Skip to content
Home » Cara Hidupkan Roadtax Motor Lama

Cara Hidupkan Roadtax Motor Lama

    Cara hidupkan roadtax motor

    Ada tak dalam kalangan anda di sini yang miliki motosikal lama di rumah? Motor yang mungkin hanya digunakan untuk ke kedai, surau atau tempat kerja yang berdekatan dengan tempat tinggal?

    Jika ya, anda tetap perlu memastikan motor berkenaan miliki insurans dan roadtax yang sah ya. Ia sangat penting agar:

    • Anda boleh membuat tuntutan insurans jika berlaku kemalangan
    • Saman tidak dikenakan jika melalui sekatan jalan raya

    Namun untuk renew insurans mahupun roadtax untuk motor lama, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu dahulu.

    Renew roadtax motor lama?

    Mungkin masih ramai dalam kalangan pemilik motor lama yang mengambil ringan mengenai pembaharuan roadtax dan insurans kerana menganggap tiada apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

    Jadi, ada motor lama yang mungkin sudah dekat 5 tahun tidak miliki roadtax namun tetap digunakan di atas jalan raya.

    Sebenarnya ini satu kesalahan ya. Setiap motor waima jika kenderaan itu sangat jarang digunakan sekalipun wajib untuk memiliki roadtax yang sah. 

    Di samping tindakan saman yang mungkin dikenakan, ada juga perkara atau proses tertentu yang perlu dilalui jika pemilik kenderaan mula ingin memperbaharui roadtax setelah sekian lama tidak milikinya.

    Perlu buat pemeriksaan di PUSPAKOM

    Untuk pengetahuan anda, jika roadtax sudah lebih 3 tahun tidak diperbaharui, maka anda wajib untuk bawa dulu motor lama anda ke PUSPAKOM bagi melakukan pemeriksaan. Ini bagi memastikan bahawa motor lama anda itu masih selamat untuk digunakan di atas jalan raya dan tidak membahayakan penunggang, pembonceng serta pengguna jalan raya lain.

    Cara hidupkan roadtax motor lama

    Sebenarnya cara nak hidupkan roadtax bagi motor lama sama sahaja dengan proses pembaharuan roadtax bagi motor baru atau kenderaan lain.

    Renew insurans dulu

    Setelah selesai bawa motor anda untuk pemeriksaan PUSPAKOM, maka anda boleh teruskan dengan pembaharuan insurans dahulu untuk motor anda itu. Ingat, insurans adalah penting dan diperlukan untuk pembaharuan roadtax ya. Tanpa insurans, roadtax anda tidak akan dapat diproses sama sekali!

    Jika motor anda sudah terlalu lama, maka anda mungkin akan ditawarkan dengan polisi insurans pihak ketiga sahaja dan bukannya pelan komprehensif. Namun tidak mengapa, ia lebih baik berbanding jika motor anda tiada insurans langsung.

    Renew roadtax di JPJ

    Apabila sudah mengaktifkan semula insurans, anda bolehlah kunjungi mana-mana cawangan JPJ terdekat untuk perbaharui cukai jalan motosikal yang sudah lama tamat tempoh itu. Memandangkan roadtax bagi motor anda itu sudah lebih 3 tahun tidak diperbaharui, jadi anda tidak boleh melakukan pembaharuan roadtax secara online.

    Hanya bawa dokumen seperti IC dan ingat nombor pendaftaran kenderaan anda sahaja. Biasanya, proses pembaharuan roadtax di JPJ agak memakan masa berbanding online. Jadi, sila tunggu dengan penuh kesabaran ya memandangkan anda memerlukan roadtax untuk motor anda itu.

    Renew roadtax online

    Jika motor lama itu tidak memiliki roadtax kurang daripada 3 tahun, jadi anda boleh lakukan pembaharuan roadtax secara atas talian atau online.

    Cara ini sebenarnya lebih mudah dan tidak memakan masa. Bahkan, kini ada banyak platform yang menawarkan pembaharuan roadtax dan insurans sekaligus, seperti Bjak.

    Jika anda menggunakan Bjak, anda bukan sahaja berpeluang untuk jimat bagi insurans, tetapi juga boleh perbaharui dengan roadtax digital juga yang sememangnya lebih pantas dan mudah.

    Cara nak dapatkan roadtax digital di Bjak mudah sahaja. Ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini:

    Geran motor lama saya hilang, bolehkah renew roadtax?

    Jangan risau, anda tetap boleh perbaharui roadtax motor lama anda meskipun tanpa geran. Ini kerana anda tidak memerlukan/ membawa geran motor anda ketika ingin renew roadtax. 

    Namun jika geran motor lama anda hilang dan anda ingin dapatkannya semula, anda boleh kunjungi atau lakukan di mana-mana cawangan JPJ, kiosk JPJ atau bank yang meluluskan pinjaman motor anda (jika beli motor dengan pinjaman bank).

    Bolehkah saya renew roadtax untuk 6 bulan sahaja?

    Ya boleh. Anda boleh renew roadtax motor anda bagi tempoh 6 bulan sahaja. Bagaimanapun ia perlu diperbaharui lagi selepas tempoh 6 bulan itu tamat ya.

    Berikut dikongsikan harga roadtax motor mengikut cc (bagi tempoh pembaharuan 1 tahun) untuk rujukan anda:

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: