Skip to content
Home » Cari Pelan Terbaik? Allianz Insurans Kereta Mungkin Jawapannya

Cari Pelan Terbaik? Allianz Insurans Kereta Mungkin Jawapannya

    insurans motor Allianz

    Sedang mencari pelan insurans komprehensif terbaik untuk kereta anda? Maka, kami cadangkan kepada anda untuk mencuba pelan perlindungan konvensional Allianz insurans kereta. 

    Insurans Motor Allianz menyediakan pelbagai manfaat menarik kepada pemegang polisi sepanjang tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 tahun). Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelan insurans motor konvensional Allianz. 

    Apakah yang dilindungi di bawah Allianz?

    Allianz insurans kereta

    Pelan komprehensif Allianz menyediakan perlindungan terbaik dan menyeluruh kepada pemegang polisi. Pemegang polisi akan dilindungi daripada sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda mereka akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian, serta liabiliti ke atas pihak ketiga, termasuk kerugian atau kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian pihak ketiga.

    Manfaat utama

    • Bantuan Allianz Road Rangers

    Salah satu manfaat utama yang ditawarkan kepada pemegang polisi komprehensif adalah bantuan Allianz Road Rangers.

    Apa itu Allianz Road Rangers?

    Allianz Road Rangers menyediakan bantuan yang komprehensif untuk sebarang kerosakan atau kemalangan kereta mahupun motosikal di mana-mana sahaja, seluruh negara secara percuma. Pemegang polisi boleh menghubungi talian hotline 1800225542 untuk mendapatkan bantuan Allianz Road Rangers ini.

    • Bantuan 24 jam

    Jika anda memerlukan bantuan tepi jalan ketika di atas jalan raya, hubungi sahaja talian helpline 24 jam Allianz di nombor 1800225542. 

    • Bantuan khidmat tunda Allianz

    Selain bantuan khidmat tunda kerosakan kereta ke bengkel panel Allianz, pemegang polisi komprehensif juga akan ditawarkan bantuan khidmat tunda ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan selepas terbabit dalam kemalangan.

    • Bantuan tuntutan ketika di balai polis

    Risau mengenai tuntutan insurans? Tidak perlu, kerana wakil daripada pihak Allianz akan hadir bagi menemani dan membantu anda mengenai apa yang diperlukan ketika di balai polis.

    * Bantuan ini bagaimanapun hanya tersedia di balai polis yang terpilih sahaja

    • Baucar e-hailing

    Jika kenderaan anda rosak akibat kemalangan, pihak syarikat insurans ini akan memberikan baucar e-hailing kepada anda supaya boleh pulang ke rumah dengan selamat meskipun tanpa kenderaan persendirian anda. 

    • Penghantaran kereta

    Sebaik sahaja kereta anda siap dibaiki, wakil daripada pihak insurans akan menghantar kereta anda terus ke rumah. Ini bermakna, anda tidak perlu ke bengkel untuk mengambil kereta anda itu!

    * Manfaat ini hanya untuk jarak 30km sahaja dan boleh didapati di semua bengkel panel Allianz. Jika tidak, baucar e-hailing akan diberikan kepada pemegang polisi untuk mengambil kenderaan mereka di bengkel. 

    Bagaimana untuk membuat tuntutan di Allianz insurans kereta?

    Berikut merupakan proses untuk membuat tuntutan di Allianz insurans kereta:

    1. Hubungi talian hotline insurans

    Anda boleh dapatkan bantuan Allianz Road Rangers dengan menghubungi talian 1-800-22-5542 atau Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan di 15500 untuk perkhidmatan trak tunda. 

    2. Kumpulkan bukti

    • Catatkan lokasi dan masa kemalangan
    • Ambil gambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan yang terlibat
    • Saling bertukar maklumat dengan pihak terlibat; nombor lesen memandu, nombor telefon dan alamat untuk dihubungi, model dan nombor pendaftaran kenderaan serta syarikat insurans pihak terlibat.

    3. Buat laporan polis

    Segera hadir ke balai polis untuk membuat laporan dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Kelewatan anda membuat laporan boleh menyebabkan anda didenda.

    4. Maklumkan kepada syarikat insurans

    Pastikan anda maklumkan kepada syarikat insurans Allianz dalam tempoh 7 hari selepas kemalangan. Anda perlu menyerahkan borang tuntutan anda secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah.

    5. Hantar kereta anda ke bengkel panel

    Jangan hantar kereta anda ke sebarangan bengkel untuk dibaiki. Pastikan kereta anda itu dihantar ke bengkel panel Allianz bagi membolehkan tuntutan insurans dilakukan. 

    Jenis-jenis tuntutan

    Ayuh ketahui pula apakah jenis tuntutan insurans yang boleh anda kemukakan.

    Tuntutan daripada syarikat insurans sendiri

    1. Apa yang boleh dituntut

    2. Cara membuat tuntutan (dokumen yang diperlukan)

    • Borang tuntutan yang lengkap diisi
    • Salinan asal laporan polis
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemandu dan pemegang polisi
    • Sijil pemilikan kenderaan (salinan)
    • Gambar tempat kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
    • Maklumat surat polis pihak mana yang dikompaun atas kesalahan lalu lintas jalan raya

    Tuntutan pihak ketiga

    1. Apa yang boleh dituntut?

    • Kerosakan pada kereta anda akibat kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pihak lain
    • Kerugian kewangan lain cth. CART, ekses

    2. Bagaimana untuk membuat tuntutan

    • Hantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans
    • Lantik adjuster untuk menilai kos kerosakan kereta anda
    • Serahkan dokumen yang diperlukan kepada syarikat insurans pihak yang satu lagi
      • Laporan polis
      • Salinan kad pengenalan serta lesen memandu pemandu dan pemegang polisi
      • Sijil pemilikan kenderaan (salinan)
      • Laporan adjuster
      • Bil kos pembaikan kereta anda
      • Gambar kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
      • Maklumat surat polis pihak mana yang dikompaun atas kesalahan lalu lintas jalan raya

    Di manakah anda boleh membeli insurans Allianz?

    Selain di laman web rasmi Allianz, anda juga boleh mendapatkan perlindungan komprehensif jenama ini menerusi laman perbandingan insurans kenderaan terbesar, Bjak. 

    Layari sahaja Bjak untuk membandingkan dengan lebih 10 jenama insurans terkemuka lain. Jom dapatkan dahulu sebut harga daripada kami sekarang!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: