Skip to content
Home » Cara Nak Hidupkan Roadtax Motor Yang Dah Lama Mati

Cara Nak Hidupkan Roadtax Motor Yang Dah Lama Mati

    roadtax motor lama - cover

    Pasti ada diantara ahli keluarga atau kenalan anda yang tengah mencari cara atau pun sedang mencari jawapan kepada persoalan berkenaan macam mana cara nak hidupkan roadtax motor yang sudah lama tamat tempoh.

    Perkara ini sebenarnya sering terjadi atas pelbagai faktor antaranya ialah motosikal dah rosak lama tapi nak perbaiki dan guna balik, terlupa roadtax dah mati, tangguh nak perbaharui cukai jalan, dan macam-macam lagi.

    Sebenarnya ada caranya untuk hidupkan cukai jalan motosikal yang dah lama mati ini. Mudah sahaja kalau anda dah pernah buat atau pun tahu segala prosedur urusan pembaharuan cukai jalan motosikal ini. Terus baca artikel ini untuk ketahui caranya.

    Cara renew cukai jalan motosikal yang dah mati kurang 3 tahun

    Motosikal yang cukai jalannya telah tamat tempoh kurang dari 3 tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebelum boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans mereka.

    Ini kerana, bermula pada 4 September 2020 yang lalu kerajaan telah memberi pengecualian kepada pemilik kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh kurang dari 3 tahun untuk tidak perlu menghantar motosikal mereka ke PUSPAKOM. Sebagai contoh, jika cukai jalan motosikal lama anda itu telah tamat tempoh selama setahun setengah, anda boleh terus memperbaharuinya seperti biasa. Dengan syarat, tidak melebihi tempoh 3 tahun yang telah ditetapkan.

    Cara renew cukai jalan motosikal yang dah mati lebih 3 tahun

    Jika cukai jalan motosikal anda sudah tamat tempoh melebihi 3 tahun, anda tidak boleh memperbaharuinya seperti biasa. Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti sebelum boleh memperbaharuinya.

    1. Buat janji temu dengan PUSPAKOM

    Anda perlu membuat janji temu dengan PUSPAKOM sebelum anda hadir bersama dengan motosikal anda ke PUSPAKOM untuk membuat pemeriksaan. Untuk membuat janji temu, anda boleh membuatnya secara online dengan melayari laman web PUSPAKOM atau pun boleh terus hubungi pejabat PUSPAKOM yang terdekat untuk menempah slot janji temu. Bayaran yang akan dikenakan untuk membuat pemeriksaan terhadap motor anda adalah sebanyak RM20 sahaja.

    2. Pastikan motor anda lengkap dan berada dalam keadaan baik

    Bagi memastikan motosikal anda lulus daripada pemeriksaan tersebut, disarankan agar anda periksa dan perbaiki segala kerosakan yang terdapat pada motosikal anda khususnya kerosakan yang jelas seperti lampu signal, cermin sisi, nombor plat dan lain-lain lagi.

    3. Dapatkan permit perjalanan sementara

    Untuk mengelakkan anda daripada disaman, anda dinasihatkan untuk memohon permit perjalanan sementara. Ini kerana, anda perlu menunggang motosikal anda yang mempunyai cukai jalan tamat tempoh itu untuk ke PUSPAKOM.

    Jika motosikal anda tiada cukai jalan, dan tiba-tiba semasa anda memandu ke PUSPAKOM itu anda ditahan oleh penguatkuasa, anda telah melanggar undang-undang jalan raya dan boleh disaman. Permit ini sebenarnya mudah sahaja nak mohon. Anda boleh mendapatkan permit ini di cawangan JPJ berdekatan anda. Perlu diingat bahawa permit ini umpama seperti cukai jalan berdurasi 1 hari dan hanya boleh digunakan sekali sahaja.

    4. Pemeriksaan di PUSPAKOM

    Setelah tiba hari janji temu tersebut, anda disarankan untuk hadir tepat pada waktu yang telah anda pilih. Motosikal anda akan terus diperiksa oleh pegawai PUSPAKOM. Jika motosikal anda lulus pemeriksaan tersebut, anda akan terus mendapat laporan pemeriksaan pada hari yang sama.

    Namun jika motosikal anda gagal dalam pemeriksaan tersebut, anda dikehendaki untuk membaiki perkara yang gagal itu dan buat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari.

    Renew roadtax dan beli insurans di BJAK

    Bagi memastikan anda tidak mengalami seperti perkara yang di atas, anda boleh cuba untuk memperbaharui roadtax dan beli insurans motosikal anda di BJAK. BJAK ialah platform insurans nombor 1 di Malaysia. BJAK menawarkan perbandingan sebanyak 23 syarikat insurans.

    Anda juga pasti akan sentiasa ingat bila anda perlu untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans anda kerana BJAK akan mengingatkan anda. Paling penting, urusan untuk siap memperbaharui cukai jalan dan insurans ini hanya siap dalam masa 5 minit sahaja. Jika anda inginkan maklumat lanjut, hanya perlu klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: