Skip to content
Home » Akibat Memandu Tanpa Insurans Kenderaan Yang Sah

Akibat Memandu Tanpa Insurans Kenderaan Yang Sah

    memandu tanpa insurans - cover

    Memandu dengan insurans kenderaan yang masih sah dan aktif adalah merupakan tanggungjawab setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Insurans kenderaan meliputi banyak jenis. Paling banyak dilanggan adalah insurans kereta dan motosikal. Tanpa insurans kenderaan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah dan risiko.

    Ini kerana, insurans kenderaan telah termaktub di dalam undang-undang dan peraturan jalan raya di Malaysia. Kegagalan untuk memastikan ia masih sah dan aktif boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, masih ada lagi individu yang memilih untuk mengabaikan perkara penting ini. Tanpa disedari, ia akan mendatangkan pelbagai risiko dan akibat yang mungkin mereka terpaksa hadapi di kemudian hari.

    Disebabkan itulah, setiap pemilik kenderaan harus peka dan tahu berkenaan akibat yang bakal ditanggung sekiranya masih berdegil. Artikel ini akan berkongsikan berkenaan akibat tersebut. Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.

    Keperluan insurans kenderaan

    Insurans kenderaan adalah perlindungan penting bagi pemilik kenderaan dan juga pihak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ia meliputi kos rawatan perubatan, pembaikan atau penggantian kenderaan, dan tuntutan undang-undang yang mungkin timbul akibat kemalangan. Dengan insurans yang sah, individu dan pihak lain dapat dilindungi daripada beban kewangan yang besar dalam kes kecemasan.

    Risiko memandu tanpa insurans kenderaan yang sah

    1. Kos Rawatan yang Tinggi: Tanpa insurans, kos rawatan perubatan selepas kemalangan mungkin menjadi tanggungjawab peribadi pemandu. Ini boleh termasuk kos hospital, rawatan perubatan, dan terapi pemulihan. Kos ini boleh menjadi sangat tinggi dan boleh menyebabkan tekanan kewangan yang serius pada individu yang terlibat.
    2. Kehilangan Harta Benda: Kemalangan jalan raya juga boleh menyebabkan kerosakan atau kehilangan kenderaan. Tanpa insurans, pemandu mungkin perlu menanggung sendiri kos pembaikan atau penggantian kenderaan yang rosak, yang boleh mencapai jumlah yang besar dan memberi beban kewangan yang sukar ditanggung.
    3. Tuntutan Undang-Undang: Di Malaysia, memandu tanpa insurans adalah satu kesalahan undang-undang. Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu yang tidak mempunyai insurans yang sah, termasuk denda yang besar, kenderaan ditunda, atau tindakan undang-undang yang lebih serius seperti penggantungan lesen memandu.
    4. Kesukaran Mendapat Insurans Kemudian: Selepas terlibat dalam kemalangan tanpa insurans, mendapatkan insurans kenderaan di masa hadapan boleh menjadi lebih sukar dan mahal. Pihak insurans mungkin menilai risiko sebagai lebih tinggi dan menetapkan premium yang lebih tinggi atau menolak untuk memberikan insurans sama sekali.

    Dapatkan insurans kenderaan di BJAK

    Bagi sesetengah orang yang suka menangguh untuk memperbaharui insurans kenderaan atau memilih untuk tidak mahu memperbaharuinya mungkin didorong oleh faktor harga insurans kereta dan motosikal yang terlalu mahal. Berita baik untuk anda, gunakan BJAK untuk mencari insurans kenderaan anda. Ini kerana, sebagai platform insurans kenderaan nombor 1 di Malaysia, BJAK menawarkan perkhidmatan perbandingan. Terdapat 23 jenama insurans yang telah siap dibandingkan untuk anda pilih. Daripada harga yang murah hinggalah ke mahal. Lebih menarik lagi jika anda mengalami masalah kewangan, anda boleh membeli insurans dengan membayar secara ansuran. Nak tahu bagaimana? Klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: