Skip to content
Home » Cara Claim Insuran Kereta Jika Berlaku Kecurian

Cara Claim Insuran Kereta Jika Berlaku Kecurian

    cara claim insuran kereta

    Berdasarkan data yang diumumkan oleh Lembaga Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia (VTREC), secara purata sebanyak 20 buah kenderaan dicuri dalam sehari pada tahun 2020!

    Berdasarkan daripada statistik di atas, kita boleh menganggap bahawa kecurian kereta boleh berlaku pada sesiapa sahaja, di mana-mana jua. 

    Namun perlu anda ingat bahawa tidak semua mangsa atau pemilik yang kenderaannya dicuri layak untuk claim insurans bagi mendapatkan pampasan atas kerugian yang berlaku. Disebabkan itu, setiap pemilik kenderaan perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar kereta kekal berada dalam keadaan selamat dan elak daripada dicuri penjenayah. 

    Sebelum mengetahui kategori yang layak untuk claim insuran kecurian kereta dan cara untuk mengemukakan tuntutan, kami akan kongsikan dahulu kepada anda beberapa tips untuk mengelakkan kereta anda menjadi sasaran penjenayah.

    Tahu dulu apakah model kereta yang paling kerap dicuri

    Tahukah anda bahawa ada satu jenis atau model kereta ini yang sangat kerap dicuri, bahkan menjadi ‘juara’ selama 11 tahun berturut-turut!

    Ia adalah sebuah kereta jenama tempatan iaitu Proton Wira yang mana mula diperkenalkan dari tahun 1993 hingga 2009. Meskipun sudah diberhentikan pengeluarannya sejak 14 tahun yang lalu, ia tetap menjadi pilihan popular untuk kereta terpakai di negara ini. Bahkan disebabkan permintaan yang tinggi itulah, ia turut menyumbang kepada peningkatan kes kecurian model kereta ini.

    Selain model Proton Wira, empat model kereta lain yang kerap menjadi ‘tumpuan’ penjenayah adalah Perodua Kancil, Perodua Myvi, Proton Iswara dan juga model Toyota Hilux!

    Tips elak kereta dicuri

    Berikut antara beberapa tips penting bagi mengelakkan kereta anda dicuri penjenayah:

    1. Pastikan kereta sentiasa berkunci

    Sama ada anda ingin meninggalkan kereta dalam tempoh yang sekejap atau lama, sila pastikan kereta anda sentiasa dikunci ya. Ingat, kecurian kereta boleh berlaku dalam sekelip mata!

    1. Jangan sesekali tinggalkan barang berharga 

    Ada yang masih berdegil apabila berani meletakkan barang-barang berharga dan mewah di dalam kereta mereka. Contoh paling mudah adalah beg tangan atau laptop. Walaupun hanya untuk jangka masa yang singkat, kereta anda boleh dijadikan sasaran oleh pencuri untuk memecahkan kereta anda.

    Jika terpaksa juga meninggalkannya, sila pastikan barang itu betul-betul berada di tempat yang tersorok contohnya di bawah kerusi atau bonet kereta. Yang penting, sila pastikan tiada sesiapa nampak anda sedang menyorokkan barang di dalam kenderaan anda itu ya!

    1. Elak parkirkan kereta di tempat tersorok

    Penjenayah gemar untuk melakukan jenayahnya di kawasan atau tempat yang sunyi dan jauh daripada perhatian orang ramai. Jadi, amat penting untuk anda meletakkan kenderaan anda di tempat yang tidak tersorok dan mudah dilihat oleh ramai orang. 

    1. Halakan tayar kereta pada bendul atau dinding tempat parking

    Dengan menghalakan tayar kereta anda ke arah bendul atau dinding tempat parkir, ia akan menyukarkan penjenayah untuk mencuri kereta anda dengan menggunakan kereta trak tunda.

    Kenderaan dicuri, ini cara claim insuran kereta!

    1. Segera pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis
    2. Berikan butiran maklumat yang lengkap mengenai kereta anda
    3. Kemudian, hubungi syarikat insurans anda untuk melaporkan kejadian tersebut
    4. Isi borang tuntutan dengan lengkap berserta dokumen penting
    5. Serahkan dokumen yang diperlukan kepada penyedia insurans anda dalam masa 7 hari. Dokumen tersebut termasuklah;
    • Borang tuntutan yang lengkap diisi dan ditandatangani
    • Salinan laporan polis
    • Salinan kad pengenalan / salinan Kad Pendaftaran Peniagaan
    • Salinan lesen memandu pemandu
    • Salinan geran kereta

    Perlu anda tahu, tempoh bagi mendapatkan pampasan boleh berlangsung dengan agak lama iaitu selama 6 bulan ataupun sehingga siasatan tamat. Jadi, sila pastikan anda sentiasa berhubung dengan syarikat insurans semasa siasatan polis berjalan bagi mengelakkan sebarang masalah atau kelewatan yang tidak sepatutnya.

    Siapakah yang layak claim insuran apabila kereta dicuri?

    Tidak semua pemegang polisi/ mangsa layak untuk claim insurans bagi kejadian seperti ini ya. Hanya pemilik kenderaan yang memegang polisi komprehensif atau polisi insurans pihak ketiga, kecurian dan kebakaran sahaja boleh mengemukakan tuntutan ini. Dalam pada itu, pastikan juga insurans masih aktif bagi memastikan claim insurans tidak ditolak!

    Hanya bateri kereta dicuri, bolehkah saya claim insurans?

    Jawapan ringkasnya adalah ya. Jika anda memiliki perlindungan insurans kereta 1st party, syarikat insurans anda mungkin akan melindungi kehilangan bateri kereta anda akibat dicuri dan juga kerosakan lain pada kenderaan. 

    Namun begitu, sila nilaikan terlebih dahulu sebelum terus claim insurans bagi mengelakkan sebarang kerugian terhadap diri anda. 

    Jika jumlah deductible dalam polisi komprehensif anda adalah lebih tinggi daripada kos untuk menggantikan bateri, maka secara amnya mungkin tidak berbaloi untuk anda failkan tuntutan insurans. Ini kerana sebaik sahaja tuntutan dibuat, ia akan turut mempengaruhi kadar NCD insurans kereta semasa anda, dan seterusnya akan membuatkan premium insurans kereta anda kembali mahal di tahun berikutnya.

    Namun, jika hud kereta anda turut rosak teruk seperti kemek dan calar akibat perbuatan pencuri, maka anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk claim insurans anda.

    Jadi sebelum ingin membuat tuntutan, anda digalakkan untuk menentukan dahulu kos bateri baharu dan dapatkan quotation untuk sebarang pembaikan lain. Bandingkan jumlah tersebut dengan deductible insurans kereta anda untuk memutuskan sama ada berbaloi memfailkan tuntutan insurans.

    Renew insurans dengan pelan terbaik

    Anda dinasihatkan untuk sentiasa memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans komprehensif atau pihak ketiga, kecurian dan kebakaran (TPFT) bagi memastikan claim insurans boleh dibuat jika kenderaan anda dicuri.

    Jika situasi malang ini berlaku dan anda layak untuk mendapat pampasan, maka lakukan proses tuntutan yang betul dengan mengikut cara claim insuran kereta bagi kecurian kenderaan seperti yang dikongsikan di atas.

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: