Skip to content
Home » Tip Keselamatan Memandu Ketika Waktu Hujan

Tip Keselamatan Memandu Ketika Waktu Hujan

    memandu hujan - cover

    Memandu pada ketika hari hujan adalah merupakan salah satu cabaran terbesar bagi kebanyakan pemandu. Hujan bukan sahaja mampu menjejaskan jarak penglihatan, ia juga boleh menyukarkan pemanduan kerana permukaan jalan yang licin. Walau bagaimanapun, pemandu baru juga boleh melakukan perjalanan dengan selamat pada hari hujan selagi mereka menguasai beberapa kemahiran asas memandu hari hujan.

    Sehubungan dengan itu, artikel ini akan berkongsikan dengan anda berkenaan 6 tip keselamatan untuk memandu pada hari hujan, bertujuan untuk meminimumkan risiko memandu pada hari hujan. Kami berharap ia akan dapat membantu anda.

    Elakkan memandu di lorong kanan

    Ketika di dalam cuaca hujan, memandu di lorong paling kanan sekali mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko. Kenderaan yang bergerak ke arah bertentangan mungkin akan melanggar air di jalan, menyebabkan percikan dan menjejaskan penglihatan anda. Dalam kes ini, cermin depan mungkin akan menjadi kabur akibat daripada percikan air tersebut. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan keupayaan anda untuk melihat keadaan jalan raya dan meningkatkan risiko kemalangan. Oleh itu, memilih untuk memandu di lorong tengah atau kiri boleh mengurangkan risiko ini dan dapat mengekalkan jarak penglihatan yang lebih baik.

    Berhenti rehat sebentar

    Apabila hujan menjadi lebat, jarak penglihatan akan terjejas, atau persekitaran akan berubah menjadi gelap. Justeru, adalah sangat penting untuk memilih masa yang sesuai untuk berhenti seketika di perhentian rehat. Hujan lebat mungkin akan mengaburkan penglihatan sekaligus sukar untuk nampak keadaan jalan dengan jelas. Dalam kes ini, jika anda memutuskan untuk teruskan memandu, ia bukan sahaja berbahaya malahan memenatkan. Hentian rehat menyediakan tempat yang selamat untuk berhenti dan pemandu boleh menunggu hujan reda sikit sebelum meneruskan perjalanan.

    Jaga jarak dari kenderaan hadapan

    Permukaan jalan selalunya akan menjadi licin, dan jarak selamat untuk brek akan menjadi lebih jauh daripada kebiasaannya. Jika kenderaan di hadapan brek secara mengejut, kenderaan di belakang memerlukan masa dan jarak yang lebih lama untuk bertindak balas dan brek.Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengekalkan jarak selamat yang lebih sedikit berbanding kebiasaan bagi mengelakkan daripada pelanggaran.

    Hidupkan lampu

    Semasa memandu pada hari hujan, lampu depan dan belakang kenderaan perlu dihidupkan, manakala lampu signal kecemasan tidak perlu dihidupkan. Lampu signal kecemasan biasanya digunakan semasa kecemasan atau apabila kenderaan berhenti. Jika anda menghidupkan lampu signal kecemasan semasa memandu, ia boleh mengelirukan pemandu lain. Jadi hanya hidupkan lampu biasa anda dan pastikan kenderaan lain dapat melihat di mana anda berada.

    Pandu secara perlahan

    Pandu dalam kelajuan yang rendah adalah salah satu kunci kepada keselamatan anda. Jalan licin boleh menyebabkan tayar berputar dalam keadaan yang tidak dijangka, terutamanya apabila anda memandu pada kelajuan yang tinggi. Justeru, dengan mengekalkan kelajuan di bawah 80 kilometer sejam, anda boleh mengawal kenderaan anda dengan lebih baik sekaligus dapat mengelakkan kenderaan anda terbabas atau hilang kawalan. Memandu pada kelajuan rendah bukan sahaja boleh meningkatkan masa tindak balas anda, tetapi juga membolehkan anda bertindak balas secara lebih selamat sekiranya berlaku kecemasan.

    Memandu secara tenang dan rancang perjalanan anda lebih awal

    Memandu pada hari hujan memerlukan masa dan tahap kesabaran yang tinggi. Pemandu perlu merancang perjalanan mereka untuk mengelakkan emosi terganggu dengan jadual yang padat. Oleh itu, fahami keadaan cuaca dan keadaan trafik sebelum melakukan perjalanan, dan rancang laluan dan masa lebih awal untuk memastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

    Walaupun hari hujan membawa pelbagai kesulitan, selagi kita sentiasa berwaspada dan mematuhi prinsip pemanduan yang selamat, kita boleh sampai ke destinasi dengan selamat dalam cuaca hujan. Pemandu harus sentiasa ingat bahawa keselamatan diutamakan dan jangan sekali-kali mengabaikan langkah keselamatan kritikal ini kerana tergesa-gesa atau kerana cuai.

    Sudah tentu, jangan lupa bahawa sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, anda mesti memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan anda tepat pada masanya setiap tahun. Apabila memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan anda, sudah tentu anda harus memilih Bjak, platform insurans kereta dalam talian terbesar di Malaysia. Di sini anda boleh membandingkan sebut harga daripada 23 syarikat insurans sekaligus dan memilih pakej insurans yang betul mengikut keperluan dan bajet anda. Selepas pembayaran, insurans kenderaan anda akan berkuat kuasa serta-merta. Klik sahaja butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: