Skip to content
Home » Renew Insuran Kereta Zurich Takaful di Bjak

Renew Insuran Kereta Zurich Takaful di Bjak

    Zurich Takaful

    Anda ingin menukar polisi insurans motor konvensional sedia ada kepada pelan Takaful motor? Jika ya, kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan perlindungan patuh syariah insuran kereta Zurich Takaful.

    Insuran kereta Zurich Takaful mempunyai pelbagai tawaran luar biasa bagi memberi manfaat perlindungan terbaik bagi kenderaan anda. Jom teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut mengapa anda perlu memiliki pelan Zurich Takaful ini. 

    Apakah yang dilindungi di bawah insuran kereta Zurich Takaful?

    insuran kereta Zurich Takaful

    Polisi komprehensif Zurich Takaful memberi perlindungan kepada pemegang polisi daripada sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda mereka akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian, serta tuntutan pihak ketiga, termasuk kerugian atau kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian pihak ketiga.

    Untuk pengetahuan anda, Zurich Takaful menggunakan konsep Wakalah yang bermaksud perwakilan, dan Tabarru’ yang merujuk kepada derma. Pelan ini juga bebas daripada tiga unsur yang dilarang oleh Islam iaitu perjudian, ragu-ragu dan riba’.

    Manfaat utama

    Melalui perlindungan komprehensif oleh Zurich Takaful, anda boleh menikmati manfaat utama berikut:

    • Percuma khidmat tunda 24 jam

    Zurich Takaful menawarkan khidmat tunda secara percuma sehingga RM150 kepada pemegang polisi komprehensif mereka.

    • Percuma perlindungan pemandu tambahan yang dinamakan

    Anda boleh menambah mana-mana pemandu yang ingin dinamakan pada polisi anda secara percuma di bawah Takaful motor Zurich komprehensif tanpa premium tambahan.

    • Bantuan tuntutan 24 jam

    Sekiranya berlaku kerosakan kereta, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Zurich Takaful pada bila-bila masa.

    Manfaat istimewa:

    Bagaimana untuk membuat tuntutan di  Zurich Takaful?

    Proses untuk membuat tuntutan di Zurich Takaful adalah semudah ABC.

    1. Hubungi talian hotline untuk bantuan

    Sekiranya berlaku kemalangan kereta yang teruk, sila hubungi talian hotline Zurich di 1-300-88-6222 atau Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan di 15500 untuk perkhidmatan trak tunda. 

    *Nota: Pastikan anda berurusan dengan trak tunda yang diiktiraf oleh syarikat insurans. Untuk jaminan, dapatkan nama dan nombor pendaftaran pengendali trak tunda yang diberi kuasa oleh syarikat insurans anda atau Bantuan Kemalangan dan tunggu sehingga mereka tiba.

    2. Kumpulkan bukti

    Ambil gambar tempat kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan yang terlibat. Jangan lupa untuk bertukar maklumat dengan pihak yang terlibat:

    • Nombor lesen memandu
    • Nombor telefon dan alamat untuk dihubungi
    • Model dan nombor pendaftaran kenderaan
    • Syarikat insurans

    3. Buat laporan polis

    Kemudian, segera ke balai polis untuk membuat laporan. Anda mesti membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku.

    Sila ambil perhatian bahawa kelewatan anda membuat laporan boleh menyebabkan anda didenda. 

    4. Maklumkan kepada syarikat  insurans anda

    Pastikan anda maklumkan kepada Zurich Takaful dalam tempoh 7 hari selepas kemalangan. Anda perlu menyerahkan borang tuntutan anda secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah.

    5. Hantar kereta anda ke bengkel panel

    Jangan hantar kereta anda ke sebarangan bengkel untuk dibaiki. Pastikan kereta anda itu dihantar ke bengkel panel Zurich Takaful bagi membolehkan tuntutan insurans dilakukan.  Sila semak dengan syarikat insurans anda terlebih dahulu untuk mengetahui senarai bengkel panel yang ada.

    Jenis-jenis tuntutan

    Selepas mengetahui cara untuk membuat tuntutan insurans, ayuh ketahui pula apakah jenis tuntutan insurans yang boleh anda kemukakan.

    Tuntutan daripada syarikat insurans sendiri

    1. Apa yang boleh dituntut

    2. Cara membuat tuntutan (dokumen yang diperlukan)

    • Borang tuntutan yang lengkap diisi
    • Salinan asal laporan polis
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemandu dan pemegang polisi
    • Sijil pemilikan kenderaan (salinan)
    • Gambar tempat kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
    • Maklumat surat polis pihak mana yang dikompaun atas kesalahan lalu lintas jalan raya

    Tuntutan pihak ketiga

    1. Apa yang boleh dituntut?

    • Kerosakan pada kereta anda akibat kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pihak lain
    • Kerugian kewangan lain cth. CART, ekses

    2. Bagaimana untuk membuat tuntutan

    • Hantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans
    • Lantik adjuster untuk menilai kos kerosakan kereta anda
    • Serahkan dokumen yang diperlukan kepada syarikat insurans pihak yang satu lagi
      • Laporan polis
      • Salinan kad pengenalan serta lesen memandu pemandu dan pemegang polisi
      • Sijil pemilikan kenderaan (salinan)
      • Laporan adjuster
      • Bil kos pembaikan kereta anda
      • Gambar kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
      • Maklumat surat polis pihak mana yang dikompaun atas kesalahan lalu lintas jalan raya

    Di manakah anda boleh membeli insuran kereta Zurich Takaful?

    Pastikan insurans kereta anda aktif untuk manfaat dan keselamatan anda. Selain laman web rasmi Zurich, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Bjak untuk membeli dan memperbaharui insurans kereta anda dengan mudah dan lebih pantas.

    Layari sahaja Bjak hari ini bagi membandingkan 4 jenama Takaful terkemuka yang ada, termasuk Zurich Takaful. Jom dapatkan dahulu sebut harga menerusi Bjak.my.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: