Nak beli insurans kereta? Jom ketahui dahulu 5 persoalan penting mengenai insurans kereta sebelum anda memperbaharuinya.
Apakah bentuk polisi insurans yang saya perlu miliki?
Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, terdapat 3 jenis polisi insuran kereta yang ada di pasaran. Ia menyediakan perlindungan yang berbeza-beza kepada pemegang polisi.
Bagi mengetahui polisi jenis apakah yang sesuai untuk dimiliki oleh anda dan kenderaan, cuba nilai beberapa faktor ini:
- Usia kenderaan – kenderaan di bawah usia 10 tahun, lebih-lebih lagi beli dengan pinjaman bank perlu membeli insurans komprehensif atau juga dikenali sebagai insurans kereta 1st party. Kenderaan berusia 11 hingga 15 tahun sesuai mengambil polisi jenis pihak ketiga, kebakaran dan kecurian (TPFT). Manakala kenderaan berusia 15 tahun ke atas dan jarang digunakan boleh mempertimbang untuk memiliki insurans TPFT atau insurans paling asas, iaitu insurans kereta third party.
- Kekerapan penggunaan: Jika kereta anda kerap digunakan, maka sebaiknya anda membeli insurans komprehensif dan menambah perlindungan tambahan seperti perlindungan windscreen, perlindungan peril khas dan lain-lain.
- Bajet: Jika bajet anda terhad dan kereta anda juga sudah agak berusia, maka anda boleh sahaja mengambil perlindungan paling asas, iaitu polisi pihak ketiga. Sekurang-kurangnya anda akan dilindungi daripada sebarang tuntutan pihak ketiga. Jika bajet anda mencukupi, belilah insurans komprehensif (jika masih layak dan dibenarkan syarikat insurans) dan tambah perlindungan tambahan yang penting untuk kereta anda.
Siapakah penama yang akan berada di dalam polisi anda
Meskipun ketika ini banyak syarikat insurans yang sudah meletakkan klausa “semua pemandu” di dalam polisi, namun ada juga sesetengah syarikat insurans yang hanya memberi manfaat “pemandu tambahan” sehingga kepada dua orang sahaja kepada pemegang polisi.
Jika anda diminta untuk meletakkan dua nama pemandu tambahan sahaja untuk polisi bagi kereta anda, pastikan anda meletakkan nama pemandu yang paling dipercayai dan kerap menggunakan kereta anda. Ia perlulah datang dari kalangan ahli keluarga ya!
Jika kereta anda dipandu oleh pemandu yang tidak dinamakan dan secara kebetulan terlibat dalam kemalangan, maka ekses wajib sebanyak RM400 akan dikenakan.
Apakah bentuk perlindungan yang diberikan oleh insurans kereta?
Meskipun anda ingin membeli insurans komprehensif, namun anda perlu tahu dan faham bahawa tidak semua perkara dilindungi. Antaranya adalah keretakan cermin kereta, kerosakan kereta akibat bencana alam seperti banjir, kematian atau kecederaan akibat kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri dan lain-lain. Inilah yang dinamakan sebagai pengecualian di dalam insurans kereta.
Bagaimanapun, bagi memastikan anda boleh dilindungi daripada contoh-contoh perkara di atas, anda boleh memilih untuk membeli pelbagai perlindungan tambahan yang ditawarkan ke dalam polisi anda.
Perlukah anda renew insurans kereta yang sama setiap tahun?
Mungkin ada dalam kalangan kita yang lebih gemar untuk memperbaharui insurans dengan syarikat insurans yang sama pada setiap tahun.
Meskipun mungkin lebih mudah, namun sebenarnya tidak digalakkan. Ini kerana premium insurans yang anda bayar itu mungkin bukan yang terendah di pasaran.
Jadi, langkah terbaik yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat perbandingan dengan sekurang-kurangnya 3 syarikat insurans dahulu sebelum memperbaharui insurans anda. Ini bagi memastikan anda mendapat insurans pada harga terendah dengan manfaat terbaik.
Adakah insurans akan bertambah mahal atau murah?
Secara amnya, premium insurans anda akan semakin murah setiap tahun. Salah satu faktor penting yang akan menentukan premium insurans kereta anda adalah kadar NCD semasa anda. Semakin tinggi kadar NCD anda, semakin murah premium insurans yang anda bakal peroleh.
Bagaimanapun perlu anda tahu, jika anda ada membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda, maka premium insurans anda akan kembali meningkat dan mahal pada berikutnya.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: