Skip to content
Home » Insuran Cermin Kereta – Apa Anda Kena Tahu Sebelum Claim Insurans!

Insuran Cermin Kereta – Apa Anda Kena Tahu Sebelum Claim Insurans!

    INSURAN CERMIN KERETA

    Ketika memperbaharui dengan insurans kereta 1st party, pemegang polisi digalakkan untuk menambah perlindungan insuran cermin kereta memandangkan ia antara komponen yang paling terdedah dengan risiko. Dengan memiliki perlindungan tambahan ini, syarikat insurans akan membantu membayar kerugian untuk menggantikan cermin kereta anda yang telah retak, tanpa memberi kesan kepada kadar NCD insurans kereta sedia ada anda.

    Premium untuk perlindungan tambahan bagi cermin kereta adalah sekitar 15% daripada jumlah diinsuranskan untuk cermin kereta. Jadi, andai kata harga untuk cermin kereta anda adalah RM800, anda perlu membayar tidak lebih daripada RM120 untuk premium perlindungan ini, setahun.

    Bagaimanapun, perlindungan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja sepanjang tempoh polisi.

    Cara membuat tuntutan insuran cermin kereta

    Cermin kereta anda pecah akibat kemalangan? Atau retak kerana terkena batu?

    Jangan risau, dengan adanya insuran cermin kereta, anda boleh sahaja menggantikannya di bengkel panel berdekatan tanpa menjejaskan kadar NCD anda itu.

    *Bagaimanapun, jika anda tiada insuran untuk cermin kereta, anda tetap boleh membuat tuntutan insurans di bawah tuntutan kerosakan sendiri, namun kadar NCD anda akan terjejas.

    Ini cara untuk anda membuat tuntutan insurans bagi penggantian cermin kereta yang telah pecah atau retak:

    1. Hantar kereta anda ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Sekiranya anda tidak pasti, segera hubungi talian awam syarikat insurans anda.
    2. Isi borang tuntutan di bengkel tersebut. Pastikan anda beritahu pekerja di bengkel bahawa anda ingin membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda.
    3. Selepas pembaikan, anda boleh bawa pulang kereta anda. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mana-mana caj pembaikan dan juga kos buruh.

    Anda perlu menyediakan beberapa dokumen bagi urusan prosedur tuntutan. Dokumen ini adalah keperluan bengkel yang akan membaiki cermin kereta anda. Kebiasaannya, pihak kedai yang akan berurusan terus dengan pihak insurans.

    Dokumen apa yang perlu anda sediakan?

    • Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
    • Lesen pemilik kereta (salinan)
    • Salinan geran kereta
    • Salinan nota perlindungan insurans kereta

    Adakah NCD saya akan hilang sekiranya membuat tuntutan cermin kereta?

    Jawapannya bergantung kepada sama ada anda ada perlindungan tambahan cermin kereta.

    Sekiranya anda ada beli perlindungan tambahan insuran cermin kereta, maka NCD anda tidak akan hilang.

    Sebaliknya jika anda tidak membeli perlindungan tambahan ini, NCD insurans anda akan hilang dan akan kembali kepada kadar 0%. Ini bermakna anda perlu membayar premium penuh bagi polisi insurans anda di tahun berikutnya.

    Dapatkan perlindungan insuran cermin kereta

    Insuran cermin kereta merupakan salah satu jenis perlindungan tambahan yang dimasukkan secara sukarela oleh pemegang polisi di dalam polisi insurans mereka. Perlindungan ini nanti akan membantu perbaiki dan menggantikan bahagian cermin kereta yang telah rosak. 

    insurans cermin kereta

    Peringatan: Jangan terlebih atau terkurang jumlah perlindungan

    Penting untuk anda ketahui jumlah harga untuk menggantikan cermin kereta anda agar anda dapat mengagak pembayaran jumlah insurans yang berpatutan. Pastikan anda tidak terlebih atau terkurang menerima jumlah perlindungan untuk cermin kereta anda. Mengapa?

    • Sekiranya anda terlebih menerima perlindungan insurans, anda hanya membazir kerana membayar jumlah premium yang berlebihan.
    • Tetapi jika anda terkurang menerima perlindungan insurans pula, anda harus mengeluarkan duit pula untuk menggantikan cermin kereta anda sekiranya kereta anda terlibat dalam kemalangan. Pihak insurans hanya akan menanggung kos takat jumlah yang diinsuranskan sahaja.

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: