Skip to content
Home » Perlindungan Semua Pemandu: Perlu atau Tidak?

Perlindungan Semua Pemandu: Perlu atau Tidak?

    Perlindungan semua pemandu

    Secara amnya, insurans kereta akan memberikan perlindungan kepada pemegang polisi dan pemandu yang dinamakan. Ini bagi memastikan anda sebagai pemilik kereta tidak perlu mengeluarkan kos-kos tertentu bagi menampung kerugian atau kerosakan pada kenderaan. Namun, bagaimana pula jika kereta anda sering dipandu oleh orang lain yang tidak dinamakan di dalam polisi insuran kereta? Perlu atau tidak untuk anda dapatkan juga perlindungan semua pemandu? Ketahuinya dalam artikel ini.

    Siapakah yang boleh memandu kereta anda?

    Hanya orang yang dibenarkan anda boleh memandu kereta anda

    Sebelum pergi lebih lanjut, adakah anda tahu siapa yang boleh memandu kereta anda?

    Umumnya, hampir sesiapa sahaja boleh memandu kereta anda namun dengan syarat pemandu tersebut mestilah:

    1. mempunyai lesen yang sah bagi memandu kelas kereta yang berkenaan, dan tidak hilang kelayakan memandu dari segi undang-undang
    2. mendapat kebenaran daripada pemilik kenderaan untuk memandu
    3. mematuhi semua terma dan syarat polisi insurans (sila rujuk pada polisi insurans anda)

    Lihat pada syarat kedua yang dinyatakan di atas: Pemandu mestilah mendapat kebenaran pemilik kenderaan (anda) untuk memandu kereta anda. Ini bermaksud, untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi oleh pihak insurans, individu yang memandu kereta anda mestilah dinamakan.

    Ini boleh dilakukan dengan mendapatkan perlindungan tambahan sama ada (1) perlindungan pemandu yang dinamakan (named driver), atau (2) perlindungan semua pemandu (all drivers).

    Perbezaan antara perlindungan“pemandu yang dinamakan” dan “semua pemandu”

    Perbezaan antara pemandu dinamakan dan semua pemandu

    Umumnya, perlindungan “pemandu yang dinamakan” adalah terhad kepada pemandu yang dinamakan sahaja. Perlindungan “semua pemandu” pula merangkumi semua pemandu yang mendapat kebenaran anda untuk memandu kereta anda.

    Pemandu yang dinamakan – Perlindungan tambahan ini meluaskan polisi kereta anda untuk melindungi pemandu kereta anda yang dinamakan. Pada kebiasaannya, syarikat insurans mahupun takaful memberikan dua pemandu pertama (termasuk anda) secara percuma. Untuk menambah pemandu ketiga dan seterusnya, anda akan dicaj RM10 untuk setiap pemandu yang dinamakan.

    Semua pemandu – Perlindungan tambahan ini meluaskan polisi kereta anda untuk melindungi semua pemandu yang memandu kenderaan anda. Anda hanya perlu menambah sebanyak RM50 untuk mendapatkan perlindungan tambahan semua pemandu.

    Mana yang lebih bagus?

    Adalah lebih menjimatkan sekiranya anda mengambil perlindungan tambahan semua pemandu. Anda hanya perlu menambah sebanyak RM50 bagi perlindungan semua pemandu, berbanding RM10 untuk setiap pemandu yang dinamakan (pemandu ketiga dan seterusnya) ke dalam polisi anda.

    Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah insurans seperti Takaful Malaysia dan Etiqa Takaful yang memberikan manfaat perlindungan semua pemandu tanpa sebarang kos tambahan. Jadi, teliti, fahami dan lihat manfaat-manfaat yang disediakan oleh setiap syarikat sebelum anda memperbaharui insurans.

    Kesan tidak mengambil perlindungan ‘pemandu yang dinamakan’ atau ‘semua pemandu

    Anda akan dikenakan ekses jika pemandu yang mengakibatkan kemalangan tidak dinamakan di dalam polisi

    Sekiranya anda tidak mengambil perlindungan tambahan “pemandu yang dinamakan” atau “semua pemandu,” dan ditakdirkan kereta yang dipandu oleh individu tidak dinamakan dalam polisi terlibat dengan kemalangan, insurans anda masih akan memberi perlindungan sama ada dari segi pembaikan kereta atau pembayaran pampasan.

    Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan ekses wajib sebanyak RM400 memandangkan individu yang memandu kereta anda ketika kejadian tidak dinamakan dalam jadual polisi.

    Ilustrasi: Kereta anda dipandu oleh rakan anda yang tidak dinamakan sebagai “pemandu yang dinamakan” dalam polisi insurans anda. Anda juga tidak mengambil perlindungan “semua pemandu.” Ditakdirkan kereta anda kemalangan ketika dipandu oleh rakan tersebut dan kos pembaikan kereta anda ialah sebanyak RM10,000. Anda wajib membayar RM400 sebagai ekses, manakala insurans anda akan menanggung kos selebihnya berjumlah RM9,600.

    Cara tambah perlindungan semua pemandu

    Mudah sahaja untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini. Anda boleh membeli perlindungan tambahan semua pemandu atau perlindungan untuk pemandu tambahan yang dinamakan ketika memperbaharui insurans sama ada secara terus dengan syarikat insurans mahupun melalui ejen.

    Ketahui cara untuk renew insurans kereta dalam artikel yang pernah dikongsikan sebelum ini.

    Dapatkan perlindungan tambahan insurans kereta di Bjak

    Jadi ingat, sebelum anda benarkan sesiapa gunakan kereta anda, semak dahulu sama ada insurans kereta anda meliputi perlindungan semua pemandu, atau sekurang-kurangnya pemandu tersebut dinamakan dalam polisi insurans anda. Ini untuk mengelakkan anda daripada menanggung ekses sebanyak RM400 sekiranya kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan.

    Tak susah pun nak tambah perlindungan semua pemandu secara online. Renew dulu insurans kereta anda di Bjak untuk perlindungan dan harga terbaik dan dapatkan perlindungan tambahan ini untuk lebih selamat.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: