Skip to content
Home » Kelebihan & Kekurangan Bayar Ansuran Untuk Renew Insurans Kereta

Kelebihan & Kekurangan Bayar Ansuran Untuk Renew Insurans Kereta

    ansurans insurans - cover

    Antara komitmen yang perlu ditanggung oleh semua pemilik kenderaan adalah membayar insurans tahunan dan memperbaharui cukai jalan. Setiap pemilik kereta di Malaysia pastinya berkongsi perkara yang sama iaitu perlu mengeluarkan beratus ringgit duit dari poket sendiri untuk membayar insurans kereta dan cukai jalan tamat tempoh.

    Memandangkan harga insurans secara keseluruhan boleh menjadi agak tinggi, tidak hairanlah mengapa masih ada orang yang mempunyai bajet yang agak kecil sering berlengah untuk memperbaharui insurans.  Mujur, perkara itu kini boleh diatasi dengan kemudahan sistem paylater yang membolehkan orang ramai membeli insurans secara ansuran. Di sebalik populariti sistem tersebut, pelan ansuran ini tidak sesuai untuk semua orang kerana ia mempunyai kelebihan dan keburukannya. Di sini, kami akan berkongsi sama ada anda perlu mempertimbangkan untuk memperbaharui insurans kereta anda menggunakan pelan insurans atau tidak.

    Apa itu Buy Now Pay Later?

    Bagi yang belum tahu, Buy Now Pay Later, atau singkatannya BNPL, ialah perkhidmatan kewangan yang membolehkan pengguna membuat pembayaran secara ansuran untuk tempoh masa tertentu bagi membuat pembelian dalam talian dan luar talian.

    Tempoh pembayaran balik bergantung kepada platform BNPL yang digunakan. Ia kebiasaannya mempunyai tempoh minimum 3 bulan hingga ke 12 bulan maksimum. Sesetengah platform menawarkan beberapa pilihan untuk tempoh pembayaran balik, manakala yang lain tetap.

    Sebagai contoh, Atome, ShopBack dan Grab mempunyai tempoh ansuran tetap masing-masing 3 dan 4 bulan, manakala Shopee menawarkan pilihan 2, 3, 6 dan 12 bulan untuk penggunanya.

    Kebaikan BNPL

    Seperti yang sedia maklum, guna BNPL sebagai kaedah pembayaran pembaharuan insurans dan cukai jalan sebenarnya banyak manfaatnya. Beberapa daripadanya termasuk:

    • Mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu mendaftar dan mengesahkan butiran anda untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
    • Anda tidak memerlukan kad kredit untuk menggunakan kaedah pembayaran ini.
    • Pembayaran balik automatik (bayaran ditolak terus daripada kad bank anda)
    • Kebanyakan perkhidmatan BNPL menawarkan kadar faedah 0% dan jarang mempunyai caj tersembunyi.

    Keburukan BNPL

    Di sebalik kebaikan, perkhidmatan BNPL juga mempunyai beberapa kelemahan. Paling jelas sekali yang boleh nampak adalah caj pembayaran lewat dan kesannya ke atas kelayakan kredit serta akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk membayar balik:

    • Anda akan dikenakan caj pembayaran lewat yang tinggi jika anda tidak membuat pembayaran balik tepat pada masanya.
    • Laporan skor kredit anda akan terjejas jika anda gagal membayar balik ansuran tepat pada masanya.

    Guna BNPL untuk perbaharui insurans

    Seperti mana-mana perkhidmatan kewangan, BNPL mempunyai kebaikan dan keburukan, seperti yang dinyatakan di atas. Oleh itu, platform tersebut mungkin tidak sesuai digunakan untuk semua orang.  Anda boleh mempertimbangkan menggunakan pilihan ansuran untuk memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan jika anda sesuai dengan salah satu daripada kategori yang disenaraikan di bawah:

    Kekurangan bajet

    Perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian mempunyai banyak manfaat kerana ia dapat membantu ramai individu yang tidak mempunyai bajet untuk memperbaharui insurans mereka setiap tahun. Premium insurans boleh mencecah sehingga ribuan ringgit untuk kereta baharu, dan orang yang mempunyai bajet yang tidak banyak mungkin tidak ada duit yang cukup untuk membayarnya.

    Pada masa seperti inilah, pembayaran secara ansuran boleh jadi sangat berguna untuk mengurangkan beban kewangan mereka. Sesiapa yang bergelut untuk menangani jumlah bil yang tinggi perlu mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan BNPL bagi memastikan pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan mereka dilakukan tepat pada masanya.

    Anda mahu lebih jimat

    Kaedah pembayaran BNPL dapat membantu menjimatkan wang. Jika tempoh pembayaran balik anda adalah selama 3 bulan, anda hanya perlu membayar satu pertiga daripada jumlah keseluruhan untuk bulan pertama sahaja.

    Secara tidak langsung, ini membolehkan anda untuk jimat wang kerana anda tidak perlu risau untuk membayar secara penuh. Dengan perkhidmatan BNPL, anda boleh mengurus kewangan anda dengan lebih baik dan mengutamakan pelbagai perbelanjaan lain.

    Nikmati pembayaran balik tanpa faedah

    Ia adalah perkara biasa untuk kebanyakan pelan ansuran datang dengan beberapa bentuk faedah. Namun kebanyakan perkhidmatan BNPL menyediakan kemudahan untuk membayar balik bil anda pada kadar faedah 0%. Pembaharuan insurans di Bjak boleh dinikmati pada harga terendah tanpa caj tambahan untuk pembayaran tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, ingat bahawa pembayaran lewat akan dikenakan caj pembayaran lewat bergantung kepada setiap penyedia perkhidmatan BNPL.

    Dapatkan polisi terbaik

    Sesetengah pemilik kereta memilih untuk mendapatkan insurans pada harga yang rendah kerana mereka ingin menjimatkan wang. Tetapi dengan BNPL, anda mampu memilih polisi insurans terbaik untuk melindungi kereta anda, walaupun ia melebihi bajet anda.

    Memandangkan anda tidak perlu membuat pembayaran secara keseluruhan semasa pembaharuan, memiliki polisi yang anda hanya impikan kini boleh dilakukan. Jumlah keseluruhan akan dibahagikan kepada jumlah yang lebih kecil dan sama yang boleh anda selesaikan untuk tempoh tersebut, bergantung pada pembekal perkhidmatan.

    Ansuran untuk insurans kereta

    Memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan telah dipermudahkan untuk semua orang, terima kasih kepada kemudahan pembayaran ansuran yang mempermudahkannya. Walaupun perkhidmatan BNPL secara amnya berguna kerana ia mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan, kesesuaian menggunakan kaedah ini untuk pembaharuan insurans akhirnya bergantung pada keutamaan individu.

    Kami berharap maklumat ini akan membantu anda memutuskan sama ada kaedah ansuran adalah sesuatu yang perlu anda pertimbangkan untuk pembaharuan insurans anda yang seterusnya. Jika anda rasa ia sesuai untuk anda, sila layari Bjak.my untuk maklumat lanjut.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: