Skip to content
Home » Cara Renew Insurans Kereta Etiqa

Cara Renew Insurans Kereta Etiqa

    cara renew insurans kereta Etiqa

    Insurans kereta Etiqa merupakan antara jenama Takaful kenderaan yang terkemuka di Malaysia. Jika pada tahun ini anda sedang mempertimbang untuk mendapatkan perlindungan dengan penyedia takaful ini, jom teruskan membaca perkongsian di bawah bagi mengetahui cara renew insurans kereta Etiqa yang semestinya amat mudah dan dijamin selamat.

    Cara renew insurans kereta Etiqa

    Terdapat dua cara paling mudah untuk anda dapatkan perlindungan daripada penyedia Takaful Etiqa, iaitu:

    1. Menerusi laman web rasmi Etiqa

    Sudah tentu, antara cara yang paling ideal bagi mendapatkan perlindungan insurans kereta Etiqa adalah menerusi laman web rasmi Etiqa sendiri.

    Menerusi pembelian takaful kenderaan secara terus di laman web Etiqa, anda hanya perlu melalui 3 langkah yang sangat mudah seperti di bawah:

    Cara renew insurans di laman web Etiqa

    Apa yang menariknya, anda boleh mendapatkan rebat 10% dengan segera berserta penolakan NCD apabila renew online di website Etiqa. Ini bermakna, anda boleh mendapatkan lebih penjimatan dan diberikan harga yang lebin rendah ketika pembayaran akhir.

    b) Renew insurans kereta Etiqa di platform Bjak

    Selain di laman web Etiqa, kini anda juga boleh membeli pelan insurans takaful jenama ini menerusi platform insurans kenderaan terbesar di Malaysia, iaitu Bjak.

    Cara untuk renew takaful Etiqa di platform Bjak adalah sangat mudah, juga dengan 3 langkah sahaja iaitu:

    Cara renew takaful Etiqa di Bjak

    Dengan membuat pembaharuan insurans kereta Etiqa menerusi Bjak, anda sebagai pengguna bukan sahaja boleh mendapatkan roadtax sekaligus, bahkan juga anda boleh melakukan pembayaran secara ansuran sehingga 12 bulan!

    Manfaat renew dengan pelan Etiqa takaful

    Takaful insurans kereta Etiqa menawarkan perlindungan menyeluruh dan manfaat menarik untuk pengguna. Dengan mendapatkan pelan ini, anda bukan sahaja akan menerima perlindungan asas, bahkan juga berpeluang untuk menerima manfaat-manfaat di bawah ini:

    • Pengecualian excess – biasanya, syarikat insurans akan meminta anda untuk membayar sebahagian kos untuk kerosakan sendiri apabila terlibat dalam kemalangan. Dengan manfaat pengecualian excess yang diberikan Etiqa Takaful ini, maka anda (pemandu berusia 21 tahun ke atas) tidak perlu membayar sebahagian kos untuk kerosakan tersebut.
    • Perlindungan semua pemandu – pemegang sijil komprehensif akan menerima perlindungan untuk semua pemandu secara PERCUMA secara automatik.
    • Kereta ihsan percuma – Anda akan ditawarkan bantuan kereta ihsan percuma selama 14 hari sekiranya kereta anda sedang dibaiki di bengkel panel Etiqa selepas terbabit kemalangan. 

    Cara claim insurans kereta Etiqa

    Jangan bimbang, anda tidak akan melalui proses yang sukar khususnya membabitkan tuntutan insurans apabila mendapatkan perlindungan dengan pelan takaful ini.

    Prosedur-prosedur yang perlu dilakukan hanyalah:

    1. Segera hubungi talian hotline Etiqa di 1-300-88-1007 dalam tempoh 7 hari selepas insiden untuk maklumkan mereka tentang kejadian yang menimpa anda.
    2. Sediakan dokumen yang lengkap 
      1. Borang tuntutan Etiqa yang telah diisi
      2. Laporan polis (original)
      3. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kenderaan
      4. Geran kereta (salinan)
      5. Gambar insiden kemalangan dan kerosakan yang dialami pada kenderaan
      6. Surat polis yang menyatakan pihak mana yang dikompaun
    3. Buat tuntutan melalui email (claims@etiqa.com.my), Whatsapp di nombor +60327804677 atau melalui aplikasi Etiqa Auto Assist.

    Semoga bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: