Skip to content
Home » Roadtax Tamat Tempoh? Renew Untuk 1 Tahun Atau 6 Bulan

Roadtax Tamat Tempoh? Renew Untuk 1 Tahun Atau 6 Bulan

    tempoh renew roadtax

    Roadtax kereta wajib diperbaharui sebelum tamat tempoh pada setiap tahun bagi memastikan kenderaan sah digunakan di atas jalan raya. Tanpa roadtax kereta yang sah, anda bakal berdepan tindakan saman sekurang-kurangnya RM150 oleh pihak berkuasa.

    Berbeza dengan insurans kenderaan yang hanya boleh diperbaharui untuk tempoh 1 tahun, tahukah anda bahawa roadtax mempunyai dua pilihan tempoh masa semasa anda menghidupkannya. Ingin tahu apakah tempohnya? Sila teruskan membaca artikel ini!

    Dua tempoh bagi roadtax kereta

    Untuk makluman anda, anda sebenarnya mempunyai pilihan untuk memperbaharui roadtax kereta sama ada selama 6 bulan atau 1 tahun (12 bulan).

    Kedua-duanya boleh diperbaharui dengan cara yang sama dan tidak mempunyai sebarang perbezaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes yang mungkin menyebabkan anda hanya boleh memperbaharui roadtax dalam salah satu tempoh yang diberikan itu.

    Contohnya: 

    Pembaharuan roadtax kereta bagi pemilik kereta yang sudah meninggal dunia. Dalam kes ini, anda hanya boleh memperbaharui roadtax bagi tempoh 6 bulan sahaja. Jadi bermakna dalam masa setahun, ada perlu memperbaharui roadtax kereta sebanyak dua kali. 

    Pembaharuan roadtax kereta bagi tempoh 6 bulan merupakan syarat wajib yang ditentukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri mengikut perkara tertentu. Selain daripada kes/ individu yang diwajibkan perbaharui roadtax untuk renew roadtax bagi tempoh 6 bulan sahaja, maka pemilik kereta boleh memilih sama ada untuk renew roadtax kereta mereka bagi tempoh 6 bulan atau 1 tahun secara sukarela.

    Bolehkah anda renew roadtax jika ada saman tertunggak?

    TIDAK! Anda perlu melangsaikan dahulu tunggakan saman anda sebelum boleh memperbaharui roadtax. Ini kerana ketika proses pembaharuan roadtax, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Jadi disebabkan itu, anda mesti membuat pembayaran terlebih dahulu untuk semua tunggakan saman kesalahan trafik yang direkodkan sebelum dapat meneruskan proses pembaharuan roadtax.

    Bilakah anda boleh renew roadtax yang telah tamat tempoh?

    Anda boleh memperbaharui roadtax sebaik sahaja anda memperbaharui insurans kereta anda. Tanpa insurans, proses pembaharuan roadtax anda tidak akan dapat diteruskan sama ada anda buat secara online mahupun offlne.

    Pembaharuan insurans dan roadtax boleh dilakukan seawal 2 bulan sebelum ia tamat tempoh. Meskipun ia dilakukan 2 bulan lebih awal, tarikh luput roadtax kereta anda pada tahun berikutnya tidak akan berubah dan masih akan sama. 

    Contoh: 

    Tempoh roadtax terkini (SEMASA)

    Roadtax kereta mula Roadtax kereta tamat
    1 April 202131 Mac 2022

    Pembaharuan roadtax kereta yang akan tamat pada 31 Mac 2022 (renew dua bulan lebih awal)

    Renew roadtax (dua bulan awal)Roadtax kereta tamat semula
    31 Januari 202231 Mac 2023

    * Seperti yang anda dapat lihat, tarikh tamat roadtax kereta untuk tahun 2023 masih sama dengan tahun 2022, meskipun ia diperbaharui dua bulan lebih awal.

    Pastikan anda perbaharui roadtax!

    Tidak kira sama ada pembaharuan roadtax untuk 6 bulan mahupun 1 tahun, pastikan roadtax anda diperbaharui sebelum ia tamat tempoh. Elak memandu tanpa roadtax yang sah bagi mengelakkan anda daripada dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

    Untuk renew roadtax kini tidak susah. Anda boleh lakukannya secara online di Bjak. Renew kedua-dua roadtax dan insurans secara sekaligus di platform kami untuk urusan yang mudah, pantas dan selamat!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: