Skip to content
Home » Tiada Lesen Memandu: Bolehkah Claim Insurans Jika Motor Dicuri?

Tiada Lesen Memandu: Bolehkah Claim Insurans Jika Motor Dicuri?

    Lesen memandu

    Tahukah anda?

    Di Malaysia, motosikal merupakan kenderaan yang paling berisiko terlibat dalam kes kecurian. Buktinya pada tahun 2020 sahaja, statistik menyatakan bahawa sebanyak 16,057 kes membabitkan kecurian motosikal berlaku berbanding kereta 4,596 kes dan 925 kes melibatkan kenderaan berat.

    Jika berlaku kes kecurian atau kehilangan motosikal yang tidak disengajakan, tindakan yang boleh dilakukan oleh pemilik adalah membuat tuntutan daripada syarikat insurans. Namun, bagaimana pula jika pemilik tersebut tiada lesen memandu? Adakah tuntutan masih boleh dilakukan? Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

    Syarat membuat tuntutan insurans motosikal dicuri

    Untuk membolehkan anda membuat tuntutan insurans bagi kes kehilangan motosikal akibat dicuri, anda haruslah menepati syarat-syarat berikut iaitu:

    1. Merupakan pemegang polisi insurans komprehensif atau polisi insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran
    2. Insurans dan roadtax masih aktif dan belum tamat tempoh
    3. Mempunyai lesen motosikal yang sah

    Tiada lesen memandu, bolehkan anda claim insurans akibat kecurian motosikal?

    Berdasarkan pada salah satu syarat yang membolehkan anda untuk membuat tuntutan insurans, ia jelas menyatakan bahawa lesen motosikal yang sah diperlukan bagi memastikan tuntutan anda tidak ditolak oleh syarikat insurans. 

    Justeru itu, jika motosikal anda dicuri namun lesen motosikal yang sah tidak dimiliki, maka pihak insurans berhak untuk tidak menerima serta menolak sebarang tuntutan insurans daripada anda. Dengan erti kata lain, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans akibat kecurian motosikal apabila tiada lesen motosikal yang sah.

    Untuk makluman anda, pihak insurans sangat mengutamakan lesen memandu sebagai salah satu syarat penting dalam tuntutan insurans. Ia bagi memastikan bahawa pemilik motosikal serta kenderaan lain mengikut peraturan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), anda boleh dikenakan denda sebanyak RM300 dan kenderaan boleh disita jika didapati memandu tanpa lesen. 

    Apakah dokumen yang diperlukan bagi membuat tuntutan insurans untuk kehilangan motosikal?

    1. Salinan kad pengenalan pemilik motosikal
    2. Salinan lesen memandu yang sah
    3. Laporan polis
    4. Polisi insurans selain 3rd party
    5. Kunci pendua motosikal asal

    Dapatkan lesen memandu motosikal yang sah

    Lesen memandu diperlukan oleh semua pemilik kenderaan

    Sekiranya anda sudah cukup umur namun belum mempunyai lesen, sila pastikan anda dapatkannya dahulu sebelum ingin memiliki kenderaan. Jika berlaku kejadian seperti kecurian motosikal ini, maka ia akan membebankan serta menyusahkan anda terutama dari segi kewangan.

    Berikut merupakan anggaran harga lesen memandu bagi motosikal dan kereta:

    Harga lesen memandu bagi kereta dan motosikal

    Andai kata anda masih belum mengetahui cara mendapatkan lesen memandu, sila lihat artikel yang pernah dikongsikan Bjak sebelum ini. Ingat, dapatkan secara sah dan bukannya melalui lesen terbang.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: