Memiliki insurans kereta tidak bermakna anda layak untuk membuat tuntutan atas semua situasi.
Selain perlindungan yang diberikan adalah berbeza mengikut jenis insurans kereta yang anda miliki, anda juga perlu tahu bahawa terdapat beberapa perkara atau situasi lain yang sebenarnya tidak dilindungi oleh syarikat insurans mahupun takaful.
Jom ketahuinya dengan lebih lanjut menerusi artikel ini.
Situasi-situasi yang tidak dilindungi oleh syarikat insurans
Berikut merupakan beberapa jenis situasi yang tidak dilindungi oleh insurans yang perlu anda ketahui:
Kerosakan kereta akibat bencana alam
Ramai yang mungkin akan menganggap bahawa mereka boleh membuat tuntutan insurans jika kenderaan mereka rosak akibat bencana alam seperti banjir, dihempap pokok dan lain-lain.
Anda silap! Sebenarnya, syarikat insurans tidak melindungi kerosakan tersebut dan anda tidak boleh membuat tuntutan insurans melainkan anda ada membeli perlindungan peril khas di dalam insurans kereta 1st party anda ketika memperbaharui insurans tahun itu.
Perlindungan peril khas adalah perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, pokok tumbang, bergantung kepada insurans yang anda pilih.
Perlindungan ini dapat membantu anda mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insurans.
Pada kebiasaannya, premium bagi perlindungan ini adalah sekitar 0.5% daripada jumlah diinsuranskan, namun ia mungkin berbeza mengikut syarikat insurans dan pengendali Takaful.
Kerosakan total
Sesebuah kereta akan dianggap sebagai kerugian total apabila kenderaan terbabit rosak atau musnah sepenuhnya sehingga tidak dapat diperbaiki lagi.
Syarikat insurans tidak akan menanggung baki pinjaman anda jika anda mengalami kemalangan sehingga menyebabkan kerosakan total pada kenderaan anda itu. Pihak insurans hanya akan membayar pampasan sebanyak mana nilai kereta anda pada harga pasaran dan kebiasaannya, jumlah tersebut adalah lebih rendah berbanding baki pinjaman kerana faktor kadar susut nilai kenderaan serta kadar bunga yang dikenakan oleh pihak bank.
Namun perlu anda ingat, ini adalah bagi kes mereka yang membeli kereta melalui pinjaman bank ya.
Kecederaan atau kematian diri
Anda cedera atau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya?
Penting untuk fahami bahawa insurans kereta tidak menawarkan perlindungan untuk kecederaan mahupun kematian anda akibat kemalangan jalan raya. Hanya kecederaan atau kematian pihak ketiga sahaja yang akan dilindungi.
Namun, andai kata kemalangan tersebut bukan berpunca daripada anda, maka jangan risau kerana polisi insurans pihak ketiga tersebut akan membayar pampasan kepada anda.
Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah pelan insurans yang menawarkan perlindungan untuk kemalangan peribadi seperti Takaful Ikhlas.
Sebagai alternatif, anda juga boleh mempertimbangkan untuk membeli insurans perubatan bagi membantu pembiayaan kos rawatan anda di hospital.
Kerosakan kereta akibat rusuhan
Meskipun tidak disengajakan, polisi insurans tidak akan melindungi kereta anda jika ia rosak akibat daripada perbalahan ataupun rusuhan.
Namun, jika anda bimbang ia berlaku pada masa hadapan, anda boleh membeli perlindungan tambahan ini di dalam polisi komprehensif anda. Pada kebiasaannya, kadar premium bagi perlindungan tambahan ini adalah sekitar 0.3% daripada jumlah yang diinsuranskan.
Kehilangan aksesori kereta
Sport rims baru tukar dicuri? Kerusi kulit baru tukar dirosakkan?
Malang untuk anda, namun tuntutan insurans tetap tidak boleh dilakukan. Pihak insurans tidak akan membayar ganti rugi kepada anda untuk kehilangan atau kerugian aksesori terbabit.
Bagaimanapun, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya aksesori tersebut ada diinsuranskan oleh anda ketika memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif sebelum ini.
Jadi, jika anda seorang yang gemar menambah aksesori baharu yang mahal, anda sangat digalakkan untuk mengambil perlindungan tambahan aksesori kereta bagi melindunginya. Premium bagi perlindungan tambahan ini adalah 15% daripada jumlah aksesori yang dilindungi.
Fahami polisi insurans anda
Sebagai pemilik kereta, penting untuk anda fahamkan perkara ini bagi mengelak daripada berlakunya kekeliruan serta salah faham pada masa akan datang. Elak mengambil sikap sambil lewa, dan belilah perlindungan yang mencukupi dan terbaik untuk kenderaan anda.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: