Skip to content
Home » Ini Pentingnya Pastikan Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Sentiasa Aktif

Ini Pentingnya Pastikan Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Sentiasa Aktif

    cukai jalan aktif - cover

    Sebagai pemilik kenderaan di Malaysia, anda diwajibkan untuk memastikan bahawa cukai jalan serta insurans kenderaan anda sentiasa dalam keadaan aktif. Ini kerana, selain mematuhi tuntutan undang-undang, cukai jalan dan insurans kenderaan juga mellibatkan tanggungjawab sosial dan keselamatan diri.

    Cukai jalan dan insurans kenderaan ini bukan direka secara membuta tuli tanpa ada sebarang fungsi. Ia sebenarnya direka untuk melindungi pengguna jalan raya. Disebabkan itu ia perlu termaktub di bawah undang-undang. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan berkenaan kenapa kedua-dua cukai jalan dan insurans kereta ini perlu dipastikan supaya ia tidak tamat tarikh luput. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca.

    Kepentingan undang-undang

    Menurut undang-undang di Malaysia, setiap kenderaan yang berada di jalan raya perlu mempunyai cukai jalan yang sah. Cukai jalan adalah satu bentuk lesen untuk mengendalikan kenderaan di jalan raya dan memastikan pemiliknya membayar cukai mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya cukai jalan tamat tempoh, pemilik kenderaan boleh dikenakan denda dan tindakan undang-undang yang lebih serius.

    Insurans sebagai perlindungan

    Insurans kereta adalah suatu bentuk perlindungan terhadap kerugian dari segi kewangan akibat kemalangan atau kehilangan kenderaan. Pastikan insurans kereta anda sentiasa aktif adalah penting kerana ia melibatkan kebajikan diri sendiri, penumpang, dan juga orang lain yang mungkin terlibat dalam kemalangan. Sekiranya insurans tamat, pemilik kenderaan akan terdedah kepada risiko kewangan yang besar jika berlaku kemalangan.

    Tanggungjawab sosial

    Memastikan cukai jalan dan insurans kereta anda sentiasa aktif juga merupakan satu bentuk tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Apabila seseorang memandu dengan cukai jalan dan insurans yang sah, ini bermaksud mereka turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara dan memastikan kestabilan dalam sistem pengangkutan awam.

    Keselamatan jalan raya

    Cukai jalan dan insurans yang sah bukan hanya sekadar untuk patuh dengan undang-undang, tetapi juga penting untuk keselamatan jalan raya. Insurans memberikan perlindungan dari segi kewangan dalam kes kecemasan seperti kemalangan. Sekiranya semua pemandu memastikan bahawa insurans mereka sentiasa aktif, ia secara tidak langsung akan dapat membantu mencegah daripada terbeban dengan jumlah kos yang perlu dibayar selepas kemalangan.

    Mengelakkan masalah undang-undang dan denda

    Pemilik kenderaan yang tidak mengendalikan cukai jalan dan insurans kereta dengan betul mungkin akan menghadapi masalah undang-undang dan denda yang boleh memberi kesan terhadap kewangan dan reputasi mereka. Cara nak elakkan masalah ini sebenarnya mudah sahaja. Hanya perlu pastikan kedua-dua cukai jalan dan insurans kenderaan sentiasa aktif sahaja.

    Secara keseluruhannya, memastikan cukai jalan dan insurans kereta sentiasa tidak melepasi tarikh luput adalah satu tanggungjawab yang perlu ada pada setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Selain daripada mematuhi undang-undang, ia juga melibatkan aspek keselamatan, tanggungjawab sosial, dan perlindungan dari sudut kewangan. Dengan memahami dan mengamalkan kepentingan ini, kita akan dapat menjadikan jalan raya di Malaysia tempat yang lebih selamat.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: