Skip to content
Home » Pentingnya Renew Insurans Kereta Anda ‘On Time’

Pentingnya Renew Insurans Kereta Anda ‘On Time’

    renew insurans kereta on time

    Nak renew insurans kereta sebenarnya mudah, namun ada segelintir yang masih enggan untuk memperbaharuinya dengan lebih awal atas beberapa sebab terutamanya kekangan bajet.

    Perlu anda tahu, insurans kereta sebenarnya sudah boleh diperbaharui seawal dua bulan sebelum ia tamat tempoh. Namun, ada yang masih gemar untuk perbaharuinya di saat-saat akhir sehingga kadang-kala terlupa dan akhirnya ia melepasi tarikh tamat tempoh.

    Sebenarnya, sama seperti perkara lain, adalah amat penting untuk pemilik kenderaan renew insurans ‘on-time’ bagi mengelakkan berlakunya masalah. Apa jadi jika anda tidak renew insurans pada waktunya? Ketahui penjelasan lanjut menerusi artikel ini.

    Kenderaan anda tidak lagi dilindungi insurans

    Kegagalan anda untuk renew insurans kereta on-time dan membiarkannya sehingga tamat tempoh secara tidak langsung akan menyebabkan kenderaan anda tidak lagi dilindungi insurans.

    Andai kata berlaku sesuatu pada kenderaan anda dalam tempoh insurans sudah tamat tempoh, maka anda tidak lagi boleh membuat tuntutan insurans, tidak kiralah sama ada ia kali pertama anda cuba membuat tuntutan mahupun tidak.

    Ini bermakna, anda perlu menanggung kerugian yang dialami pada kenderaan anda menggunakan wang sendiri, bahkan juga terpaksa membayar pampasan pada mangsa yang anda langgar (jika anda penyebab kemalangan) tanpa bantuan pihak insurans.

    Selain itu, terdapat juga akibat lain untuk dipertimbangkan ini termasuk penalti di mana anda boleh menghadapi tindakan undang-undang dan akhirnya terpaksa membayar denda saman yang tinggi apabila didapati memandu dengan insurans yang sudah tamat tempoh. 

    Roadtax tidak boleh diperbaharui

    Roadtax adalah cukai jalan wajib yang dikenakan oleh kerajaan untuk semua pemilik kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia. Untuk mendapatkan roadtax, anda perlu terlebih dahulu memperbaharui insurans anda. Jadi maknanya di sini, jika anda tidak renew insurans maka roadtax anda juga tidak akan boleh diperbaharui dan diproses. Ingat ya, biasanya kedua-dua insurans dan roadtax akan tamat tempoh pada tarikh yang sama!

    Apa jadi jika anda tidak ada roadtax?

    Jawapannya mudah sahaja! Situasi yang paling lazim akan berlaku adalah anda akan dikenakan saman khususnya ketika melalui sekatan jalan raya. Jadi, rugi kan? 

    Adalah lebih baik untuk anda gunakan wang tersebut untuk renew insurans dan roadtax anda daripada terpaksa membayar saman gara-gara perbuatan anda memandu kenderaan dengan roadtax dan insurans yang sudah tamat tempoh.

    Harga insurans lebih mahal

    Tahukah anda? Biasanya individu yang memperbaharui insurans lewat iaitu selepas ia tamat tempoh akan dikenakan harga insurans yang lebih tinggi dan mahal berbanding individu yang renew insurans lebih awal.

    Anda secara automatik akan dianggap sebagai berisiko tinggi oleh syarikat insurans jika mempunyai insurans kereta yang telah tamat tempoh, yang seterusnya membawa kepada pembayaran premium yang jauh lebih tinggi.

    Bahkan dalam situasi yang lebih buruk, permohonan anda untuk memperbaharui insurans di syarikat berkenaan juga mungkin ditolak kerana melihat kepada pembaharuan yang tidak teratur atau mempunyai polisi yang telah luput untuk tempoh yang sangat lama.

    Kehilangan NCD

    Tahukah anda bahawa setiap NCD sebenarnya boleh bertahan untuk tempoh selama setahun sahaja. Kelewatan anda memperbaharui insurans dalam tempoh yang sepatutnya (melebihi setahun) akan menyebabkan kadar NCD kereta anda berkurang sedikit demi sedikit mengikut tahun anda tidak memperbaharui insurans kereta. 

    Contohnya seperti ini. Jika sebelum ini NCD kereta anda sudah mencapai 55%, selepas setahun anda tidak menghidupkan insurans, maka NCD anda akan menurun kepada 45% dan seterusnya selagi anda tidak memperbaharuinya.

    Sila renew insurans awal

    Bagi mengelakkan perkara-perkara di atas berlaku kepada anda, jadi pastikanlah anda perbaharui insurans kereta anda pada waktunya, iaitu sebelum ia tamat tempoh. Nak renew insurans mudah sahaja. Anda boleh gunakan Bjak yang akan membantu anda membuat perbandingan dan seterusnya mendapatkan penjimatan sehingga 40%. Bahkan jika anda kekurangan bajet juga, anda kini boleh menggunakan kaedah pembayaran Buy Now Pay Later. Bayar sahaja secara 3 kali ansuran tanpa sebarang caj faedah! Yang penting, pastikan kereta anda terus dilindungi insurans sepanjang masa!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: