Skip to content
Home » Perbaharui Cukai Jalan Bulan Ini Untuk Jimat 2% Cukai SST

Perbaharui Cukai Jalan Bulan Ini Untuk Jimat 2% Cukai SST

    Jimat 2% SST - cover

    Jika anda merupakan pemilik kenderaan yang ingin merasai penjimatan cukai SST sebanyak 2%, anda disarankan untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan anda bulan ini. Hal itu adalah disebabkan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal dinaikkan kepada 8% berbanding 6% pada sebelum ini.

    SST adalah cukai yang dikenakan ke atas jualan barang tertentu dan perkhidmatan ditawarkan peniaga kepada pengguna bermula 1 Mac ini. Antara sektor yang akan terkesan dalam kenaikan cukai SST ini adalah sektor logistik.

    Disebabkan itu, pemilik kenderaan pastinya akan merasai kenaikan caj apabila nak memperbaharui cukai jalan kenderaan nanti. Oleh yang demikian, perbaharui cukai jalan anda bulan ini sebelum terlambat. Teruskan membaca untuk mengetahui dekat mana nak perbaharui cukai jalan serta cara nak memperbaharuinya.

    Apa itu SST?

    Sebelum kita pergi ke cara nak perbaharui cukai jalan, wajib untuk anda tahu berkenaan apa itu SST. Ini kerana, sebagai rakyat Malaysia, semua orang pastinya akan terkesan dengan sebarang perubahan contohnya kenaikan kadarnya. SST (Sales and Service Tax) atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan. Cukai ini merupakan sistem cukai yang wujud di dunia dan sedang digunakan dalam sistem percukaian di Malaysia kini.

    SST ini pada asalnya digunakan oleh Kerajaan Malaysia, namun telah dimansuhkan dan digantikan oleh GST iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) pada 1 April 2015 dengan kadar standard 6%.Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk memansuhkan dan menggantikannya semula dengan SST.

    Perbaharui cukai jalan secara offline

    Walaupun masih terdapat alternatif pembaharuan secara online, perkhidmatan pembaharuan secara tradisional iaitu secara offline masih lagi ditawarkan kepada pengguna.

    Renew di Pejabat Pos

    Setelah anda selesai memperbaharui insurans kenderaan anda, anda boleh terus berkunjung ke mana-mana cawangan Pejabat Pos untuk memperbaharui cukai jalan anda.

    Anda hanya perlu bawa kad pengenalan anda sahaja. Tidak perlu bawa dokumen lain termasuk nota perlindungan insurans untuk memperbaharui cukai jalan anda. Maklumat anda (pengesahan anda telah memperbaharui insurans) akan secara automatik dikemaskini dalam sistem bagi membolehkan anda memperbaharui cukai jalan di Pejabat Pos.

    Renew di cawangan JPJ

    Jika roadtax motosikal anda sudah tidak dihidupkan melebihi tempoh 3 tahun, maka anda wajib untuk memperbaharui roadtax bagi motor anda itu di cawangan JPJ. 

    Tiada sebarang dokumen diperlukan, anda hanya perlu mengemukakan MyKad apabila memperbaharui roadtax di JPJ.

    Perbaharui cukai jalan secara online

    Selain daripada pembaharuan secara tradisional, anda juga mempunyai pilihan untuk memperbaharuinya secara online. Jika anda tidak mempunyai masa atau pun malas nak keluar rumah, anda boleh pilih untuk perbaharui cukai jalan anda secara online. Terdapat pelbagai platform menyediakan perkhidmatan pembaharuan ini antaranya adalah seperti berikut:

    Renew di MySikap

    Pemilik kenderaan sebenarnya boleh menggunakan MySikap untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka sekiranya mereka tidak mahu untuk memperbaharuinya secara tradisional. Aplikasi MySikap dibangunkan oleh JPJ untuk memudahkan urusan orang ramai. Selain daripada urusan memperbaharui cukai jalan, terdapat pelbagai lagi urusan lain yang terdapat di dalam MySikap antaranya ialah tukar hak milik kenderaan, beli nombor plat, semak saman trafik dan banyak lagi.

    Ikut langkah di bawah ini untuk tahu cara memperbaharui cukai jalan di MySikap.

    Walau bagaimanapun, anda sudah tidak perlu untuk mengambil roadtax anda sperti yang dinyatakan dalam jadual di atas kerana, cukai jalan kini terdapat dalam bentuk digital. Jadi, selepas sahaja anda siap mengikuti semua langkah di atas, anda hanya perlu log masuk ke aplikasi MyJPJ dan semak cukai jalan digital anda di sana.

    Renew di BJAK

    Selain daripada insurans, anda juga boleh terus memperbaharui roadtax anda di Bjak. Ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini untuk tahu cara renew roadtax dan insurans di platform kami:

    Sama juga seperti di MySikap, cukai jalan anda tidak perlu diambil atau dihantar kepada anda, ini kerana setelah anda memperbaharuinya, anda akan terus mendapat cukai digital melalui aplikasi MyJPJ.

    Anda juga turut boleh membayar secara ansuran di BJAK. Pembayaran ansuran di BJAK juga boleh dibuat sehingga 12 bulan. Untuk mengetahuinya, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: