Skip to content
Home » Ini Cara Nak Sambung Roadtax Online

Ini Cara Nak Sambung Roadtax Online

    cara sambung roadtax - cover

    Kehidupan yang semakin sibuk membuatkan ramai orang terpaksa menangguhkan daripada menyelesaikan pelbagai urusan-urusan penting. Ada juga yang apabila sudah menangguhkan urusan itu, terus terlupa untuk melakukannya.

    Namun begitu, dengan kemajuan teknologi yang dikecapi di dunia pada zaman ini, pelbagai urusan telah dapat diselesaikan dengan mudah. Ini kerana, sebagai contoh, pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta di Malaysia sudah pun boleh diselesaikan secara online menggunakan telefon bimbit. Antaranya ialah perkhidmatan untuk pembaharuan lesen memandu, pembaharuan cukai jalan, beli makanan dan macam-macam lagi.

    Bila bercakap berkenaan cukai jalan atau roadtax ini, dahulunya kita sering menyelesaikan dengan harus pergi kaunter fizikal. Tapi kini sudah tidak lagi. Urusan untuk sambung roadtax online pun boleh diselesaikan. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui proses, kelebihan dan apa itu cukai jalan.

    Cukai jalan atau roadtax

    cukai jalan adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan bermotor di Malaysia. Cukai ini adalah salah satu sumber pendapatan utama kerajaan untuk membiayai pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur jalan serta kemudahan pengangkutan awam. Cukai jalan ini akan dibayar kepada pihak berkuasa kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar kerajaan dapat mengekalkan keadaan jalan yang baik di seluruh negara.

    Kadar cukai jalan ini adalah bersifat tetap dan tidak berubah, cumanya ia dibezakan oleh nilai insurans kenderaan anda sahaja. Tempoh pembaharuan cukai jalan pula boleh dibuat untuk tempoh 6 bulan atau 12 bulan bergantung kepada pilihan masing-masing.

    Proses sambung roadtax online

    Sambung roadtax online adalah satu proses yang mudah dan pantas. Berikut adalah langkah-langkahnya:

    1. Akses Laman Web Rasmi:

    Layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia atau laman web syarikat insurans yang sah untuk memulakan proses ini. Pastikan laman web yang anda gunakan adalah selamat dan mempunyai sijil keselamatan yang sah.

    2. Masukkan Butiran Kenderaan:

    Isikan maklumat butiran kenderaan anda, termasuk nombor pendaftaran kenderaan dan butiran pemilik.

    3. Semak maklumat:

    Semak semula butiran yang dimasukkan untuk memastikan ketepatan. Pastikan bahawa semua maklumat adalah betul sebelum anda teruskan ke langkah seterusnya.

    4. Pilih tempoh pembaharuan:

    Pilih tempoh pembaharuan yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh memilih untuk memperbaharui roadtax anda untuk satu tahun atau tempoh yang lebih panjang bergantung kepada keperluan dan bajet anda.

    5. Pembayaran online:

    Gunakan kaedah pembayaran yang disediakan untuk membuat pembayaran roadtax secara atas talian. Pastikan akaun bank anda mencukupi untuk pembayaran ini.

    6. Simpan salinan pengasahan:

    Selepas pembayaran berjaya, simpan salinan pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran. Anda juga boleh mencetaknya untuk rekod peribadi.

    Kelebihan Sambung Roadtax Online

    1. Mudah dan cepat

    Proses ini memakan masa yang sangat kurang berbanding dengan cara konvensional. Anda boleh menyelesaikan semua langkah dengan beberapa klik sahaja, menjimatkan masa dan tenaga anda.

    2. Berurusan tanpa perlu ke kaunter fizikal

    Anda tidak perlu menghadiri kaunter JPJ atau mana-mana pejabat insurans secara fizikal. Semua urusan boleh diselesaikan dari keselesaan rumah atau pejabat anda.

    3. Boleh diakses 24/7

    Khidmat ini boleh diakses pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna yang mungkin mempunyai jadual yang sibuk.

    4. Peringatan untuk pembaharuan

    Sistem ini juga sering memberikan peringatan pembaharuan melalui e-mel atau notifikasi telefon, membantu pemilik kenderaan untuk mengelakkan penalti kerana roadtax luput.

    Renew roadtax sebelum tamat tempoh

    Pastikan anda sentiasa mengikuti peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jangan biarkan kenderaan anda dipandu tanpa memiliki roadtax serta insurans kenderaan yang sah. Ingat, kesalahan anda memandu tanpa kedua-dua dokumen penting ini akan menyebabkan anda berdepan tindakan saman tidak kurang RM300!

    Dengan adanya platform yang akan memudahkan anda untuk renew dan bayar roadtax online seperti Bjak, ia pastinya akan memudahkan lagi urusan anda. Jadi, buat sekarang jika sudah tamat tempoh. Jadilah pemilik kenderaan yang bertangunggjawab setiap masa ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: