Skip to content
Home » Tips Keselamatan Jalan Raya untuk Kanak-Kanak

Tips Keselamatan Jalan Raya untuk Kanak-Kanak

    Tips keselamatan kanak-kanak

    Kemalangan jalan raya boleh berlaku dalam sekelip mata kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, termasuk terhadap golongan kanak-kanak. Apabila berlaku, sudah tentu ia menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa dan ahli keluarga.

    Justeru itu, adalah sangat penting untuk kanak-kanak dididik mengenai soal keselamatan jalan raya sejak dari awal bagi kepentingan mereka. Jadi pada artikel kali ini, Bjak akan berikan beberapa tips yang boleh membantu anda khususnya ibu bapa untuk diterap atau dikongsi kepada anak-anak mengenai cara kekal selamat di jalan raya untuk keselamatan mereka. 

    Lihat kedua-dua arah

    Guna lintasan pejalan kaki

    Ini adalah perkara paling asas dan penting. Ajar anak anda untuk melihat ke kedua-dua arah (kanan-kiri-kanan semula) sebelum melintas jalan. Nasihati anak anda supaya kekal fokus dan tidak melakukan perkara lain seperti bermain telefon bimbit ketika sedang melintas. Ini kerana perbuatan sedemikian boleh mengundang bahaya terhadap diri mereka, seperti tersadung ketika melintas atau terlambat melintas jalan raya. 

    Ajar anak anda tanda isyarat keselamatan jalan raya

    Bersembang dengan anak anda secara santai mengenai isyarat-isyarat keselamatan jalan raya berserta maksudnya. Ajar dan beritahu mereka tempat yang dibolehkan untuk melintas, bila mereka patut melintas, kawasan berbahaya untuk melintas dan lain-lain agar mereka faham. 

    Anda juga boleh bermain sesi soal jawab bersama mereka mengenai peraturan dan keselamatan jalan raya supaya mereka rasa lebih seronok dan mudah untuk memahaminya. 

    Kerusi keselamatan kanak-kanak

    Untuk keselamatan anak anda, pastikan anda turut mempunyai kerusi keselamatan khas untuk anak anda jika mereka di dalam kumpulan usia yang wajib untuk menggunakannya. 

    Untuk makluman anda, mulai 1 Januari 2020 lalu, kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) di dalam kenderaan persendirian. 

    Kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 135cm ke bawah mesti diletakkan di kerusi keselamatan kanak-kanak mengikut tahap ketinggian dan berat berdasarkan Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu R44 atau R129. 

    Untuk mencari kerusi keselamatan kanak-kanak terbaik, sila baca perkongsian kami yang lalu mengenainya.

    Kenal pasti kawasan merbahaya

    Antara kawasan yang sangat merbahaya untuk kanak-kanak adalah seperti di taman perumahan dan sekitar kawasan pusat membeli-belah. Didik anak anda untuk sentiasa berhati-hati di kawasan-kawasan ini, terutama jika anda tinggal di kawasan perumahan yang menjadi tumpuan kenderaan lalu-lalang setiap hari. Beri amaran kepada anak anda untuk tidak leka dan bermain di sekitarnya bagi mengelak daripada berlakunya kejadian tidak diingini terutamanya pada waktu puncak.

    Sentiasa berhati-hati

    Nasihati anak anda untuk sentiasa berhati-hati ketika berada berdekatan jalan raya, atau di mana-mana sahaja mereka berada. Terapkan juga nilai-nilai murni dan jadikan diri anda sebagai contoh teladan yang baik untuk mereka ikuti.

    Janganlah anda sebagai ibu bapa pula mengambil sikap sambil lewa, dan secara tidak langsung menjadi ikutan buat anak anda. Ingat, ibu bapa adalah cerminan terbaik untuk anak-anak ya. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: