Skip to content
Home » Penjelasan Mengenai Excess Wajib dalam Insurans Kereta

Penjelasan Mengenai Excess Wajib dalam Insurans Kereta

    Excess Wajib dalam Insurans Kereta

    Di dalam polisi insurans kereta, antara terma/ klausa yang sering dilihat dan disebutkan adalah ‘excess’. 

    Apakah itu excess?

    Untuk makluman anda, excess merujuk kepada amaun atau pembayaran awal yang anda sebagai pemegang polisi perlu tanggung sebelum syarikat insurans membayar baki tuntutan kerosakan sendiri anda, meskipun ia bukan kesalahan anda.

    Bagaimanapun, excess tidak akan dikenakan jika kerosakan kereta disebabkan oleh kejadian seperti kebakaran, letupan, kerosakan pihak ketiga mahupun tuntutan kecederaan pihak ketiga. 

    Jenis-jenis excess 

    Sebenarnya, terdapat dua jenis excess yang ada iaitu a) voluntary excess dan b) compulsory excess (excess wajib).

    Sebelum menerangkan lebih lanjut mengenai excess wajib, kami akan terangkan dulu sedikit mengenai kedua-dua jenis excess ini.

    Voluntary excess 

    Ada syarikat insurans yang mewajibkan, namun ada juga yang tidak mengenakannya tetapi harga insurans yang perlu dibayar akan dinaikkan. Kadar caj untuk voluntary excess adalah berbeza-beza bergantung kepada polisi syarikat insurans. 

    Terdapat beberapa sebab ianya dikenakan kepada anda seperti:

    •  pemilik kenderaan berusia muda (kurang 21 tahun)
    •  kenderaan berisiko hilang
    •  usia kenderaan yang sudah lama

    Jumlah harga untuk excess ini pula adalah bergantung kepada peratusan (%) daripada jumlah perlindungan kereta anda.

    Compulsory excess (excess wajib) 

    Compulsory excess, juga disebut sebagai excess wajib adalah excess tambahan atau jumlah tetap sebanyak RM400 yang anda sebagai pemegang polisi perlu bayar, jika berlaku tuntutan di mana pada masa kemalangan itu, anda atau orang yang memandu kereta anda dengan persetujuan anda:

    • Di bawah umur 21 tahun
    • Merupakan pemegang lesen memandu percubaan (P) atau sementara (L)
    • Tidak dinamakan dalam jadual polisi sebagai pemandu dinamakan

    Gambaran situasi

    Bayaran excess wajib perlu dibuat jika ia menepatit ciri-ciri yang ditetapkan

    Aida terlibat dalam kemalangan ketika dia memandu kereta bapanya. Walaupun Aida adalah pemandu yang dibenarkan, bapanya tetap perlu menanggung excess wajib sebanyak RM400 kerana Aida sebenarnya baru berusia 20 tahun. 

    Adakah bayaran untuk excess wajib akan dipulangkan semula?

    Caj excess wajib sebanyak RM400 sememangnya perlu dibayar jika kerosakan kereta tersebut menepati ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Justeru, wang itu tidak akan dipulangkan semula kepada pemilik kereta meskipun anda beranggapan ia bukanlah kesalahan yang dilakukan oleh anda. 

    Pengecualian untuk excess wajib (waiver of excess)

    Namun tahukah anda, sebenarnya terdapat syarikat insurans kereta yang menyediakan perlindungan tambahan untuk pengecualian excess wajib ini kepada pemegang polisi komprehensif (insurans kereta 1st party).

    Dengan pengecualian excess wajib, ia akan membantu mengurangkan beban kewangan pemegang polisi di mana excess wajib ini akan ditolak daripada pembayaran tuntutan akhir anda.

    Contoh:

    Ambil kira situasi Aida seperti contoh di atas tadi. Dengan pengecualian untuk excess wajib, amaun berjumlah RM400 yang sepatutnya dibayar oleh bapanya akan dikecualikan daripada pembayaran tuntutan polisinya. 

    Fahami lebih lanjut melalui contoh di bawah:

    Jumlah amaun tuntutan akibat kemalangan yang disebabkan oleh Aida adalah RM3,000

    Waiver of excess bakal membantu pemegang polisi daripada membayar excess wajib yang dikenakan

    Berapakah premium bagi perlindungan tambahan pengecualian untuk excess wajib?

    Bayaran premium untuk perlindungan tambahan bagi pengecualian excess wajib hanyalah sekitar RM20 ke RM30 sahaja untuk kereta persendirian berdaftar. Jadi berbanding anda perlu membayar RM400 untuk excess wajib, anda disarankan untuk membeli perlindungan tambahan ini kerana ia sememangnya lebih menjimatkan.

    Adakah semua syarikat insurans menyediakan perlindungan tambahan ini?

    Tidak. Bukan semua syarikat insurans menyediakan perlindungan tambahan ini di dalam polisi komprehensif mereka.

    Antara syarikat-syarikat insurans yang menyediakan perlindungan tambahan pengecualian excess wajib adalah MSIG, Liberty Insurance dan Tokio Marine.

    Bagaimanapun, terdapat juga syarikat insurans yang memberikan pengecualian excess wajib kepada pemegang polisi komprehensif mereka secara percuma seperti Takaful Ikhlas.

    Fahami insurans anda

    Sebagai pemilik kenderaan yang perlu memperbaharui insurans kereta setiap tahun, menjadi tugas anda untuk memahami segala klausa penting yang ada dalam polisi insurans bagi memudahkan proses tuntutan insurans anda pada masa akan datang. 

    Sebagai contoh, jika anda tidak menyedari kewujudan excess ini di dalam polisi insurans kereta, anda mungkin akan mempertikai jika secara tiba-tiba perlu membayar sebahagian daripada jumlah tuntutan iaitu sebanyak RM400 meskipun beranggapan ia bukan kesalahan anda. 

    Dalam pada itu, keupayaan untuk memahami klausa-klausa penting ini juga akan membantu anda mendapatkan pelan insurans yang lebih baik dan berbaloi. Jika dilihat, tidak semua syarikat insurans menyediakan manfaat tambahan yang sama. Jadi, bandingkanlah dulu sebelum mendapatkan insurans anda dan dapatkan hanya yang terbaik mengikut kemampuan serta keperluan diri anda. Untuk lebih mudah, lakukan sahaja perbandingan di platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia, iaitu Bjak. 15 syarikat insurans disediakan untuk anda banding dalam satu masa yang sama. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: