa dilindungi dengan perlindungan insurans yang sah sepanjang masa. Jika berlaku perkara yang tidak diingini (minta dijauhkan), anda sekurang-kurangnya boleh membuat tuntutan insurans bagi menampung kerugian yang dialami.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: