Skip to content
Home » Cara Renew Road Tax Di Pejabat Pos

Cara Renew Road Tax Di Pejabat Pos

    road tax pejabat pos

    Selain lesen memandu, setiap pemilik kenderaan wajib untuk memiliki cukai jalan, yang juga lebih dikenali sebagai roadtax bagi memastikan kenderaan dipandu secara sah di atas jalan raya. Secara amnya, roadtax perlu diperbaharui pada setiap tahun dan ia boleh dilakukan secara online (atas talian) ataupun offline (secara fizikal).

    Meskipun dua alternatif itu diwujudkan untuk pembaharuan roadtax, mungkin masih ramai dalam kalangan pemilik kenderaan di luar sana yang masih gemar untuk terus mendapatkannya secara offline sahaja memandangkan mereka boleh menerima sticker roadtax dengan segera.

    Biasanya, antara tempat yang sering dikunjungi individu bagi pembaharuan road tax secara offline adalah di kaunter Pejabat Pos. Untuk anda yang belum pernah, namun ingin cuba renew road tax di Pejabat Pos, sila rujuk artikel ini untuk dijadikan sebagai panduan.

    Apa nak buat sebelum renew road tax di Pejabat Pos?

    renew road tax pejabat pos

    Sebelum ingin teruskan dengan pembaharuan road tax Pejabat Pos, anda sebagai pemilik kenderaan perlu memastikan beberapa perkara penting di bawah ini telah diselesaikan:

    • Membayar segala tunggakan saman yang ada. Anda boleh semak tunggakan saman menerusi aplikasi MyBayar Saman sahaja untuk urusan yang lebih mudah dan pantas.
    • Pastikan tarikh luput roadtax anda tidak melebihi tiga tahun. Jika lebih daripada tempoh tersebut, anda perlu membawa kenderaan anda ke Puspakom terlebih dahulu untuk pemeriksaan.
    • Pastikan anda sudah perbaharui insurans untuk kenderaan anda itu. Jika belum, pastikan anda bawa wang yang secukupnya ke Pejabat Pos untuk perbaharui insurans anda di sana. Ingat, tanpa insurans yang sah, proses pembaharuan roadtax anda tidak akan dapat dilakukan ya.
    • Semak harga roadtax anda menerusi sticker roadtax yang lama ataupun menerusi aplikasi MyJPJ yang memaparkan roadtax digital anda.

    Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk renew road tax di Pejabat Pos?

    Proses pembaharuan roadtax baik secara offline mahupun online adalah sangat mudah. Jika anda ingin renew road tax di Pejabat Pos, anda sebenarnya tidak perlu membawa sebarang dokumen pun. 

    Cukuplah anda hanya:

    • Ingat nombor pendaftaran kenderaan anda 
    • Bawa kad pengenalan anda
    • Sudah perbaharui insurans (tidak perlu bawa polisi insurans anda ke Pejabat Pos ya)

    Bolehkah anda renew insurans di Pejabat Pos bersama dengan roadtax?

    Ya, boleh! Jika anda terlupa atau belum renew insurans anda, anda juga boleh perbaharuinya secara terus di kaunter Pejabat Pos. Biasanya anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan untuk pembaharuan insurans di sana. Namun yang penting, sila pastikan anda membawa yang secukupnya sahaja ya!

    Adakah terdapat sebarang caj untuk pembaharuan road tax di Pejabat Pos?

    Ya, biasanya anda akan dicaj sebanyak RM2 – caj pemprosesan roadtax. Contohnya jika harga roadtax yang perlu anda bayar adalah sebanyak RM90.00, maka jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM92.00 iaitu termasuk caj pemprosesannya. 

    Cara renew road tax di Pejabat Pos

    Tanpa berlengah lagi, berikut dikongsikan cara renew road tax di Pejabat Pos untuk panduan dan rujukan anda:

    1. Kunjungi mana-mana cawangan Pejabat Pos yang berhampiran dengan rumah anda 
    2. Jangan lupa untuk ambil nombor giliran di kaunter Pejabat Pos 
    3. Apabila tiba giliran anda, anda akan diminta untuk menyatakan nombor plat kenderaan dan menyerahkan kad pengenalan anda (sebut nombor kad pengenalan sahaja pun tak apa)
    4. Jika anda didapati masih belum perbaharui insurans, maka anda akan diminta untuk perbaharui insurans anda di situ. – Contohnya anda boleh dapatkan perlindungan daripada  insurans Etiqa kereta jika pelan tersebut disediakan untuk kenderaan anda.
    5. Roadtax anda akan diperbaharui dan diaktifkan dengan segera
    6. Tunggu sebentar sehingga roadtax anda dicetak (jika anda memilih untuk mendapatkan sticker roadtax)
    7. Selesai!

    Sebenarnya, urusan untuk renew road tax baik secara online mahupun offline adalah sangat mudah, termasuklah di Pejabat Pos. Yang penting, hanya pastikan beberapa penting seperti yang dikongsikan di atas telah anda ikuti dan selesaikan. Dengan itu, urusan pembaharuan roadtax anda boleh dilakukan dengan sangat cepat tanpa sebarang masalah.

    Selain Pejabat Pos, ada juga boleh renew roadtax MyEG, namun caj untuk pemprosesan roadtaxnya adalah berbeza. Bergantung pada kesenangan anda, lakukan sahaja di mana-mana platform yang anda suka dan selesa, asalkan roadtax dan insurans anda telah diperbaharui sebelum ia tamat tempoh!

    Untuk lebih mudah, anda juga boleh gunakan platform pembaharuan insurans dan roadtax, iaitu Bjak! Hanya 5 minit sahaja, anda boleh mengaktifkan kedua-dua insurans dan roadtax anda sekaligus dalam satu masa, tanpa perlu keluar daripada rumah!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: